Friday, December 30, 2011

betapa kemalasan yang besar menimpa

betapa aku semakin hari yang semakin gemuk ini semakin malas nak update blog ni, malas nak bermain SEO, malas nak letak keyword yang berulang2 dan malas nak bercerita pengalaman yang patut di kongsi, sepatuttnya semalam pergi masuk labour room, tapi oleh kerana gatal nak pergi PD, maka aku cancel bersalin aku..boleh macam tu kan..hahha..lagipun aku malas nak kena induce paksa2 bersalin ni, biar keluar secara normal, induce itu sakit tahuuu..

banyak aku nak share sebenarnya tentang bayi melintang, persiapan nak bersalin, tentang petua2 nak cepat beranak, tentang bla2......

tapiiiiiiiiiiiii.........

aku malas nak bercerita..sekian wasalam

penatnya jadi mak yong

salam semua..

aku rasa baru  je balik dari port dickson hari tu, baru seminggu, nak kena pergi PD lagi, seronok le tew buat barbeque ramai2 dan terjun kolam tak hengat donia..aku yang mak buyung ni jugak yang hazab menahan kesakitan dek membawa bakal khalifah ke muka bumi ni.

kali ni aku tak jual mahal nak terjun pool sekali, haha orang cakap kalau nak senang bersalin rajin2 la berenang kan.. walaupun tak plan nak terjun sekali dengan kanak2 riang lain, akhirnya aku terjun juga dengan meminjam baju suami (tak bw baju lebih sbnrnya..)  tangkap muat je..nasib baikla boleh pakai sebab saiz aku dengan suami pun dah lebih kurang besarnya kesan carry budak comel duduk dalam perut ni yang ntah bila nak keluar..

 ya Allah taubat aku nak mandi pool lepas ni, badan aku keesokan harinya sakit berbisa-bisa dan moody semacam je..nasib baik juga suami ingatkan aku naik dari pool cepat sebab dia takut tekanan dalm kolam renang buat ketuban aku pecah ke nanti padahal takde pun fakta sebegitu dalam buku doktor..kalau dia tak ingatkan aku sure aku masih berkubang macam kerbau dalam swimming pool tu..walaupun tak reti berenang..lol

dan hari ini hari yang teramat membosankan sebab aku duduk termenung sensorang, tv tak buka, iris duduk kat rumah nenek dia, suami lak ada urusan kat pejabat tanah dan haku macam biasala menahan sakit kat badan dan pedih ulu hati..isk cepatla berlalu semua ini..eh ganjaran mengandung tu kan besar.

sakit-sakit pun sempat layan 3 idiot kat tv3 semalam walaupun aku dah tengok cerita ni 





buat ctg lagi

baru je balik dari hospital, cek up dengan my gynae dr zalina kat kpj ampang putri, start minggu 36 dah kena cek up setiap minggu..ni dah masuk minggu 38. macam biasa pagi2 pergi hospital ampang putri then terus je ke klinik dr zalina. Masuk je terus bagi salam, ceh baikkk je aku kan.

Pembantu doktor pun isi form segala dan arahkan aku ke labour room, bukan nak bersalin tapi nak buat CTG. korang tahu tak apa CTG ni, aku pun dah lupa walaupun ada pengalaman dengan mesin ni masa kali pertama mengandung dulu. Mesin CTG ni macam mesin pengimbas jantung bayi dan kekerapan kontraksi yang berlaku. oh itu mungkin semua dah maklum kot. minggu lepas dah buat prosedur ni, alhamdulillah jantung baby sangat kuat dan cepat, macam bunyi kuda berlari pun ada dan kontraksi aku pun masih tahap mild contraction. itu cerita mingu lepas....

cerita minggu ni lain pulak, kontraksi aku dah semakin kencang sedikit. uhhh aku sejujurnya tak sabar nak beranak, hidup tak tentu hala di akhir-akhir kehamilan ni, tidur mengiring tak kena, tidur menelentang rasa di hempap batu, dan akhirnya aku tidur separuh duduk, sedar2 je dari tidur, aku dah tidur berbaring, bila berubah kedudukan aku pun tak tahu, penat sangat2 minggu-minggu teakhir ni. tapi poyo je kan nak bersalin awal, padahal aku belum mempersiapkan mental spiritual aku untuk menghadapi kesakitan dahsyat kedua selepas kematian.

CTG pun dah selesai, agak lama juga nak buat CTG ni, amik masa 30 minit, perut pun dah start berbunyi minta diisi.. selamba je aku ni kan tak mau makan padahal si comel dlm perut tu kena juga di beri makan.. tak menyempat nak mamam.. alasan yang tak boleh pakai..

malas pulak nak cerita pasal ctg ni panjang2..apa yang penting baby dan mak baby semuanya sihat belaka..yeah itu yang  penting..nantilah aku tepek gambar CTG tu..da duk dalam samsung sII suami..

Tuesday, December 20, 2011

Big thanx to Allah sehingga saat ini walaupun kesakitan mula terasa, aku masih kuat untuk hidup. Masih kuat untuk naik turun tangga rumah walaupun tunggu masa bila2 masa untuk bersalin. Alhamdulillah syukur sangat-sangat kedudukan bayi hari tu melintang dah turun elok ke bawah, mudah2an muhammad terus berada kat kedudukan bawah, jangan pusing lagi sayang.

