Thursday, September 15, 2011

PTPTN..ujrah 1 %..berbaloikah tukar??

Salam semua

Ahhhh dah lebih sejam saya hubungi pihak PTPTN care line..nak bercakap dengan pegawai PTPTN ler katakan..nak layan sistem operator tak kuasa..punyala busy line dorang ni..goverment dahla nak kenakan tax prepaid 6% kat kami golongan marhaen ni..kena lak care line PTPTN yang sibuk..habis kredit doh..

finally aku dapat juga bersembang dan berborak dengan PTPTN ladies di hujung talian.



Soalan aku kat dia..

1- apa status PTPTN aku cik..

jawapan~ cik siti punya status PTPTN masih 3%..bulan 6 hari tu dah tukar kan, cuma tak hantar dokumen melalui pos kepada kami..dokumen untuk mengkompletkan permohonan ujrah 1% aku..lorrr mana aku tahu..aku ingat dah settel melalui online jek..ok esok saya akan cuba poskan..dokumen tu nanti akan dapat dari PTPTN juga ketika kita aply ujrah..kita print outkan dan hantar kat dorang.

2. Sistem Ujrah ni berbaloikah..orang kata better jangan tukar kalau kerja biasa2, dan better tukar kalau dah kerja kerajaan..yelah boleh buat pemotongan gaji.. macam kami yang tak kerja dan bukan kerja tetap macammana nak potong gaji..betul ke makin mahal kalau tukar?

(banyaknyerrr soalan minah ni..)

jawapan~  oh sebenarnya sistem ujrah 1% ni untuk mengurang kos pembayaran balik. Bermakna kos pentadbiran 3% tu akan menjadi 1%. so kalau kos pentadbiran dalam ratus2..boleh jadi puluh2 jek..tapi kena bayar fix la..tepat pada masanya..bermakna makin murah la..

3. Jika saya belum bekerja, potong gaji ikut mana?

jawapan~ ok..kalau cik siti belum bekerja dan nak bayar kurang dari yang ditetapkan, masuk website kami, pilih capaian borang, dan pilih bahagian borang pengurangan pembayaran dan hantar sekali dengan borang ujrah tadi. Borang ni penting sebab kalau cik tak isi, nanti pihak kami tak tahu yang cik belum bekerja, esok kalau nak keluar negara cik akan di tahan sebab dah black list.so bila dah isi borang ni, cik takkan di black list...sebab kami dah ada pemberitahuan awal status cik..so cara pembayaran adalah secara manual, bukan pemotongan gaji... teringat aku dengan faizal tahir yang ditahan kat airport gara2 PTPTN ni...

4. Kenapa tak berkurang ni..makin bertambah lak..hari tu saya dah bayar RM1k lebih..sama jek..

jawapan~ sebab kos pentadbiran cik walaupun bayar tepat masanya, kos pentadbiran tak zero, tetap ada setiap bulan, bila terkumpul akan nampak bertambah la. Tapi kalau cik tukar ke sistem ujrah, kos pentadbiran akan berkurang. tetapi bukan zero. tetap ada setiap bulan.

Hmmmmmm..terus terfikir tabungan Iris perlu ditambah dengan duit raya yang dia kumpul baru ni..tak payah la meminjam kat PTPTN ni..

SO......NO SSPN..NO PTPTN



Buat anda yang berhutang dengan kerajaan..sila hantar dokumen anda melalui pos sebelum 30 september 2011..ni tarikh tutup sistem Ujrah.

berguna tak entri ni korang??

thanks for stopping by! MamaQist

2 comments:

  1. waahh..mmg sgt berguna enrti nie...
    mmg tgh cari info psl PTPTN nie..
    thanx for sharing :)

    salam ziarah dari efa nur :)


    http://efagurlz.blogspot.com/2011/09/segmen-santai-ben-ashaari.html:)

    ReplyDelete
  2. @efa nur thanx efa nur..salam kenal..jom bayar ptptn..hoho

    ReplyDelete