Saturday, March 24, 2012

rezeki.. my first hadiah contest

teringat masa lawatan bercuti ke hongkong tahun lepas, masa masuk ke jade centre, sales asistent tu ada buat penerangan kat depan dlm bilik khas, kitorang layan je la.. penerangan gigirl tu tentang jade dan asal usulnya. jade terbaik dari burma.. very quality jade.. burma kat mana ek? aku konfius kengkadang burma ni duduk kt mana.

dah habis amoi tu terangkan all about jade stone, dia buka contest, soalan aku dah tak ingat, tapi jawapannye Afrika.. boleh pulak ingat jwpn tapi soalan tak ingat... makanya semua rombongan mengangkat tangan termasukla sorang Datin tu dan anaknye nak mencuba nasib, napa datin tak boleh jawab soalan ke?

tapi mulut aku yang paling pantas 26 saat menjawab berbanding yang lain termasukla suamiku. dan yea yeah aku dapat hadiah. hadiahnye sebutir batu .. erk aku lupa nama batu tu.. ada dalam simpanan. ok la kan.. benda percuma hnya jawab soalan mudah.

tu je la.. kaitan dengan topik aku ialah aku ni tak pernah menang lucky draw atau seangkatan dengannya semenjak aku mulq pakai skirt biru tua baju kurung putih sampailah aku dah habis belajar.. kesian kan?

erkk jap.. tipu la, aku pernah menang lucky draw dan dapat dapur elektrik dan periuk tekanan tinggi dan set kuali stainless steel masa jenjalan dengan suami di 1Borneo kota kinabalu.

kbaiiiye.......

Monday, March 12, 2012

tips manik crumble mumble dari otai beaders

salam semua.. tajuk kt atas ni bkn nk cilok harta intelek otai-otai beaders, tapi hanya sebagai simpanan peribadi tuan blog semata..

kat bawah ni tips dari kak Umi Pepari Design, the founder of crumble mumble design..

1. Normally, I will start with the highlight of the design. You can use oval stone, round stone which the size and color are outstanding from the color of your baju
2. Then you can add with smaller beads. Normally i used either round beads size 8/0 or either 6/0.
3. Followed by the normal size of round bead 12/0.
4. Last not least, the smallest round bead, 15/0.


yang ni pula tips dari otai kak Zai Butterfly Beads.. harap beri manfaat


1. Gunakan benang yang sama warna dengan warna kain supaya jahitan anda nampak lebih kemas dan jika dilihat dari belakang jahitan, tak lah kusut masai dengan benang yang bersimpang siur :)

2. Pelbagaikan saiz beads dan pearl yang anda gunakan... glass pearl dari saiz 6mm ke 3mm, dan juga glass beads, dari saiz yang paling besar ke paling kecil. Pelbagaikan juga bentuk manik, ada bulat, ada bicone, ada empat segi, ada bujur...

3. Gunakan kristal, glass pearl dan beads yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan kualiti jahitan yang lebih cantik, lagi shining gitu! Kristal Swarovski adalah yang terbaik untuk kristal.

4. Tak perlu terlalu menyusun pearls dan beads mengikut susunan sangat, Crumble Mumble adalah teknik manik tabur.. biarkan ia berterabur :)

5. Untuk warna, gunakan semua warna yang ada pada baju, naikkan warna yang paling sedikit pada baju untuk menaikkan seri baju.

6. Latihan adalah penting untuk menjahit design ni, lagi banyak jahit, anda akan tahu kelemahan dan kekurangan jahitan anda.

Rasanya itu je yang dapat saya kongsi kali ni, insyaAllah kalau ada tips lagi, saya share lagi ye! Selamat mencuba!

wink wink..

koleksi manik manik jepun yang aku ada

entri bosan saja nk tunjuk koleksi manik yang ada, hehe belum start lg projek nak pasang manik crumble mumble kat baju sndiri..

jumlah jenis manik ni ada dlm 60 jenis dari kualiti manik jepun dan yang seronoknya dekat ampang point dah buka kedai barangan kraf, nama kedai klim craft.. rambang mata tengok blink blink manik jepun tersusun dalam kedai tu.. yah haruslah aku beli sikit-sikit nak menambah koleksi.. hek hek hek

tray manik kat bawah ni pong aku beli kat kedai klim craft tu.. harga dalam rm15.90.. tempat simpan manik ni pulak aku beli kat kedai Home Fix kat ampang point juga.. sebenarnya tempat untuk simpan ubat, tapi aku modify jadi tempat simpan manik.. apa yang istimewanya sebab boleh buka satu satu part, jadi takdelah nak ambil manik kena buka semua part.. so manik pun tersimpan rapi dari tertumpah.. ni pun ingat nak pegi beli banyak2 lagi kat Home Fix, sebab nak simpan manik banyak2.. klu lapar nanti boleh rebus manik-manik tu.. hehe harga bekas simpan manik ni dalam rm5.90.