Persiapan terakhir sudah pun di buat. Semua kelengkapan dah dimasukkan ke bagasi agar senang sang suami membawanya ke hospital nanti, cuma sedikit barangan si kakak belum masuk beg untuk dibawa ke rumah nenek nanti sementara mama duduk hospital selama dua hari. Kesian anakku terpaksa berpisah dengan mama selama dua hari, tak pernah lagi berpisah dengan anak melebihi 12 jam, inikan pulak dua hari..isk lamanya..

doktor jangkakakn aku akan bersalin minggu ni walaupun tarikh jangkaan sebenar lama lagi, tapi jujurnya aku pun tak sabar nak tgk baby ni keluar, tak sabar bermain dengannya. wah apa lagi naik lemak la mak buyung ni tak nak masak..hahha..bukan tak nak masak, tapi kudrat sudah takde..hehee jawapan orang malas tuh..tak boleh..memang aku dah tak larat nak do sumthing sekarang ni, duduk lantai amat susah nak bangkit..hoho..sebenarnya memasak lagi puas hati daripada membeli kat luar, nak wat cemana, no choice!


p/s: sangat best update blog dengan samsung tab 10.1

thanks for stopping by! MamaQist

Thursday, December 15, 2011

sosej ramli tak halal?

terkejutnya dengar sosej jenama Ramli tak halal. Brand ramli antara feveret aku juga dan incik suami.  Yelah sebab yakin dengan nama Melayu tu. apa pun  harap berita ni rumour semata-mata.
thanks for stopping by! MamaQist

uh tak sabar

bismillahirrahmanirrahim

tak sabarnya mengeluarkan segala2nya..tak tahan sakit yang teramat..ya Allah cepatkanlah proses ini...

harap semuanya berjalan dengan lancar..amin

thanks for stopping by! MamaQist

Monday, December 5, 2011

untuk aku, untuk mak, untuk ibu mertua ku

bismillahirrahmanirrahim

tetiba masa duduk dalam bilik air teringat aku kat mak, siap nyanyi lagu ni untuk mak, walaupun suara sumbang buang ke laut, lagu ni untuk mak, untuk aku dan juga untuk ibu mertuaku..


JASA BONDA
*warisan*


Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

(*)

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia

Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

(Ulang *)

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang


thanks for stopping by! MamaQist

Friday, December 2, 2011

Rara Zikry Meninggal dunia

bismillahirahmanirrahim



Al fatihah buat Rara Zikry yang telah meninggal dunia pada hari ini akibat dari kecederaan otak selepas mengalami sesak nafas yang kronik.

Mati itu pasti, tak terlebih atau terkurang walau sesaat. Saya selalu membayangkan kematian berlaku pada saya secara tiba-tiba, gementar jika memikirkannya. Pernahkah korang bayangkan ketika anda menaiki kereta, secara spontan kemalangan berlaku dan saat korang menghadap Ilahi telah tiba masanya sedangkan korang masih belum sempat sempurnakan urusan agama, belum sempat mengenakan tudung menutup kepala, belum sempat meminta maaf pada manusia yang korang sakiti? belum sempat segala-galanya...

isk takutnya...

siapa rara zikry ni, saya tak kenal siapa rara zikry ni pun, tapi pernah dengar tentang dia sakit dulu, camana dia sakit saya buat carian kat google dan kawannya ada menceritakan bagaimana bermulanya kehidupan rara berubah dari periang menjadi kaku tak boleh bercakap.

"On that date, 19th March 2010, Lanie, Rara and kawan-kawan yang lain plan nak spend time together. Alaaaa, biasala hujung minggu. Ada yang pergi camping, ada yang pergi shopping, ada yang pergi clubbing, but they choose to go for cycling. Diorang pergi kat area Mahkamah Shah Alam tak salah aku. Ada orang cakap tempat tu keras. Tak tahu lah, orang cakap. Semua tempat kat Shah Alam pon keras, nak nak rumah teres kat Seksyen 2 tu. Melayu buat terok sungguh. Eh, tapi Lanie pon pernah cakap tempat tu keras. Okay, back to our topic. Diorang pon enjoy cycling kat situ. Out of sudden masa tengah have fun, Rara terduduk and sesak nafas. Yes, diorang sedia maklum tahu yang Rara ada asthma, dan mungkin ni asthma attack yang normal. Rara minta hantar dia pergi hospital terus sambil tahan sesak nafas tu. Masa kelam kabut tu, Lanie suruh kawan dia ambil kereta while Lanie tanya Rara nak dia buat CPR tak memandangkan Lanie tahu how to do it. Tapi Rara cakap tak payah and terus ulang minta hantar dia kat hospital. Masa dalam kereta Lanie sempat cakap-cakap lagi dengan Rara but then, Rara diam and mulut dia dah berbuih-buih. Sampai je hospital, doktor cakap dia dah koma. Lanie cakap doktor tu rasa masa dalam kereta dah kena dah. Imagine how will you handle the situation? Your BFF yang gelak sama-sama masa pagi tadi, now dah koma and the only thing you can do is stare at the weak body......"


sama-samala kita mengambil iktibar daripada kisah ini. Allah nak uji dan hapus dosa hamba-Nya dengan pelbagai cara.



thanks for stopping by! MamaQist

Thursday, December 1, 2011

alhamdulillah..genap tiga tahun

Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab 291111 lepas genap tiga tahun ulang tahun perkahwinan dengan suami tercinta. Rasa macam tak percaya dah tiga tahun berlalu rupanya. Alhamdulillah keluarga bahagia ini akan berkekalan hingga ke syurga.

Suami bagi hadiah yang tak disangka. hanya terlintas sekejap je di fikiran nak memiliki gadget tu, tak pernah bagitahu dia pun. Maluuuuu minta lebih-lebih. Syonok kemain lepas ni leh peluk guling2 dengan gadget tu. asyik berebut laptop je dengan iris jika nak update blog atau nak skodeng fb orang..lol.. guna iphone sangat tak puas hati, tapi bolehla... lepas ni cik iphone aku akan kurang bertugas..berehatla ye iphone.. Samsung galaxy tab 10.1 dah menjadi teman baru, tapi iphone, aku tetap sayang kau!



Laptop aku pulak dah rongak hilang dua batang gigi gara-gara ada anak yang super duper ingin tahu yang kuat. Selamba je dia cabut keyboard laptop tu dan tersengih-sengih. Aku lak yang nak menangis tengok keyboard laptop dah mengalami kecacatan kekal. huhu.. tak pela mungkin bayarannya, anak aku akan jadi Doktor suatu hari nanti, ameen. Mama redha sayang..

berbalik pada hadiah aniversary dari suami, sampai saat ini rasa malu masih ada, aku tak layak menerima hadiah sehebat ini abang. Tapi jika difikir semula, mungkin ini tanda penghargaan suami terhadap aku yang menjaga dia selama tiga tahun, gosok baju, memasak, membersih rumah, menjaga anaknya terutama bab cebok najis anak, menyapu minyak jika dia sakit, dan membebel jika dia lambat makan ubat. lol.. walaupun aku tahu ada banyak kelompangan juga dalam tugasan aku sebagai isteri, kengkadang merajuk tak memasal, kengkadang marah tak memasal, kengkadang makanan yang aku masak tak sedap, kengkadang terlupa hidang air jika dia balik kerja, perkara-perkara "terkadang" inilah yang membuatkan aku malu menerima hadiah ini. Syukur alhamdulillah suami masih menghargai aku sebagai isteri. Aku amat beruntung dia tak pernah sepak terajang aku hatta menampar aku seperti wanita lain di luar sana, malah dia amat menghargai aku sebagai isterinya. Melayan aku selembut-lembut layanan, Alhamdulillah alhamdulillah..terima kasih ya Allah atas jodoh ketentuan-Mu.

