Thursday, February 5, 2015

sekolah pilihan anak masuk darjah satu

bismillah.. setelah sekian lama malas nak update, hari ni terfikir nak kongsi, saya guna bahasa saya je k.. alkisah hari ini dan kelmarin aku dan suami dah sibuk nak masukkan anak sulungku iris ke sekolah rendah kebangsaan, sekarang dia masih kat kindy Little caliph School untuk 6 tahun.. now kena daftarkan dia masuk sekolah rendah pulak..

aku tukang search kat tenet, finally jumpa la sk sri bintang utara ni, dekat pun dekat, dan semua pun tahu ini sekolah apa, SBT.. pastu nak masuk memang kena bersaing sikit..

aku kol sekolah ni, suami gi amik borang kat pejabat depa, pastu banyak la tugasan kena buat, kena fotostet itu dan ini, bil air bukti ko duduk wilayah kuala lumpur dan bla bla bla..

ok nak cerita, tengah malam aku la mengisi borang ni, suami dah lena di ulit mimpi.. menggagau gagahkan mata yang super nagntuk demi anak nak sekolah.. aku doa mudah2an iris diterima masuk ke sk sri bintang utara ni..

nak di ceritakan juga, walaupun aku dah gugel sana gugel sini pasal sk sri bintang utara ni, nak la juga aku korek sikit kat org yang angkat fon aku masa kol ofis sekolah ni, aku nak tahu apa beza sk sri bintang utara dan sk sri bintang selatan.. nak juga aku tambahkan sedikit ilmu gugel aku tu, walau aku tahu apa beza dua buah sekolah ni.. hihihi.. tapi menurut orang yang angkat fon aku hari tu.. perbezaan antara sk seri bintang utara dan sk seri bintang selatan ialah pagar sekolah je berlainan..


+*&%$#@!_*&^


rasa nak gelak pun ada dengar jawapan dia..

u made my day hahahahahaha

ok la kalau camtu boleh la juga dibuat sebagai perbezaan..

dan hari ini borang anak dah pun di hantar, suami balik suh ajar ank molek2 sebab nak masuk ada tapisan bagai.. oh Allah.. nak masuk darjah satu pun ada tapisan dan tapisan ko.. memang depa nak jaga kualiti la.. siap temuduga kalau tak silap..

aku pun gugel la tapisan2 ini tapi memang takde langsung parent atau sesapa yang bercerita pengalaman hantar anak ke sk seri bintang utara untuk lalui tapisan dan temuduga.. kalau pembaca blog ni ada pengalaman cuba share kat komen tau, aku betul2 blur apa kah tapisan yang akan mereka hadapi.

anak aku ni nur iris qistina background 4-5 tahun sekolah PASTI ILMI TAMAN NIRWANA, sekolah pulak duduk dalam balairaya klasik, kemudahan memang kekurangan, kalau balik rumah dari sekolah, tak SAH kalau kaki dia kena gigit pepijat merah2.. Tapak kaki pulak tak SAH tak hitam, awalnya aku fussy, lama2 aku ok, asalkan anak aku tak mati sudah...

walau bagaimana pun aku bangga dengan pencapaian dia pada umur 5 tahun, walau aku la orang paling risau pasal dia, kuat main dan kuat sangat main, ikut mood dia, kalau panggil untuk mengaji ke, belajar ke, air mata dah standbye dan duk kaku renung aku balik, aku kalau kena renung macam tu memang bertukar jadi sang rimau.

dan tanpa di sangka anak aku dapat no 2 keseluruhan budak 5 tahun kat PASTI, beza dua markah je dengan yang kawan baik dia ALEESYA ADREANA, sungguh aku terkejut, masa balik sambil driving, senyuman aku dah serupa kambing, senyum2 kambing dengan anak aku sorang ni. sebab aku tahu aku pun dah serupa mak rimau taim ajar dia tapi mata nangis renung aku kaku pastu takmo belajar. ek eleh budak ni.. camana boleh jadi ni.. penangan rimau ke..

lepas dari tu cikgu Pasti cikgu kesayangan Iris, Cikgu HANA, bagitahu Iris akan pergi ujian ke peringkat penilaian seterusnya iaitu peringkat pandan, kalau lepas yang ini, pergi lagi ke peringkat negeri pulak..tapi iris tak dapat laa... tak cukup motivasi lagi dari aku..ok sambung..bersaing dengan budak dalam 20 orang, dia dapat no 7. kalau tengok soalan depa memang ko geleng kepala, ini bukan soalan tahap budak tadika punya soalan, ini tahap darjah tiga sekolah rendah. cikgu hana dah risau takut diorang tak boleh jawab, soalan memang susah.. memang susah. aku tengok pun susah hati.

apapun mama doakan iris dapat masuk ke sk seri bintang utara, semoga urusan iris dipermudahkan olehNya.  kalau tak dapat masuk pun mungkin rezeki iris di sekolah lain. insyaallah amin.

thanks for stopping by! MamaQist

43 comments:

