teringat masa lawatan bercuti ke hongkong tahun lepas, masa masuk ke jade centre, sales asistent tu ada buat penerangan kat depan dlm bilik khas, kitorang layan je la.. penerangan gigirl tu tentang jade dan asal usulnya. jade terbaik dari burma.. very quality jade.. burma kat mana ek? aku konfius kengkadang burma ni duduk kt mana.
dah habis amoi tu terangkan all about jade stone, dia buka contest, soalan aku dah tak ingat, tapi jawapannye Afrika.. boleh pulak ingat jwpn tapi soalan tak ingat... makanya semua rombongan mengangkat tangan termasukla sorang Datin tu dan anaknye nak mencuba nasib, napa datin tak boleh jawab soalan ke?
tapi mulut aku yang paling pantas 26 saat menjawab berbanding yang lain termasukla suamiku. dan yea yeah aku dapat hadiah. hadiahnye sebutir batu .. erk aku lupa nama batu tu.. ada dalam simpanan. ok la kan.. benda percuma hnya jawab soalan mudah.
tu je la.. kaitan dengan topik aku ialah aku ni tak pernah menang lucky draw atau seangkatan dengannya semenjak aku mulq pakai skirt biru tua baju kurung putih sampailah aku dah habis belajar.. kesian kan?
erkk jap.. tipu la, aku pernah menang lucky draw dan dapat dapur elektrik dan periuk tekanan tinggi dan set kuali stainless steel masa jenjalan dengan suami di 1Borneo kota kinabalu.
kbaiiiye.......
salam perkenalan..=)
ReplyDeleteeima tak pernah dpt hadiah lucky draw..selalu berangan je lebih...=)
sama le kita
ReplyDelete