Terima kasih suamiku, selagi terdaya mama akan cuba menjadi isteri terbaik buat abang. Ya Allah kau murahkanlah rezeki suamiku, kekalkan kasih sayang kami hingga ke syurga. ameen..



thanks for stopping by! MamaQist

Sunday, November 27, 2011

pengalaman bersalin

bismillahirrahmanirrahim

debaran punya pasal, aku menulis kisah lama ni.. lama tak lama, dua tahun lepas..hoho..mak buyung yg baca entri ni sila ambil gambar perut anda sekarang..kenangan anda pernah obesiti tahap perut shj. lol

selasa: 6 hb oktober 2009..............air ketuban mengalir ketika subuh..lepas solat, pelik dan tnya suami, dia pon konfius, air kencing kah? oh no..seharian duk bertanya diri sendiri, buka tenet, semua tak bagi jawapan yg pasti..bau mcm bau bawang yg melekat kat tangan selepas mengupas bawang...boleh pulak mak-to-be ni biarkan kejadian itu..

rabu: 7 hb oktober 2009...............telefon Dr. Zalina, tanya mengenai kejadian alam yang berlaku semalam, air apakah itu? esok emegency appointment dengan dia.

khamis: 8 hb oktober 2009................"hah..times up girl!..lepas balik ni packing barang, warded petang ckit.."..hoyeah boleh bercuti..doktor kata air tu dah leaking..tunggu lama bahaya kat gigirl kat dalam..

balik rumah..aku packing barang, humang aih..kejap je masa dah petang..sempat panggil bidan urut badan agar mudah perjalanan nanti..berdebarnya mak-to-be ni sampai dua biji gelas kaca baru beli kat sogo aku pecahkan tanpa rasa bersalah..takde pulak aku fikir itu petanda buruk..sebab aku memang careless..tangan menggeletar weiii.. mood raya lak masih berbaki..mana kau tak pecahkan gelas. suami geleng je..lol.. kalu beranak selalu, mau habis harta dia aku pecahkan..

pukul 6 warded..gelisahnya menunggu bukaan pintu rahim..aku lapar..napa nurse tak bagi aku cari makanan kat cafe..kul 9 malam dinner serve by hospital..tak lalu aku..bedal juga..eh dah licin..

berguling-guling atas katil..toilet keluar masuk.. buat aksi pelbagai atas lantai.. penangan yang sangat dahsyat.. maha dahsyat..sakittt yang teramat sakit

10 malam........masih 2 cm bukaan

1 pagi.........2 cm

3 pagi......3 cm...

4 pagi.... masuk air, kena induce..amik epidural..muka dah macam zombie pucat lesi.. tenaga habis.. dahaga, tapi air tak boleh minum... tidur pun tak dapat tidur

09 hb oktober 2009............8 pagi,  bukaan 6 cm..push....

8.10 pagi....Allahu akbar Allahu akbar..Ash hadu ala ila ha illallah..wa ash ha du anna muhammadarrasulullah..

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...suami selesai azan dan iqamahkan pada telinga si kecil yang suci itu..

aikk dah selamat bersalin normal pun mata masih tak boleh pejam..asyik menjeling si comel kat sebelah... masyaAllah comelnya dia.. ku jatuh cinta, sayang, rinduuu...mana leh tidur maaaa...tak puas menatap wajah suci itu... walaupun mata teramat mengantuk.. risau hati aku takut nanti ada yang buat dajal nak culik anak aku..haha ini semua pengaruh filem dan drama kita..

ya Allah..terima kasih atas anugerah ini..

nanti aku cerita camana new momma ni tukar lampin anak ketika jahitan masih berdarah..


thanks for stopping by! MamaQist

Wednesday, November 23, 2011

RAHSIA HARIMAU MALAYA MENANG PINGAT EMAS SUKAN SEA

bismillahirrahmanirrahim

baru je buka facebook trnampak status di wall teman fesbuk yang menarik perhatian aku nak share tentang kemenangan harimau malaya meraih pingat emas di  kejohanan Sukan Sea baru2 ini di stadium Gelora Bung Karno..

meh aku copas je kata2 sorang penonton Indonesia yang memberi kupasan menarik tersebut

RAHSIA MALAYSIA MENANG KAT GBK--"Saya tertarik dengan tulisan seorang warga Indonesia, Arif Bawono Surya dalam "Kompasiana".Begini analisis Arif mengenai kekalahan pasukan bola sepak Indonesia: Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF. Maka begitu berkumpul di stadion yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapah negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya,sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul!"




masyaallah memang hebat doa orang yang teraniaya..




baru ku sedar aku minat bola rupanya


thanks for stopping by! MamaQist

Friday, November 18, 2011

bersyukurlah..

bismillahirrahmanirrahim

masa blogwalking kat blog budak2 sekolah, terbaca luahan sorang budak sekolah 16 tahun tak dapat pegang duit RM100 yg kerajaan bagi baru2 ni..mak bapa dia dah sita katanya.

teringat zaman aku sekolah dulu..bila compare dengan budak2 sekarang ni, aku akan sedih dan aku juga gembira. aku sedih sebab apa aku nak dulu aku tak dapat, dan aku gembira sebab aku menjadi seorang yang penjimat. jangan tabur duit merata-rata.