  1. mana pun Iris sekolah, di doakan supaya dia cemerlang.
    memang kalau boleh nak cari sekolah terbaik ye dak? tapi tu la kadang sekolah ni susah nau nak go through.. baru sekolah, belum IPT lagi.,.rasanya pembelajaran sama je kan? mcm1

    ReplyDelete
  2. memnag u punya luck ade anak yang pandai dan soleh. sekarang result dah out dah..anak dpt tak masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde rezeki.. But its okay.. Mbe rezeki dia kt tpt lain. Dh wat all out ngajo dia, tp soalan totally susah utk level dia.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Oh then anak u masuk mane skrg? Thank god anak i dpt masuk SBU...lepas exam sept lepas

      Delete
    4. Oh then anak u masuk mane skrg? Thank god anak i dpt masuk SBU...lepas exam sept lepas

      Delete
    5. Tahniah.. Now ank kt al amin KL.. Ni pun ketat juga tapisan dan interview dia.. Mak bapa sekali kena interview..

      Delete
    6. Ok la....asalkan sek tu ok takla seburuk mane...dah cukup coz in the end depend anak anak capable tak. Kena ajar dan guide diaorng...memang tugas yg berat juga buat kami sbg parents. Anyway all the best ya mami!

      Delete
    7. Ok la....asalkan sek tu ok takla seburuk mane...dah cukup coz in the end depend anak anak capable tak. Kena ajar dan guide diaorng...memang tugas yg berat juga buat kami sbg parents. Anyway all the best ya mami!

      Delete
  3. so care to share pasal tapisan & jenis soklan exam di SBU tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada masa saya update pasal ni.. Mmg teramat busy la ni

      Delete
  4. salam boleh tanya x anak u nowcskolah mane?? if xlulus exam diaorg akan kasi skolah mane2 je ke or kita still boleh hantar skolah yg kita nk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat SRIAAKL now.. Yup klu x lulus JPN WILAYAH akan kasi sekolah yg paling dekat dgn alamat yg didaftarkan.. Klu nk hntat sekolah yg kita nak, kena buat rayuan lepas result exam dah keluar sblm tarikh tutup yg ditetapkan.

      Delete
  5. Kalau pakai cable walaupon tak lulus bole masuk tak..?

    Hahaha..bukan pa..dengar dengar ramai pakai cable betui ke..?

    Kalu tk apa fungsi test menge test kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe ada kuota untuk cable. Tp mbe rak ramai. Sbb kawan husband kawan baik dgn previous pengetua (dah bersara) anak senang masuk without exam. But yes kawan hubby pun ptd. No wonder. But maybe pengetua baru ni dah susah kot.

      Delete
  6. Salam
    Nak hntar ke sksbu kena pakai alamat yg terdekat dengan sekolah je ke atau tak kisah? Asalkan lulus exam? Mohon share pengalaman.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai alamat terdekat kalau nak peluang tinggi

      Delete
  7. U tinggal jauh ke....ade parents diaorg tinggal kat ampang, pandan indah pun dpt. Kalo boleh area dekatla...kalo jauh ade yg tukarkan alamat telefon ke...tapi pun tengok exam jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xdelah jauh sangat kat kg pandan ni je. Tukar alamat tefon pun boleh eh? Hihi.

      Delete
  8. U tinggal jauh ke....ade parents diaorg tinggal kat ampang, pandan indah pun dpt. Kalo boleh area dekatla...kalo jauh ade yg tukarkan alamat telefon ke...tapi pun tengok exam jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul pape pun tgk exam juga. Klu semua result cemerlang br tengok alamat balik.

      Delete
  9. Salam
    Nak hntar ke sksbu kena pakai alamat yg terdekat dengan sekolah je ke atau tak kisah? Asalkan lulus exam? Mohon share pengalaman.. tq

    ReplyDelete
  10. Salam sy nk tnya..ad jgk keibginan nk masukkn ank ke sksbs...tp syarat dye mmg kne exam ker? Exam dye more tuh ap??? Boleh detail sis..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan boleh hubungi pejabat sekolah ye untuk lebih detail. Saya bukan staff SBS.😂

      Delete
  11. Ye kena amik xm, dulu takde.. Xm tu fokus silibus 6 taun n drjh 1..

    ReplyDelete
  12. Huhu. X perlu pakai cable en.aziz.. mybe sbb ramai ckp skolah tu susah nk dpt. I pun mohon my son skolah tu Alhamdulillah my son dpt.. kena ambil exam saringan tu.. dlm tempoh 2 bulan lps exam tu terus dpt surat kelulusan & sekolah tu suruh daftar. Atas usaha anak sendiri sbnrnye..mcm mne dia jwb exam tu mcm tulah hasil yg dia akan dpt.. exam tupun mcm soalan sekolah tadika my son yg ckplah.. tp rasanye totally in english sbb katanye soalan maths dlm BI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree.. no need cable

      Soalan tough juga. Tahniah ank u berjaya masuk ke sbu. Ank i ada masalah nervous, bila nervous dia pun blank.

