Saturday, February 18, 2012

ustaz azhar idrus tahnikkan Muhammad.

bismillahirahmanirrahim..

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah sangat teruja masyaallah.. perkara yang diimpikan menjadi kenyataan, memang aku bercita2 hendak tahnikkan anak dengan seorang yang soleh. harapan agar anak menjadi anak yang soleh sepanjang hayatnya. masyaallah syukur alhamdulillah

28 january 2012 bertempat di masjid ar ridhuan ulu kelang ustaz azhar datang bagi kuliah agama, kesempatan yang ada aku dan suami merancang untuk tahnikkan Muhammad dengan ustaz azhar idrus. Kebetulan kakak ustaz sendiri adalah jiran terdekat kami, kak Roslina Idrus..orangnya baik, suka hantar makanan kat kami. so kitorang arrange masa untuk berjumpa ustaz, Kak Ina banyak tolong, alhamdulillah. terima kasih banyak2 kak ina.

rezeki Muhammad dapat tahnik dari orang soleh, kak ina citer..ustaz tak nak tahnik sebenarnya, sebab dia tak nak benda tu jadi satu aktiviti lepas ni, nanti mengganggu jadual dia yang padat. Pernah sekali tu, kak ina crite, ada ibu bapa nak tahnik anak diorang, dah konfom semuanya, masa nak tahnik tu, rupanya pasangan tadi bawa kawan2 diorang yang ada baby juga. Ustaz tak nak berlarutan macam tu sebab akan mengganggu jadual dia. masa Muhammad bertahnik, ada satu bayi lagi nak buat juga tapi tak sempat sebab ustaz bergegas nak jumpa dengan sorang VIP kat hospital ampang putri. alhamdullillah rezeki Muhammad dimudahkan.

Muhammad juga baik je masa di tahnikkan, tak menangis pun. anak mama ni kan bersopan santun orangnya, tak banyak ragam. alhamdulillah

cuma agak terkilan juga masa tahnikkan qistina dulu, yang tahnikkan tukang urut tu.. seketul kurma dia masukkan dalam mulut qistina.. bila qistina berak.. seketul tu juga yang keluar. entah di mana kesilapan sampai kejadian macam tu berlaku. serasa hendak menangis bila teringat peristiwa tu. kesian anak mama..

selepas itu aku berazam hendak tahnikkan Muhammad dengan orang yang soleh. Kejadian yang sama hampir berulang kat Muhammad, tukang urut yang sama dah standbye kurma di tangan, seketul!.. dengan muka menahan marah aku tak benarkan dia tahnikkan anak aku. itu bukan tahnik, itu mencekik. Sesuatu yang tidak patut bila membenarkan kesilapan lepas berulang. tak patut!

let me tell you, saiz perut seorang bayi yang baru lahir hanya sebesar kacang tanah, usus bayi baru lahir belum matang dan kuat. Bayangkan lah kurma seketul tu paksa bayi untuk telan. Bayangkan lah usus yang belum matang itu nak memproses kurma yang seketul itu.. zalim tak? ZALIM! bila usus tak mampu memproses, usus akan menolak keluar tanpa memproses makanan tu terlebih dahulu. tu yang qistina sembelit sekejap then keluar seketul kurma. Astaghfirullah..

ambil pengajaran dari kisah ini, jangan terlalu bergantung dengan orang lain, cari ilmu sebanyak2nya.. tak salah dan amat bermanfaat. Jangan kita anggap kita je yang betul, orang lain semua salah, itu takbur namanya..orang takbur tidak mencium bau syurga..astaghfirullah..

neway saya sangat seronok dapat tahnikkan Muhammad dengan ustaz Azhar Idrus.. kak ina cakap muka Muhammad sama muka ustaz masa kecik2.. ustaz pong cakap baby Muhammad muka ambe masa kecik dulu.. anak2 buah ustaz pong cakap muko Muhammad supo muko cik zahar(ustaz azhar) sikit..

aku juga yang berbunga2 setaman mendengar semuanya..apa yang penting anak aku menjadi anak soleh sepanjang hayatnya.. sekurang2nya Muhammad menjadi syafaat kat akhirat sana menarik aku dan suami masuk syurga nanti..amin ya rabb

Friday, February 17, 2012

cara jaga luka pembedahan secara cesarean

salam dan assalamualaikum semua..

ek eleh mentangla dah sihat dan habis berpantang, aku dah boleh berlari2 ala atlet olympik sekarang..oh aku nak share cara menjaga luka bedah khususnya luka bersalin secara bedah (banyaknya perkataan bedah)

tips ini yang di kongsi oleh midwife kat ampang putri dan doktor zalina salleh sendiri, so aku gabungkan sekali.

pertama, kena bergerak! kalau korang dah balik ke rumah masing2, jangan asyik tidur dan baring saje.. sebabnya badan kita ni kalau landing baik atas katil shj, darah tak jalan.. bila darah tak jalan, luka bedah akan bernanah. sama la mcm u all tak flush toilet, air tangki akan berkarat.

kedua, jangan sapu apa2 kat luka samada minyak gamat ke, minyak pengasih ke.. JANGAN!! biarkan jek, nanti kalau sapu minyak gamat akan sebabkan parut korang jadi buruk. kalau korang perasan, dalam minyak gamat ada serbuk halus warna gelap, jika sapu pada luka, serbuk tu akan -terbenam ke kulit dan kekal di situ dan menyebabkan parut akan menjadi hodoh.

ketiga, keringkan tempat luka. selepas mandi pastikan tempat luka dikeringkan dengan sempurna, anginkan depan kipas kerr..sebab nanti kalau luka tak kering dengan sempurna, kuman akan membiak dan menyebabkan nanah.. kalau nanah menjadi teruk dah kos lagi nak gi cuci kat sepital..tui dak?

keempat, jangan angkat berat. kalaupun korang ni sepupu sepapat malik nor ke, jangan mengada nak angkat benda berat. kalau rasa nak tunjuk rajin pun simpan dulu niat tu.angkat berat ni bukan saja jahitan luka akan terbuka, malah rahim juga boleh jatuh.

kelima, minum air dengan banyak. jangan kawal kemasukan air dalam badan anda. badan sangat perlukan air. ok teorinya jika air kurang dalam badan, darah akan menjadi pekat dan proses penyembuhan luka akan menjadi lambat. minum air dengan banyak juga membantu mengeluarkan kesan2 bius atau ubat yang dimasukkan dalam badan. saya teramat tak berminat untuk ikut petua jangan minum air dengan banyak ketika berpantang takut nanti berbau hanyir dan basah ketika bersama. teori yang amat low education. bunyi macam seolah2 air yang masuk dalam badan hanya pergi ke tempat tuuttt tu je..tempat lain tak..kena ingat, seluruh badan perlukan air. terutama ibu yang menyusukan anak. minum air banyak okayy..nanti dehydrate pulak nanti.

keenam, makan protein dengan banyak termasuk ayam. orang tua2 kata jangan makan ayam nanti gatal, itu sebenarnya minda kita telah di set bahawa ayam tu gatal, sebenarnya tidak. kita perlu makan ayam untuk elakkan kekurangan nutrien. protein ni perlu untuk pembaikan tisu2 badan kita. kulit dah kena belah kena baiki semula. kalau kekurangan zat alamat lambatlah luka nak sembuh. satu lagi kena rela hati untuk menjamah ikan haruan. ikan haruan amat baik memulihkan luka bedah sebab tinggi kandungan kalsiumnya.

itu sahaja kot untuk hari ini

thanx for stopping by!