even aku tgl rumah sewa masa ngaji degree dulu housemate aku kata aku kedekut, ko tak tahu betapa susahnya aku nak hidup, duit tunggu ptptn, ko igt pa ma aku org senang macam kau. takkan aku berjimat pun ko kata aku kedekut. inilah manusia takde sifat empati.

budak sekarang kalau, patung teddy bear tu boleh buat zoo..zoo teddy bear, aku dulu adik beradik nak dapat anak patung amat susah. mak amik gelang getah dan ikatkan kat bucu bantal buat telinga, ikat lagi kat tengah bantal buat perut, mak ikat lagi kat bucu bawah buat kaki, ade aku mengeluh..aku rasa itulah mainan aku masa kecik yang aku ingat sampai sekarang. mainan paling best yang kami adik bradik dapat. ko hado pengalaman macam tu. oleh itu bersyukurla..jangan sebab papa mama tahan duit tu korang dah mengeluh. korang tak tahu di luar sana banyak lagi orang yang susah.

bersyukurlah..aku tak pernah rasa kuarga aku susah, kalau kuarga aku susah, dah tentu pengajian aku hanya peringkat darjah enam sahaja. tak mampu menyekolahkan aku 13 orang adik bradik..syukur aku dah ada degree dan semua adik beradik aku berjaya ke peringkat IPT. alhamdulillah berkat mak bapa aku yang mengajar erti kesusahan, kami survive sendiri tanpa perlu nyusahkan dorang.

jadilah seorang yang boleh mem'beranak'kan duit, jangan hanya jadi seorang yang kuat menghabiskan duit ibu bapa, beli baju berhelai2, finally tak pakai. tak ke membazir tu. beli game xbox ribu riban, finally exam penting tak lepas. ko pernah fikir tak tu..pernah fikir tak papa mama ko yang penat bekerja hanya nak bagi rm1 kat ko??

pengalaman aku paling manis bila aku berniaga jeruk mangga dan jajan kat hostel..masyukk je..aku igt mak pak aku susah, apa salah aku berniaga..alhamdulillah berkat kutukan orang lain terhadap aku yg tak pernah bertanya latar belakang kesusahan aku, aku lebih senang dari mereka yang kuat mengutuk tu..

and now, walaupun aku tak bekerja, Allah salurkan rezeki aku dan anak melalui suami, lepas bersalin anak pertama, suami dinaikkan pangkat. Alhamdulillah..

oleh itu, bersyukurlah..jangan hanya tahu merungut dan merungut..rezeki pun lariiii

p/s..kutuk kutuk juga..ingat! orang yang kena kutuk tu boleh tadah tangan menghadap langit.

thanks for stopping by! MamaQist

Monday, November 14, 2011

Checklist/Senarai keperluan barang nak bersalin

Bismillahirrahmannirrahim

Persiapan keperluan menanti 'orang baru' amat mengujakan. Entri hari ni saje saje je nak menyenaraikan senarai barang keperluan yang nak di bawa ke Hospital nanti. Bukan ape, takut nanti tak sempat nak senaraikan dan 'bungkus' dalam beg, dah bersalin pulak, tak la suami nanti kelam kabut nanti nak mengemas untuk kita. Hati pun senang bila semua persiapan bersalin dah standbye..



Tapi sebelum tu kena ambil tahu juga Hospital mana nak bersalin nanti. Hospital kerajaan dan swasta servis berbeza. Saya takde pengalaman bersalin Hospital kerajaan, jadi tak tahu apa senarai keperluan yang perlu di bawa jika bersalin di hospital kerajaan, ada juga searching kat internet senarai keperluan barang yang nak di bawa jika bersalin di hospital kerajaan. amat banyak juga. Macam contohnya kita kena bawa pampers anak sendiri, bawa termos air panas sendiri, dan kita yang kena pakaikan anak pakaian baby sendiri. agak sukar juga...

pengalaman anak pertama, tentulah pergerakan amat terbatas selepas bersalin, jadi amat rumit jika nak buat semua tu...

Kat hospital swasta, mereka mandikan dan pakaikan baju untuk anak kita, pampers dapat percuma, setiap kali mereka mandikan anak, ada pampers baru disediakan, termos air panas juga mereka sediakan, so tak perlula kita bawa barang keperluan bersalin banyak2 nanti. bawa yang patut je..pengalaman saya anak pertama, nurse tu siap gelakkan..'eh...beg besarnye kak, nak pergi bercuti ke..." LOL..mana lerr saya tahu..

dalam beg semua benda saya bawa, barang tu juga saya bawa balik semula, tak luak pun..hoho pampers anak tak usik pun, buat penat je bawa..oleh kerana dah tahu nak bersalin kat mana, saya senaraikan barang keperluan yang perlu dibawa masa bersalin nanti


Senarai untuk keperluan BABY..

1. baju sepasang untuk balik nanti, sebab hospital swasta bagi baju kat baby..klu nak bawa lebih juga..silahkan ibu ibu

2. minyak telon

3. booties..mittens tak perlu, Doktor tak galakkan pakai sarung tangan.

4. losyen

5. barut bayi

6. Susu new born..standbye je, takut air susu belum keluar

7. botol susu


Senarai untuk keperluan MAMA

1. kad pengenalan

2. Medical Card

3. Appointment Card (standbye)

4. Bengkung kain dan girdle

5. Maternity Pad

6. Minyak Panas/urut

7. Stokin

8. Baju dan seluar

9. Selipar Crocs (hehe nak jaga ibu jari kaki dari tersadung)

10. Nursing Bra

11. Seluar 'kecik'

12. Tudung

13. Tshirt/seluar

14. Sweater

15. Kain batik

16. Towel

17. Camera/camcorder

18. Toilettries-mandian, ubat gigi, mekap, losyen, bedak, sikat rambut, getah rambut dsb

19. ipad/ iphone/laptop untuk layan bosan dan untuk pasang MP3 alquran ketika berada dalam Labour room nanti.

20. Milo dan Biskut2 untuk kunyah..lepas bersalin ni cepat lapar

21. Air selusuh

22. Pilis/param jika ada

23. No Telefon Pizza Delivery..(hehehe)

24. Kad Bank jika anda seorang ibu yang menguruskan seorang diri tentang hari bersejarah itu


apa lagi barang keperluan nak bawa yek? sapa ada idea boleh kongsi di sini. Dulu saya bawa telekung, alquran untuk baca, tapi tak sempat menggunakannya sebab baru masuk wad dah keluar darah..