      Delete
  13. Huhu. X perlu pakai cable en.aziz.. mybe sbb ramai ckp skolah tu susah nk dpt. I pun mohon my son skolah tu Alhamdulillah my son dpt.. kena ambil exam saringan tu.. dlm tempoh 2 bulan lps exam tu terus dpt surat kelulusan & sekolah tu suruh daftar. Atas usaha anak sendiri sbnrnye..mcm mne dia jwb exam tu mcm tulah hasil yg dia akan dpt.. exam tupun mcm soalan sekolah tadika my son yg ckplah.. tp rasanye totally in english sbb katanye soalan maths dlm BI.

    ReplyDelete
  14. Eh anak u kelas ape? Anak u ambik DLP ke?

    ReplyDelete
  15. Eh anak u kelas ape? Anak u ambik DLP ke?

    ReplyDelete
  16. Salam.. sy nak tahu juga la ada beza ke SBS DGN SBU ni.?? Sy pi skolah SBS minta borang apply terus dpt. Xda pula exam bebagai. Cuma ada exam utk kelas mana jee la. SBS siap offer kelas agama Kafa. Alhamdulillah xyah laaa nk cari sekolah agama lagi. Semua ada kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SBS sekolah bukan sekolah berprestasi tinggi.. Dan SBU ialah sebuah sekolah berprestasi tinggi.. tahniah sebab dapat masuk SBS dengan mudah. Sbb SBS pun dengarnya nak ke arah SBT. masuk ada exam.boleh tengok fb SBS, budak2 6yrs amik ujian saringan sama seperti SBU.

      Delete
  17. Salam.. sy nak tahu juga la ada beza ke SBS DGN SBU ni.?? Sy pi skolah SBS minta borang apply terus dpt. Xda pula exam bebagai. Cuma ada exam utk kelas mana jee la. SBS siap offer kelas agama Kafa. Alhamdulillah xyah laaa nk cari sekolah agama lagi. Semua ada kat situ.

    ReplyDelete
  18. Amboiii.. ramai pulak yg nak tahu pasal sk seri bintang utara ni kan.. haha gudluck. Banyak nak cerita tapi malas nak menaip.

    ReplyDelete
  19. salam mama qist, boleh share cara tapisan dan bentuk tapisan ke SBU dan Al amin??? saya ada apply untuk anak saya darjah 1 tahun depan tak tau ade rezeki ke x =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam diyana. Dtg kat komen, sy dah jawab kat situ ttg sbu dan al amin

      Delete
  20. Wsalam diyana.

    Sy bg tips yg teringat je ye. Sbb dah lama kan.. igt2 lupa

    Sbu: nanti ada interview, merangkumi subjek penting, sains, bm, math, english. Ank kena berani bersembang ngn interviewer, tny sapa nama, dr mana, kena borak. Dan sure in english. Klu gugup mmg drop gak markah kot. Math buat simple math. Kindy punya la. Cth 1-100. Tambah tolak. Bm x sure, sains mbe jg ada based on my pertanyaan dgn staff sbu. Kesimpulannya apa yg kindy 6 tahun ajar tu lah yg masuk kot.

    Al-amin: yg ni parent pun kena interview. Pakai baju elok2 ms datang interview. Anak interview kt kelas, parent kena interview kat pejabat. Hari yg sama. Anak prepare subjek 6 tahun juga mcm sbu. Kena pandai baca and kira2. Pastu apa yg tough, anak kena hafal surah2 trtentu. Dont worry, surah2 depan muqaddam. Dalam 8 ke 9 surah x silap, klu sy tak silap ye. Klu silap mbe kurang lagi. Atau lebih lg. Prepare yg ni. Nt dia tebuk mana2 surah suruh anak baca. Membaca mengira paling penting masuk al amin. Sebab al amin takde buat kelas linus. Semua yg masuk semua dah pandai2 membaca. So sesi pnp pun mudah. Bestnya al amin tak perlu pegi sekolah agama. Akademik dan agama di gabungkan.

    Goodluck.

    Harap membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama qist tq sgt2 membantu.. tak tau plak ade interview sbb masa tanya dia ckp exam je...tq sgt2 ye

      Delete
  21. Mama qist tq info pasal xm tu .. nak tnya .. xm berapa jam? Ada break x? Atau continous xm? Time xm, parents tggu kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry x perasan ada komen ni.. x sure brp jam. Parent tunggu kat dataran utk sbu. Klu al amin parent kena interview sekali.

      Delete
  22. Assalamualaikum..mama qist..nak tnya..sr agama al amin anak dimana? Mcm pn dok area kg pandan kan? Anak hantar sndiri atau ada van or bas sekolah area pandan yang boleh hantar ke sek.al amin..sbb sy area pandan jaya.jika ada perkhidmatan van sekolah..nak apply juga sek.al amin tu..incase anak xdapat SBU..

    ReplyDelete
    Replies

    1. Al amin van. 0195418280 (pak lang) kg pandan, keramat, gombak.

      Delete
  23. Al amin van. 0195418280 (pak lang) kg pandan, keramat, gombak.

    ReplyDelete