Thursday, September 15, 2011

ISA DIMANSUHKAN

bismillahirrahmannirrahim..

Kejutan Najib untuk hari malaysia, ISA di mansuhkan...

petikan hmetro:

ISA DIMANSUHKAN

KUALA LUMPUR: Sebagai ganti, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara keamanan, kesejahteraan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

jangan pula dua undang2 yang menyusul lebih 'mafia' dari ISA.



- Posted using BlogPress from my iPhone

PTPTN..ujrah 1 %..berbaloikah tukar??

Salam semua

Ahhhh dah lebih sejam saya hubungi pihak PTPTN care line..nak bercakap dengan pegawai PTPTN ler katakan..nak layan sistem operator tak kuasa..punyala busy line dorang ni..goverment dahla nak kenakan tax prepaid 6% kat kami golongan marhaen ni..kena lak care line PTPTN yang sibuk..habis kredit doh..

finally aku dapat juga bersembang dan berborak dengan PTPTN ladies di hujung talian.



Soalan aku kat dia..

1- apa status PTPTN aku cik..

jawapan~ cik siti punya status PTPTN masih 3%..bulan 6 hari tu dah tukar kan, cuma tak hantar dokumen melalui pos kepada kami..dokumen untuk mengkompletkan permohonan ujrah 1% aku..lorrr mana aku tahu..aku ingat dah settel melalui online jek..ok esok saya akan cuba poskan..dokumen tu nanti akan dapat dari PTPTN juga ketika kita aply ujrah..kita print outkan dan hantar kat dorang.

2. Sistem Ujrah ni berbaloikah..orang kata better jangan tukar kalau kerja biasa2, dan better tukar kalau dah kerja kerajaan..yelah boleh buat pemotongan gaji.. macam kami yang tak kerja dan bukan kerja tetap macammana nak potong gaji..betul ke makin mahal kalau tukar?

(banyaknyerrr soalan minah ni..)

jawapan~  oh sebenarnya sistem ujrah 1% ni untuk mengurang kos pembayaran balik. Bermakna kos pentadbiran 3% tu akan menjadi 1%. so kalau kos pentadbiran dalam ratus2..boleh jadi puluh2 jek..tapi kena bayar fix la..tepat pada masanya..bermakna makin murah la..

3. Jika saya belum bekerja, potong gaji ikut mana?

jawapan~ ok..kalau cik siti belum bekerja dan nak bayar kurang dari yang ditetapkan, masuk website kami, pilih capaian borang, dan pilih bahagian borang pengurangan pembayaran dan hantar sekali dengan borang ujrah tadi. Borang ni penting sebab kalau cik tak isi, nanti pihak kami tak tahu yang cik belum bekerja, esok kalau nak keluar negara cik akan di tahan sebab dah black list.so bila dah isi borang ni, cik takkan di black list...sebab kami dah ada pemberitahuan awal status cik..so cara pembayaran adalah secara manual, bukan pemotongan gaji... teringat aku dengan faizal tahir yang ditahan kat airport gara2 PTPTN ni...

4. Kenapa tak berkurang ni..makin bertambah lak..hari tu saya dah bayar RM1k lebih..sama jek..

jawapan~ sebab kos pentadbiran cik walaupun bayar tepat masanya, kos pentadbiran tak zero, tetap ada setiap bulan, bila terkumpul akan nampak bertambah la. Tapi kalau cik tukar ke sistem ujrah, kos pentadbiran akan berkurang. tetapi bukan zero. tetap ada setiap bulan.

Hmmmmmm..terus terfikir tabungan Iris perlu ditambah dengan duit raya yang dia kumpul baru ni..tak payah la meminjam kat PTPTN ni..

SO......NO SSPN..NO PTPTN



Buat anda yang berhutang dengan kerajaan..sila hantar dokumen anda melalui pos sebelum 30 september 2011..ni tarikh tutup sistem Ujrah.

berguna tak entri ni korang??

thanks for stopping by! MamaQist

HARI MALAYSIA..16 SEPTEMBER

salam hari raya dan merdeka

Hari ni semua sibuk packing barang sebab nak berjalan ke mana2..ye lah kan hari malaysia.cuti panjang...baru 5 tahun kebelakangan ni jek hari malaysia ni di sambut meriah, bermakna baru 5 tahun kebelakangan ni lah orang malaysia menyedari akan kehadiran sabah dan sarawak dalam peta malaysia..banyak terjumpa orang dan kawan2 di semenanjung malaysia yang akan berkata pada saya yang berkelahiran sabah..

"eh bila nak balik Malaysia??..

"...macamana nak bawa ikan segar balik Malaysia...???

keh keh keh

dalam hati timbul persoalan adakah Sabah berada di peta negara lain???



thanks for stopping by! MamaQist

Wednesday, September 7, 2011

senarai projek yang terbengkalai

salam semua

mengalahkan pak menteri sampai projek-projek yang dirancangkan satu pun tak mula lagi..mama list downkan di bawah supaya tak lupa..

1. Projek buat dress/gown untuk Iris Qistina

2. Sulam manik design crumble mumble

3. Nota/Tutorial photoshop dalam ebook

4. Touch up semua gambar percutian

5. Bisnes Online

6. Shopping kat Etsy.com..cari kain cotton untuk buat dress.

7. Set up my sewing room.

8. design Felt craft untuk bantal

9. photography..photography..photography

10. set up Blog

art addict..aku suka seni

thanks for stopping by! MamaQist

lagi lagi hukum karma..lagi lagi hukum karma

salam semua

ni adalah entri bengang kepada sebahagian umat islam ni yang suka sebut dalam respon mana2 entri blogger lain berkaitan balasan hidup terhadap seseorang..

''hah padan muka dah kena hukum karma''

"dah dapat karma..sapa suruh buat jahat..."

"hukum karma tak boleh lari....."

eh please...ko tu muslim..ucap dua kalimah syahadah..nama pulak Islam..yang ko suka amik hukum hindu tu pasal apa..Hukum Islam pun ko tak habis ngaji lagi..ko dah pandai2 nak sebut hukum karma..ape ko takdek hukum Islam ke nak rujuk pada hukum karma orang hindu...aku tanya ko balik..Hukum karma tu hukum apa???? pergi buat searching kat internet apa tu hukum karma..dari mana asal usul hukum karma sebelum ko sebut-sebut dan mengangungkan hukum karma..itu syirik namanya..Hukum Islam ade ko tak nak pakai...hukum karma lak yang ko gunakan...


thanks for stopping by! MamaQist