Doktor Zalina pesan, kalau nak ambil air selusuh jangan ambil awal sangat, minum ketika meneran, sebab doktor tu cakap kalau awal sangat minum, nanti bayi akan berak kat dalam dan menyebabkan jantung bayi menjadi lemah. Doktor Zalina pun tak ketepikan air selusuh walaupun mengamalkan perubatan moden.


Dr. Zalina Salleh dan Dr. Iris Qistina (1 month)..She Is my doctor Paed

setakat ini sahaja checklist atau senarai barang keperluan yang nak dibawa ke hospital masa nak bersalin nanti, kalau ada checklist atau senarai barang lain, jom la kongsi2 dekat sini..boleh ya ibuk-ibuk semua..

thanks for stopping by! MamaQist

Saturday, November 12, 2011

Dr. Nur Iris Qistina

Ini adalah entry bosan. masa godek2 album lama terjumpa gambar ini..Dr. Iris Qistina suatu masa dulu..masa ni umur Iris baru 10 bulan..sekarang dah dua tahun. Kecik2 naik walker, sekarang dah besar dah pandai naik motor.



thanks for stopping by! MamaQist

Thursday, November 10, 2011

cara buat print screen dari iPhone

print screen atau shoot screen atau cetak layar melalui iPhone. canggih..x perlukan khidmat laptop lagi lepas ni..

senang je..

mula2..tekan butang 'sleep' selama 2 saat..jgn lepaskan



kemudian tekan butang 'home' sesaat..


akan keluar skrin berwarna putih, menunjukkan 'print screen' telah berjaya..nak tengok hasil print screen korang..tengok kat 'Photo'..print screen tu duk kat photo..

contoh saya punya..

selamat mencuba!

lagu cinta muka buku

Lagu Cinta Muka Buku..mmm dengar lagu ni masa ASK 2011..nak muntah hijau juga..kenapa lagu macam ni di bawa ke anugerah berprestij macam ASK tu?..bahasa kasarnya tak sedap langsung....dengan props yang tah pape la..adoi kamonla..budak sekolah sekarang ni habiskan studi dulu..tak payah cari glamer..suara tak sedap le..macam suara budak baru nak belajar pergi toilet.

ikhlas..tukar chanel lain masa lagu Cinta Muka Buku ni berkumandang.

thanks for stopping by! MamaQist

Thursday, November 3, 2011

Gambar bogel isteri boros


dunia sekarang ni macam-macam..ada juga sikap isteri yang sanggup jual gambar bogelnya pada lelaki lain..ni kes suami tak didik atau suami tak bagi belanja. atau mungkin juga bini yang tak pernah rasa cukup dengan pemberian suami. sumber hmetro


KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.
Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.
Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.



“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.





thanks for stopping by! MamaQist

jangan sebut "Cer' depan aku..

aku paling benci dengan perkataan 'cer'..

cer citer..cer citer..

sorryla usop wilcha..cuma geli jek..dulu ok jek, lama2 aku geli lak dengan perkataan tu. Alergik mak. macam mengada2 jek bunyi kan. gedik..

kalau sebut 'cuba cerita' lagi sedap..

betul tak?

thanks for stopping by! MamaQist

Ustaz Azhar tidak dibenarkan mengajar Agama di Kelantan kerana Tanpa Tauliah

bismillahirrahmanirrahim

Panas hati, panas hati, jantung mendidih bila buka fesbuk ada isu 'TANPA TAULIAH' lagi..kali ni ustaz azhar idrus pulak. ustaz sempoi..apa nak jadi kerajaan malaysia ni?

dulu masa kerja kat firma guaman, isu Dr. Abdullah Yassin pula yang di hentam JAIS sebab mengajar tanpa tauliah. aku ikut kes dia, pegang fail dia, baca semua keterangan dan butiran dalam fail dia. Persoalannya kenapa Jais terlalu ...tetttt...(susah nak sebut perkataan tu)

aku buka je fail dia, masyaAllah, kagum aku, sijil pendidikan bukan dari UM, UIAM..pengiktirafan dari kerajaan Arab Saudi, berkelulusan Universiti Madinah, belajar dan di iktiraf lagi dari beberapa negara Islam. Bukan calang-calang orang. Aku pernah 'ngeteh' sekali dengan Ustaz Abdullah Yassin, makan cappati kat restoran Mamak bersama bos aku Puan Kamar Ainiah. Peribadi sangat mulia, bini kecil molek lemah lembut. Menurut Ustaz Abdullah, bukan sekali dua dia minta sijil pentauliahan dari Majlis, dah berkali-kali sebenarnya tapi ditolak ditolak dan ditolak...b***h tak depa ni?

kenapa aku cakap macam tu..bayangkan dalam selangor, rekod 'ustaz' yang dapat pentauliahan hanya beberapa orang SAHAJA. Cuba kira berapa ratus ribu penduduk negeri selangor ni?? mampu ke 'ustaz bertauliah'yang beberapa ketul ni nak  ajar beratus-ratus ribu penduduk negeri Selangor? amboi hang, kalau bab konsert laju jah bagi permit no..kalau bab ngajaq agama ampa buat ustaz2 ni sesak nafas no..senget

arituh ustaz Asri pun jadi isu juga, mengajar tanpa tauliah. aku tak ikut kes dia, sebab dah lama bersara dan jadi surirumah, ikut perkembangan kat paper je..itupun memanaskan bontot aku juga. kenapa ba****g betul diorang ni hah? benda baik nak ditolak. depa bukan ngajaq ajaran sesat pun. Ya Allah pelihara umat ini.

Kali ini ustaz Azhar Idrus pula. Aku dah menjangkakan Ustaz Azhar akan 'terkena' juga. dan jangkaan aku tepat. Akan ada tangan2 tersembunyi yang tak senang duduk dengan Ustaz2 yang nak ngajar agama ni. Kita tunggu sapa lepas ni? aku jangkakan Ustaz Don Danial pulak, sebab aura ustaz Don pun kuat macam ustaz2 yang aku sebut di atas. Walaupun muda tapi berkaliber. kita tunggu..

