minggu lepas terima panggilan dari bapa suruh balik sabah masa kenduri kahwin adik nanti. aku bagi jawapan tak boleh balik. Sebab tarikh majlis tu betul-betul jatuh 37 minggu usia kehamilan.
baru ni jumpa doktor for monthly check up. saya tanya doktor samada boleh naik pesawat ketika usia kehamilan 37 minggu atau tak? Doktor cakap takde masalah naik pesawat, yang pentimg dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu beberapa hari sebelum berlepas, takut nanti ada kompilasi kehamilan seperti kencing manis dan sebagainya.
Tapi jawapan doktor tersebut tidak merubah pendirian aku untuk tidak balik, sebab aku takut bersalin dalam pesawat nanti. oh tak boleh bayangkan jika berlaku sedemikian. Maka aku membuat sebarang carian kat internet mana tahu ada hujah yang lebih kuat supaya aku balik juga untuk majlis tu.
dan aku terjumpa blog Dr. Zubaidi berkenaan masalah aku. dan salah satu petikan yang menarik aku copy paste di sini berkenaan polisi dua syarikat penerbangan iaitu MAS dan AirAsia berkenaan wanita hamil menaiki pesawat atau sebarang penerbangan.
salah satu statement AirAsia yang saya petik:
Saya hamil, bolehkah saya terbang?
Ya, asalkan anda mematuhi polisi pengangkutan untuk penumpang hamil:
(a) Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): penumpang itu akan diterima tanpa surat akuan doktor dengan syarat dia menandatangani Penyata Liabiliti Terhad.
(b) Kehamilan antara 28 minggu hingga 34 minggu (termasuk): penumpang hendaklah mengemukakan surat akuan doktor yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan, dan surat tersebut hendaklah bertarikh tidak melebihi 30 hari dari sama ada tarikh perlepasan penerbangan keluar atau penerbangan masuk ke dalam negara yang dijadualkan (mengikut mana yang berkenaan). Kami amat menyarankan agar surat akuan doktor itu mengandungi penyataan bahawa penumpang tersebut sihat untuk membuat perjalanan. Penumpang itu juga perlu menandatangi Penyata Liabiliti Terhad.
(c) Kehamilan pada atau melebihi 35 minggu: pemintaan untuk membawa penumpang tersebut akan ditolak.
Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan sebarang kesulitan, kami amat menyarankan agar anda mendapatkan surat akuan doktor. Kandungan surat tersebut hendaklah mematuhi perenggan (b) di atas.

nampaknya saya tidak dapat memenuhi permintaan bapa jika menaiki pesawat AirAsia. Bagaimana dengan Polisi MAS?
Statement MAS yang saya petik:
Peraturan-peraturan perjalanan bagi ibu-ibu mengandung
Jika anda menjangkakan kandungan anda masih boleh travel tanpa perlu apa-apa dokumen tambahan, dan minggu 28 kandungan anda adalah kehamilan yang normal, anda masih boleh menaiki pesawat.
Selepas 28 minggu anda, kami biasanya akan memerlukan sijil perubatan rasmi yang ditandatangani oleh doktor yang menunjukkan kesihatan anda untuk perjalanan dan tarikh anda dijangka bersalin.
Walau bagaimanapun, kami tidak mengesyorkan perjalanan untuk ibu-ibu mengandung melebihi 35 minggu untuk semua penerbangan antarabangsa dan 36 minggu untuk semua penerbangan Dalam Negeri.
Sesetengah negara mungkin memerlukan dasar-dasar tertentu yang berhubungan dengan imigresen wanita hamil (terutamanya jika anda dalam tempoh lima minggu daripada tarikh anda dijangka bersalin). Untuk keperluan visa dan syarat-syarat perjalanan, kami menasihatkan anda untuk memeriksa dan menyediakan dengan baik terlebih dahulu tarikh perjalanan anda dan berunding dengan agensi-agensi yang berkaitan dan konsular negara yang anda ingin tujui.
Nampaknya kedua-dua syarikat penerbangan tidak membenarkan perempuan hamil 37 minggu untuk menaiki mana-mana pesawat. Jika terpaksa menaiki pesawat dan dibenarkan oleh syarikat penerbangan, saya nasihatkan bawa kelengkapan bersalin seperti gunting dan peralatan perubatan lain yang bersih secara peribadi. Mana tahu dalam pesawat ada doktor yang bersama dalam penerbangan anda tapi tidak membawa peralatan perubatan.
dan nampaknya saya tak dapat balik majlis kenduri kahwin adik.
thanks for stopping by! MamaQist
nice info, cuma mau sharing saya juga nemuin artikel bagus tips untuk yang lagi hamil di udoctor.co.id. bisa klik disini http://udoctor.co.id/gaya-hidup-sehat/tips-agar-ibu-hamil-nyaman-naik-pesawat-read-313.html
ReplyDeletenice info btw tq ye
ReplyDelete