bismillahirahmanirrahim
Hadiah untuk lelaki..hmmm saban tahun pening memikirkan apakah hadiah yang patut diberikan pada spesis manusia ni iaitu lelaki. Idea memang zero setiap kali menjelang ulang tahun kelahiran mahupun perkahwinan. Eh Rasulullah pesan, saling memberi hadiah antara pasangan akan mengeratkan perhubungan. Hadiah untuk aku kaum hawa senang je..paling kurang 22 karat, paling best 24 karat..LOL :)
dah try buat pencarian dengan ahmad google, dah blogwalking dengan blog-blog yang baik hati menyumbangkan idea..tapi aku masih pening kepala, wahh susahnye dapat suami yang agak fussy dan agak lengkap..nak bagi ape yek kalau semua dia dah ada..ada rakan fesbuk mncadangkan bagi tshirt..ya idea yang baik..tapi aku dan dia tengah berkira2 mengumpul baju tshirt yang ada dalam almari tu untuk disumbangkan ke rumah kebajikan atau anak2 yatim..ya almari baju kami dah nak memuntahkan baju2 tu semua..cukup padat.
masa nak solat jemaah dengan suami, aku amik kesempatan tanya kat dia..
aku: abang nak hadiah ape birthday ni???
suami: emm...
aku:................ (desak lagi dan lagi dengan soalan yang sama)
jawapan tetap tak dapat dari suami..tiba-tiba...........
suami: abang nak payung emas..
Dengan selamba hippo... aku ketawa berdekah-dekah..tak tahan betul geli hati dengar jawapan dari dia..aku ucap terima kasih tak terhingga..barulah dia pecahkan gelak hippo dia juga..
suami: abang nak bagi kat ayang la..bukan untuk abang..
aku: mana boley..date tu ur birthday..not me..apa lak ayng yang dapat????
sama2 gelak..
suami: nak bagi juga..
aku: LOL...owww ok..kalau macam tu abang kena bagi payung emas ada cop 'HJ' ok..singkatan untuk HABIB JEWEL..besar ckit dari payung jual nasi lemak..pastu biarlah nak yang 24 karat..emas 999..wooooooo gila nenek kebayan..belum sampai umah dah kena rompak..
suami: ok..nanti kita tempah ye..LOL..
aku tengok suami tak tahan gelak dengan kesilapan dia tadi..aku ok jek kalau dia nak payung emas..korang paham tak jenis gurauan ni..melampau juga yek..mana leh isteri kahwin lebih dari satu..korang tak paham sudeh..LOL
ok ni antara cadangan dari para blogger
1. GADGET
~Iphone..reject..henfon dia dah banyak..aku dah bagi iphone tahun lepas, dia simpan elok2, lastly aku yang guna..LOL
~Ipod..reject..x seswai
~IPAD 2..woww..reject sebab nak keluar versi baru..
~PSP..reject..macam budak jek
~PS2..reject juga..budak2 punya..
~SAMSUNG GALAXY TAB..tak best
~HDR TV..dah banyak TV kat umah
~GUNDAM SEED..mcm budak2 lak
~DSLR..ni untuk aku..hoho..reject sebab dah ada satu kat umah..
~laptop..ni pun reject..dah banyak
2. PERFUME
~LANCOME HYPNOSE..suka bau ni..reject sebab dia baru beli..
~DUNHILL..reject juga, ada dalam lemari
~BURBERRY..paling suka bau ni..sexy..tapi reject sebab ada dalam peti besi..peti besi???terbaik betul tempat dia simpan kan..
Dan banyak lagiiiii jenama perfume..tapi idea perfume x mendatangkan minat aku..LOL
3. JAM TANGAN..tahun lepas dah bagi...so reject
4. LAIN-LAIN
~wallet..reject..dia baru beli
~alquran dan tafsir..dah ada kat rumah
~beg..beg pun dah banyak..reject
~shaver set..reject..suami takde jambang
~baju kerja..reject..susah kalau orang fussy ni..jenama, warna, jenis fabrik, berapa biji butang tu semua kena ambil kira, baru dia pakai sampai lebam.
waaahhhhhh apa aku nak bagi niiiiii......
thanks for stopping by! MamaQist
Agaknya sesuai tak kita bagi jam tangan ? untuk hadiah kenangan ? Atau mungkin jam tu akan cepat rosak ?
ReplyDeleteOk je awak klu bg jam tgn
DeleteOk je wak klu bg jam tgn.
ReplyDelete