Cadangan aku, mansuhkan je la peruntukan yang terdapat dalam enakmen negeri tentang pentauliahan mengajar agama tu. Menurut Puan Kamar, peruntukan tu di buat pada tahun di mana ajaran sesat banyak berlaku, ubah dan pinda dengan peruntukan yang baru tanpa menzalimi rakyat yang dahagakan ilmu.

mereka yang membuatkan aku membebel hari ini!

thanks for stopping by! MamaQist

Monday, October 31, 2011

ke mana perginya wang zakat kita??

bismillahirrahmanirrahim

Persoalan yang sentiasa berlegar di kepala ke mana perginya wang zakat kita? kenapa masih ada yang merempat seperti yang disiarkan oleh media. Adakah lembaga zakat negeri menunggu orang miskin meminta zakat atau lembaga zakat keluar mencari mereka?



menurut kenyataan Tun Dr Mahathir baru-baru ini berkenaan lebihan zakat kita yang boleh disalurkan ke negara Islam lain yang miskin seperti somalia dan sebagainya. Namun benarkan zakat kita telah diagihkan secara telus hingga berlakunya lebihan? jika telus mana mungkin ada laporan khas lagi di media massa berkenaan rakyat yang tidak cukup makan dan merempat. Setakat sumbangan RM100 untuk sebulan rasanya tidak mencukupi untuk keluarga terbabit memandangkan nilai RM100 amat kecil berbanding kenaikan harga barang.

Bagaimana Tun Mahathir boleh mengatakan 8 asnaf yang layak sudah tidak relevan lagi di negara kita? Suami saya pernah didatangi seorang muallaf berketurunan Cina meminta bantuan membeli rice cooker, beliau sebelum ini hidup mewah bersama keluarga, namun nasibnya berubah setelah memeluk Islam, dan keluarganya mengugut untuk membunuhnya jika tidak kembali ke ajaran asal keturunan mereka. Jika di fikirkan, adakah golongan Muallaf sepertinya tidak mendapat pembelaan dari pusat zakat kita?

Banyak persoalan berlaku. Jika begini rakyat pun takut nak bayar zakat jika zakat yang sepatutnya diagihkan pada golongan yang berhak dinafikan hak mereka dan diguna untuk benda-benda lain yang tidak berkaitan.



thanks for stopping by! MamaQist

wanita hamil menaiki pesawat

bismillahirrahmanirrahim

minggu lepas terima panggilan dari bapa suruh balik sabah masa kenduri kahwin adik nanti. aku bagi jawapan tak boleh balik. Sebab tarikh majlis tu betul-betul jatuh 37 minggu usia kehamilan.



baru ni jumpa doktor for monthly check up. saya tanya doktor samada boleh naik pesawat ketika usia kehamilan 37 minggu atau tak? Doktor cakap takde masalah naik pesawat, yang pentimg dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu beberapa hari sebelum berlepas, takut nanti ada kompilasi kehamilan seperti kencing manis dan sebagainya.

Tapi jawapan doktor tersebut tidak merubah pendirian aku untuk tidak balik, sebab aku takut bersalin dalam pesawat nanti. oh tak boleh bayangkan jika berlaku sedemikian. Maka aku membuat sebarang carian kat internet mana tahu ada hujah yang lebih kuat supaya aku balik juga untuk majlis tu.

dan aku terjumpa blog Dr. Zubaidi berkenaan masalah aku. dan salah satu petikan yang menarik aku copy paste di sini berkenaan polisi dua syarikat penerbangan iaitu MAS dan AirAsia berkenaan wanita hamil menaiki pesawat atau sebarang penerbangan.

salah satu statement AirAsia yang saya petik:


Saya hamil, bolehkah saya terbang?

Ya, asalkan anda mematuhi polisi pengangkutan untuk penumpang hamil:

(a) Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): penumpang itu akan diterima tanpa surat akuan doktor dengan syarat dia menandatangani Penyata Liabiliti Terhad.

(b) Kehamilan antara 28 minggu hingga 34 minggu (termasuk): penumpang hendaklah mengemukakan surat akuan doktor yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan, dan surat tersebut hendaklah bertarikh tidak melebihi 30 hari dari sama ada tarikh perlepasan penerbangan keluar atau penerbangan masuk ke dalam negara yang dijadualkan (mengikut mana yang berkenaan). Kami amat menyarankan agar surat akuan doktor itu mengandungi penyataan bahawa penumpang tersebut sihat untuk membuat perjalanan. Penumpang itu juga perlu menandatangi Penyata Liabiliti Terhad.

(c) Kehamilan pada atau melebihi 35 minggu: pemintaan untuk membawa penumpang tersebut akan ditolak.

Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan sebarang kesulitan, kami amat menyarankan agar anda mendapatkan surat akuan doktor. Kandungan surat tersebut hendaklah mematuhi perenggan (b) di atas.



nampaknya saya tidak dapat memenuhi permintaan bapa jika menaiki pesawat AirAsia. Bagaimana dengan Polisi MAS?

Statement MAS yang saya petik:



Peraturan-peraturan perjalanan bagi ibu-ibu mengandung


Jika anda menjangkakan kandungan anda masih boleh travel tanpa perlu apa-apa dokumen tambahan, dan minggu 28 kandungan anda adalah kehamilan yang normal, anda masih boleh menaiki pesawat.


Selepas 28 minggu anda, kami biasanya akan memerlukan sijil perubatan rasmi yang ditandatangani oleh doktor yang menunjukkan kesihatan anda untuk perjalanan dan tarikh anda dijangka bersalin.


Walau bagaimanapun, kami tidak mengesyorkan perjalanan untuk ibu-ibu mengandung melebihi 35 minggu untuk semua penerbangan antarabangsa dan 36 minggu untuk semua penerbangan Dalam Negeri.


Sesetengah negara mungkin memerlukan dasar-dasar tertentu yang berhubungan dengan imigresen wanita hamil (terutamanya jika anda dalam tempoh lima minggu daripada tarikh anda dijangka bersalin). Untuk keperluan visa dan syarat-syarat perjalanan, kami menasihatkan anda untuk memeriksa dan menyediakan dengan baik terlebih dahulu tarikh perjalanan anda dan berunding dengan agensi-agensi yang berkaitan dan  konsular negara yang anda ingin tujui.