design crumble yang aku berminat nak buat boleh tengok kat bawah.. cantik sungguh design ni.. macam manik berterabur tapi tersusun cantik.. kredit gambar butterflybeads








Saturday, March 10, 2012

perempuan jarang jadi photographer

tajuk ni memang mencabar jiwa raga aku yg sgt meminati fotografer, aku kan perempuan, perempuan yang dah sah jadi bini solehah orang, ada anak dua orang pulak tu, mn ada masa nak pegang, tembak dan terhasil sekeping gambar.. DSLR dahlah berat, haih

bila ada event, tanya suami boleh bawak tak mr.nikon tu, dia tanya buat apa?? hilang mood aku nk 'menembak' lg, ye la sedar diri ada budak kecik yg perlu diberi perhatian.. hek hek.. sudahnya aku ambil je la gambar tah pape dlm rumah ni.. kata orang lepaskan gian.

baru nak melayari internet nk tambah ilmu fotografi, anak panggil pula nak kaler kaler buku kaler dia.. yang baby pulak ofkos nak susu mama, aku kan sumber tenusu dia.. agak2 bila aku jadi expert shoot gambar ni? banyak betul halangan datang..

janji tuk diri sendiri satu hari nanti aku akan jadi terror shoot gambar..

Tuesday, March 6, 2012

korek diri

aku sebenarnya dh lama nak memulakan sesuatu bisnes, antaranya bisnes online, tapi belum berkesempatan lagi mengorak langkah ni mnjadi bisneswumen yg berjaya. haha. jealos woo bila buka blog atau fesbuk msti nampak org duk jual macam2 benda dan haruslah sentiasa sold out. rasanya dalam perkara sebegini tak salah aku dengki kat dorang yg dah start nak jadi jutawan.

tajuk aku korek diri, bukan korek tahi hidung ye.. bila korek balik siapa aku, aku rasa aku ni ada bakat untuk memulakan sesuatu bisnes. pasal apa aku cakap macam tu, pasal aku start berbisnes sedari umur aku darjah 3. ingat lagi aku jual kacang tanah goreng dlm bungkusan rm0.20, laku tau. sesambil jual kacang tanah, aku jual kerepek putih yag famous tu, tah ape nama kerepek tu. aku buat jualan masa kat sekolah rendah agama. hehe best jek, kadang tiba musim rambutan mak aku suh jual kat kengkawan kat sekolah, dua biji rambutan rm0.20. untung juga..

dah masuk sekolah menengah aku berbisnes lagi, kali ni aku keluar modal sikit amik dari duit belanja aku, tak sampai rm10 pun modal keluar, masa tu musim buah mangga, dan paling best bebudak asrama suka sgt mncari bnda untuk di kunyah, maklumlah sumber makanan dari dewan makan dan kantin je, so bermodalkan buah mangga dari kebun bapa yang aku jolok sendiri, dan modal rm7 beli cabai, kicap kipas udang saiz kecik dan garam, aku mulakan bisnes lagi..jual jeruk mangga..kengkawan aku suka la..rasa seronok dapat duit berkoyan-koyan..hehehe

tak habis di situ aku beli jajan banyak2, maggie, keropok pelbagai perisa dan jual kat bebudak asrama, laku tau dan sentiasa habis, siap buat request lagi. tampal je iklan kat pintu, 'keropok ada jual sini'.. best je klu ingat kenangan tu.

masa dekat universiti pulak aku bisnes amik upah jahit baju, tapi tak boleh teruskan sebab asigmnt berderet nak kena siap. aku sama universiti dengan yuyu zulaikha, tapi tak pernah jumpa pun, mbe dia br masuk aku lak dah blah.

ok now ape kena buat ialah rancangan perniagaan apa nak buat, nak biz apa kena fikir dari sekarang, huh aku dah penat fikir dah cuma tak start lagi, modal aku nak cekau duit dari asb aku yg byk tu, hehehe riak betul.

ok chow..salam