Thursday, February 5, 2015

sekolah pilihan anak masuk darjah satu

bismillah.. setelah sekian lama malas nak update, hari ni terfikir nak kongsi, saya guna bahasa saya je k.. alkisah hari ini dan kelmarin aku dan suami dah sibuk nak masukkan anak sulungku iris ke sekolah rendah kebangsaan, sekarang dia masih kat kindy Little caliph School untuk 6 tahun.. now kena daftarkan dia masuk sekolah rendah pulak..

aku tukang search kat tenet, finally jumpa la sk sri bintang utara ni, dekat pun dekat, dan semua pun tahu ini sekolah apa, SBT.. pastu nak masuk memang kena bersaing sikit..

aku kol sekolah ni, suami gi amik borang kat pejabat depa, pastu banyak la tugasan kena buat, kena fotostet itu dan ini, bil air bukti ko duduk wilayah kuala lumpur dan bla bla bla..

ok nak cerita, tengah malam aku la mengisi borang ni, suami dah lena di ulit mimpi.. menggagau gagahkan mata yang super nagntuk demi anak nak sekolah.. aku doa mudah2an iris diterima masuk ke sk sri bintang utara ni..

nak di ceritakan juga, walaupun aku dah gugel sana gugel sini pasal sk sri bintang utara ni, nak la juga aku korek sikit kat org yang angkat fon aku masa kol ofis sekolah ni, aku nak tahu apa beza sk sri bintang utara dan sk sri bintang selatan.. nak juga aku tambahkan sedikit ilmu gugel aku tu, walau aku tahu apa beza dua buah sekolah ni.. hihihi.. tapi menurut orang yang angkat fon aku hari tu.. perbezaan antara sk seri bintang utara dan sk seri bintang selatan ialah pagar sekolah je berlainan..


+*&%$#@!_*&^


rasa nak gelak pun ada dengar jawapan dia..

u made my day hahahahahaha

ok la kalau camtu boleh la juga dibuat sebagai perbezaan..

dan hari ini borang anak dah pun di hantar, suami balik suh ajar ank molek2 sebab nak masuk ada tapisan bagai.. oh Allah.. nak masuk darjah satu pun ada tapisan dan tapisan ko.. memang depa nak jaga kualiti la.. siap temuduga kalau tak silap..

aku pun gugel la tapisan2 ini tapi memang takde langsung parent atau sesapa yang bercerita pengalaman hantar anak ke sk seri bintang utara untuk lalui tapisan dan temuduga.. kalau pembaca blog ni ada pengalaman cuba share kat komen tau, aku betul2 blur apa kah tapisan yang akan mereka hadapi.

anak aku ni nur iris qistina background 4-5 tahun sekolah PASTI ILMI TAMAN NIRWANA, sekolah pulak duduk dalam balairaya klasik, kemudahan memang kekurangan, kalau balik rumah dari sekolah, tak SAH kalau kaki dia kena gigit pepijat merah2.. Tapak kaki pulak tak SAH tak hitam, awalnya aku fussy, lama2 aku ok, asalkan anak aku tak mati sudah...

walau bagaimana pun aku bangga dengan pencapaian dia pada umur 5 tahun, walau aku la orang paling risau pasal dia, kuat main dan kuat sangat main, ikut mood dia, kalau panggil untuk mengaji ke, belajar ke, air mata dah standbye dan duk kaku renung aku balik, aku kalau kena renung macam tu memang bertukar jadi sang rimau.

dan tanpa di sangka anak aku dapat no 2 keseluruhan budak 5 tahun kat PASTI, beza dua markah je dengan yang kawan baik dia ALEESYA ADREANA, sungguh aku terkejut, masa balik sambil driving, senyuman aku dah serupa kambing, senyum2 kambing dengan anak aku sorang ni. sebab aku tahu aku pun dah serupa mak rimau taim ajar dia tapi mata nangis renung aku kaku pastu takmo belajar. ek eleh budak ni.. camana boleh jadi ni.. penangan rimau ke..

lepas dari tu cikgu Pasti cikgu kesayangan Iris, Cikgu HANA, bagitahu Iris akan pergi ujian ke peringkat penilaian seterusnya iaitu peringkat pandan, kalau lepas yang ini, pergi lagi ke peringkat negeri pulak..tapi iris tak dapat laa... tak cukup motivasi lagi dari aku..ok sambung..bersaing dengan budak dalam 20 orang, dia dapat no 7. kalau tengok soalan depa memang ko geleng kepala, ini bukan soalan tahap budak tadika punya soalan, ini tahap darjah tiga sekolah rendah. cikgu hana dah risau takut diorang tak boleh jawab, soalan memang susah.. memang susah. aku tengok pun susah hati.

apapun mama doakan iris dapat masuk ke sk seri bintang utara, semoga urusan iris dipermudahkan olehNya.  kalau tak dapat masuk pun mungkin rezeki iris di sekolah lain. insyaallah amin.

thanks for stopping by! MamaQist