Nampaknya kedua-dua syarikat penerbangan tidak membenarkan perempuan hamil 37 minggu untuk menaiki mana-mana pesawat. Jika terpaksa menaiki pesawat dan dibenarkan oleh syarikat penerbangan, saya nasihatkan bawa kelengkapan bersalin seperti gunting dan peralatan perubatan lain yang bersih secara peribadi. Mana tahu dalam pesawat ada doktor yang bersama dalam penerbangan anda tapi tidak membawa peralatan perubatan.

dan nampaknya saya tak dapat balik majlis kenduri kahwin adik.

thanks for stopping by! MamaQist

Sunday, October 30, 2011

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog

Bismillahirrahmanirrahim..

Ben buat segmen lagi..aku tertinggal beberapa minit lagi..isk2...kali ni dia bergabung dengan Lyssa secret, gadis yang tak lokek ilmu..



antara dua blog ni persamaan mereka selalu pos benda yang bermanfaat dan reader baca pun tak bosan..sentiasa ada idea untuk menulis dan penulisan tak pernah merepek..

pada saya, untuk memajukan kedua2 blog ini senang je..teruskan penulisan yang menarik tanpa menyentuh sensetiviti orang lain..dah ok dah tu BEN dan LYSSA..blog korang sangat best..

antara 3..good..better..best...korang adalah the best!

thanks for stopping by! MamaQist

hadiah relevan untuk suami


bismillahirrahmanirrahim..

dah tertunai akhirnya hadiah ulang tahun kelahiran suami
ambil masa memikirkan apa yang perlu di hadiahkan untuk lelaki ni..hadiah untuk lelaki memang agak susah sikit..
dekat SINI ada beberapa cadangan blogger lain mengenai hadiah untuk lelaki..
tapi satu cadangan pun tak memenuhi apa yang aku nak..
ambil masa tujuh purnama juga memikirkan apa nak bagi kat suami..sampai lenguh otak nak fikir..

dan finally..
*
*
*

for my luvly husband



apa ada dalam kotak ni?? jom tengokk!

*
*
*
*
*
*
*
tadaaaaa...





tabung kura-kura..

ketika dia menerima tabung ini, jelas wajahnya berubah..
apahal bini aku bagi tabung budak-budak ni?
ni sesuai untuk iris jek

itu imaginasiku sahaja..dia tak cakap pape pon..

LOL!

dalam kad bini mu menulis
"menabung amalan mulia' suamiku

kesian encik suami sebab aku tak hadiahkan apa yang dia nak..
siap bagi hint kat aku nak gadget tu
alih alih dapat pulak tabung kura-kura...
ala kira okla..dari tak bagi langsung 
kan kan kan???


apa ada dalam tabung tuh...



ada kotak kecil berisi duit RM5 + 0.50sen + 0.20 sen +0.10 sen
semuanya RM5.80
inilah hadiah aku untuk suami..takde simbolik pun
saje suka suka
haha


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
eh tunggu jap
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
apa ada kat bawah RM5.80
angkat jap
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

apa benda ni
?


ini laa hadiah sebenar untuk encik suami bagi tahun 2011 ini





harga gadget yang suami nak tu kan... harga lebih kurang dengan harga gold bar di atas
jika beli gadget tuh..rugi
jika beli gold bar..untung
boleh buat investment..harga emas sentiasa naik

baguih tak idea tabung kura-kura tu..
"menabung amalan mulia"

thanx for stopping by! mamaQist






- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, October 19, 2011

Entry special untuk DIA..

bismillahirahmannirrahim


ini bukanlah entri nak membodek dia untuk dapat menjadi 'blog pilihan' beliau..post ni pun belum tentu BEN baca..tapi lebih kepada rasa penghargaan sebab dah follow blog tak gah aku ni..sapa tak kenal BEN ASHAARI yang 'ciwi' ckit kat blogger kalau part tak berkenan di hati dia..time kasih kerana follow mamaqist..

Nak jadi blog pilihan jauh sekali la..aku ni pulak selalu ketinggalan bas kalau BEN ASHAARI buat segmen..tup tup segmen dah expired..kalau aku letak link pun aku lupa buat post..almaklumla ada anak kecik sorang ni memang amat terhad membuat sebarang post baru..baru nak pegang keyboard, ada suara halus memanggil ...

"MA..MA..nak susu..
MA..MA..nak Dibo..
MA..MA..nak iskut.."

terus terang aku cakap..antara banyak2 blogger femes..BEN ASHAARI dan HANIS ZALIKHA je aku update dan jadi silent reader.. blogger yang lain kurang ikuti prkembangan sebab aku tak berapa enjoy baca ayat blogger femes ni yang tunggang langgang dan meleret-leret perasan best diorang..bosan..!!!.....hanya menjual rupa dan menunjukkan memek muka itik dan kucing mereka..hehehe..just my 2 cent..

sapa masih belum kenal Ben Ashaari boleh klik SINI

oh apa yang spesel tentang dia..Ben Ashari ni kalau korang perasan dia macam Widget Linkwithin..'you may also like this..anda mungkin meminati'.. widget yang menghubungkan antara satu post dengan post yang lain supaya reader tak ketinggalan dengan post lama kita..

BEN ASHAARI sama fungsi dengan widget ni.. jadi penghubung para blogger antara satu sama lain..korang letak link dan benwithin akan publish..mmm benwithin? ......maknanya biarlah rezeki yang dia ada dikongsi bersama..best tak dia ni..??

Ben ashaari, tahniah bakal menjadi seorang bapa..alhamdulillah


thanks for stopping by! MamaQist

Monday, October 17, 2011

hongkong: hari ke4: shenzhen China, 15 minit merentasi dunia

bismillahirahmanirahim

Sangat penat bila seharian di Victoria Peak, lepas tu kitorang diarahkan balik hotel dan ambil beg masing masing untuk menuju Shenzhen.

