bismillahirahmanirrahim..
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah sangat teruja masyaallah.. perkara yang diimpikan menjadi kenyataan, memang aku bercita2 hendak tahnikkan anak dengan seorang yang soleh. harapan agar anak menjadi anak yang soleh sepanjang hayatnya. masyaallah syukur alhamdulillah
28 january 2012 bertempat di masjid ar ridhuan ulu kelang ustaz azhar datang bagi kuliah agama, kesempatan yang ada aku dan suami merancang untuk tahnikkan Muhammad dengan ustaz azhar idrus. Kebetulan kakak ustaz sendiri adalah jiran terdekat kami, kak Roslina Idrus..orangnya baik, suka hantar makanan kat kami. so kitorang arrange masa untuk berjumpa ustaz, Kak Ina banyak tolong, alhamdulillah. terima kasih banyak2 kak ina.
rezeki Muhammad dapat tahnik dari orang soleh, kak ina citer..ustaz tak nak tahnik sebenarnya, sebab dia tak nak benda tu jadi satu aktiviti lepas ni, nanti mengganggu jadual dia yang padat. Pernah sekali tu, kak ina crite, ada ibu bapa nak tahnik anak diorang, dah konfom semuanya, masa nak tahnik tu, rupanya pasangan tadi bawa kawan2 diorang yang ada baby juga. Ustaz tak nak berlarutan macam tu sebab akan mengganggu jadual dia. masa Muhammad bertahnik, ada satu bayi lagi nak buat juga tapi tak sempat sebab ustaz bergegas nak jumpa dengan sorang VIP kat hospital ampang putri. alhamdullillah rezeki Muhammad dimudahkan.
Muhammad juga baik je masa di tahnikkan, tak menangis pun. anak mama ni kan bersopan santun orangnya, tak banyak ragam. alhamdulillah
cuma agak terkilan juga masa tahnikkan qistina dulu, yang tahnikkan tukang urut tu.. seketul kurma dia masukkan dalam mulut qistina.. bila qistina berak.. seketul tu juga yang keluar. entah di mana kesilapan sampai kejadian macam tu berlaku. serasa hendak menangis bila teringat peristiwa tu. kesian anak mama..
selepas itu aku berazam hendak tahnikkan Muhammad dengan orang yang soleh. Kejadian yang sama hampir berulang kat Muhammad, tukang urut yang sama dah standbye kurma di tangan, seketul!.. dengan muka menahan marah aku tak benarkan dia tahnikkan anak aku. itu bukan tahnik, itu mencekik. Sesuatu yang tidak patut bila membenarkan kesilapan lepas berulang. tak patut!
let me tell you, saiz perut seorang bayi yang baru lahir hanya sebesar kacang tanah, usus bayi baru lahir belum matang dan kuat. Bayangkan lah kurma seketul tu paksa bayi untuk telan. Bayangkan lah usus yang belum matang itu nak memproses kurma yang seketul itu.. zalim tak? ZALIM! bila usus tak mampu memproses, usus akan menolak keluar tanpa memproses makanan tu terlebih dahulu. tu yang qistina sembelit sekejap then keluar seketul kurma. Astaghfirullah..
ambil pengajaran dari kisah ini, jangan terlalu bergantung dengan orang lain, cari ilmu sebanyak2nya.. tak salah dan amat bermanfaat. Jangan kita anggap kita je yang betul, orang lain semua salah, itu takbur namanya..orang takbur tidak mencium bau syurga..astaghfirullah..
neway saya sangat seronok dapat tahnikkan Muhammad dengan ustaz Azhar Idrus.. kak ina cakap muka Muhammad sama muka ustaz masa kecik2.. ustaz pong cakap baby Muhammad muka ambe masa kecik dulu.. anak2 buah ustaz pong cakap muko Muhammad supo muko cik zahar(ustaz azhar) sikit..
aku juga yang berbunga2 setaman mendengar semuanya..apa yang penting anak aku menjadi anak soleh sepanjang hayatnya.. sekurang2nya Muhammad menjadi syafaat kat akhirat sana menarik aku dan suami masuk syurga nanti..amin ya rabb
Syukur alhamdulillah...CM pun suka ustaz ahar ni, cara penyampaian dia bess, tak bosan, lagi2 guna loghat terengganu tu... comeyy jee kan. Baby tu pun kiutt sangat.. tahniah ^__*
ReplyDeleteterima kasih CM singgah blog sy yg x seberapa ni. ustaz mmg best..
Deletesyukur alhamdulillah dapat juga Muhammad ditahnikkan ustaz azhar..memang susah nak kejar ustaz..anak kami pun kami seusaha mungkin mencari ustaz2 di sini..dengan harapan menjadi orang2 alim yang mentahnikkan dia..
ReplyDeletealhamdulilla Allah mudahkan urusan hamba-Nya
DeleteAssalamualaikum sya,
ReplyDeletecomelnya Muhammad..moga jadi anak yang soleh.
mabruk alaik.
thanx dzar.. amin amin ya Allah
DeleteYa Allah....beruntung nyer akak.....saya walupn blum ada rezeki nk timang baby sy dh berangan nk mntk UAI yg tahnikkn ank sy nt tp bla akak cter kt ats nun trus xjd...ksian kt UAI plak...so try ustaz don blh x?heheheehe
ReplyDeleteanyway tahniah...mmg rezeki muhammad n akak 1 fmly....
p/s: br je tersangkut kt blog akak ni pg td....hehehehe