Shenzhen terletak di China, kira macam persisiran China la..Hongkong pula berada kat pulau..
macam Pulau Pinang dan Seberang Prai..duduk sebelah-sebelah
Well kitorang gi Shenzhen menaiki MTR..sangat mencabar..
dulu zaman sekolah jek bawa beg besar2 naik kenderaan awam
ni pergi bercuti pun benda yang sama berlaku
bawa pulak datuk nenek beg..amekaw
nak menuju stesen ke shenzhen pulak sangat adventure..
dengan jumpa tangga curam..
takde escalator
beruntung u all jadi malaysian tau..hoho
tapi takpelah..pembakaran kalori tu baik..LOL
mulanya bengang juga dengan pengurusan syarikat pelancongan ni..serabut..
tapi bila fikir balik bila lagi nak merasa naik MTR depa kan..
pengalaman itu mahal harganya

OK kitorang berlepas dari Stesen Hung Hom kat hongkong
dan menuju ke Stesen Lowu kat Shenzhen..
stesen last sekali dekat Shenzhen
sampai sana urusan passport dan imigresen..
dah settle urusan passport..apa lagi pergi makan malam dekat restoran muslim di sana..
tak ambil gambar sebab teramat penat
makan kat shenzhen amat mengenyangkan
ibarat mati hidup semula
mati kat hongkong
hidup kat shenzhen..kenyang
LOL..

cuma satu jek tak baguih konsep restoran muslim kat Shenzhen ni
menyediakan Liquor walaupun Muslim
aku risik kat salah sorang rombongan yang nampak alim dan banyak pergi holiday
dia cakap..memang macam tuh
International le katakan
heiiii rindunya malaysia..

8.00 am..dah pagi..??
ok pagi2 lagi kitorang bergerak ke kedai sutera dan kedai jade..
kalau nak beli cadar sutera datangla China..depa kata murah..
ada sorang datin dalam rombongan angkat satu cadar sutera..syokla dia tidor nanti..
tapi aku tak usha cadar sutera..yelah orang miskin ni pakai cadar cotton pun dah cukup..hehe

owang pompuan keja dia usha jade la..haha
dapatlah hadiah gelang jade dari suami..thanx abang..
jasamu dikenang
tu pun setelah dibargain..dapat murah
kalau beli jade kat malaysia harga dah mahal..kualiti tak tahu ok ke tak
cara nak tahu jade tu kualiti elok, ada satu alat macam besi...ketuk kat batu jade tu
kalau bunyi jade macam lemau..kualiti kurang elok
kalau bunyi ting..ting ting..dan nyaring..kualiti jade tinggi..
jade paling berkualiti datang dari myanmar
tak boleh tempek gambar sebab...'no photo..no photo..'
bosan.....



kapal naga dari jade

Ok lepas shopping gelang jade...kitorang bergerak menuju WIndow of the World..
Window of the World adalah sebuah taman tema yang mengumpulkan binaan mercu tanda popular di dunia..macam taj mahal, eiffle tower dan lain-lain.
harga tiket mahal juga..dalam rm300++ sorang  untuk dua orang..jom layan picas di bawah


dorang tengah buat pertunjukan hari kebangsaan China..demo jek..
kat Shenzhen cuaca amat terik..gambar kat bawah ni dah turunkan exposure 2 stop dan pakai hoodie lens..
jika tak gambar over exposure dengan cuaca yang teramat terik..



berada di luar Window of the World..jom kita merentasi dunia dalam masa 15 minit..yuuhuuuu
tak percaya??? mari buktikan (tiru ayat Linda Onn iklan dishwasher)



naik atas untuk cek tiket..


dah sampai India..


Beijing pulak..


Singapore


gambar dari dalam tren..kitorang naik tren merentasi dunia..x larat nak berjalan..


europe???


Mesir...


WTC..world trade centre


Honolulu hawaii..




jangan tiru aksi ini jika anda berlainan jenis..LOL 
macam orang utan sepilok pun ada..

Ok kitorang sebenarnya dah turun dari tren..now jalan2 sekitar Window of the World..
finally berjalan juga..
jom sambung merentas dunia....
xoxoxoxoxo

ag


tak tahu nama wall ni..




istana rom


Kaiser's Palace


dan Eiffle Tower..
KLCC jek tak dek..
ada 44 replika bangunan seluruh dunia semuanya..

penat berjalan ternampak bangunan ICE..dan masukk..

main salji yuk..
kat luar kan panas..hehe


suhu boleh tahan sejuk..my baby dah kebiruan kerana kesejukan..




salji ke?
bila aku berada dalam freezer...grrrrrrrrrr sejuk



igloo tunnel


masa untuk balik ..lepas ni kena bawa kedai ubat herba pulak
tengok penyakit melalui tangan..
pastu pergi Splendid China, tengok kebudayaan negara China..tapi aku dan suami tak turun bas...
sangat penat..
takdek lah gambar..rasa rugi pulak tak tengok Splendid China..



Cilok lagi gambar ni..ladies tu dah jerit 'no photo..no photo..'
aku cilok sebab tertarik gambar organ2 tu..sebagai rujukan juga sebenarnya..

orang Shenzhen, english dorang sangat teruk..
dia terang pasal ubat herba tu semua rombongan ternganga..versi english mana dia guna..
kitorang sengih kambing jek..cian pulak tengok
malam pulak kitorang jalan kat Dongmen market..
suami nak beli stokin..
aku pun ber'bahasa' la kat budak2 yang jaga kedai
do you have a sox??
budak tu blurrr
do you have a stokin??
siap tunjuk kaki..buat aksi pakai stokin
budak tu ternganga..muka blurr..pegi rak kasut dan keluarkan kasut..
haish..
sox dengan stokin pun depa tak tahu..aku pun ikut blurr sekali..
nak guna bahasa dorang tak reti lak..
beruntung jadi malaysian yang menekankan bahasa kedua..
balik hotel dan tidur..esok flight balik malaysia..
tak sabar balikk..
zzzzzzz

UPDATE: harga tiket masuk ke WINDOW OF THE WORLD lebih kurang rm300++ untuk 2 orang jika convert duit malaysia..nak naik tren, nak skating atas ice, nak masuk rumah ice dan lain-lain kena bayar berasingan..mahal tak? mahal woo..


thanks for stopping by! MamaQist