Thursday, November 3, 2011

Ustaz Azhar tidak dibenarkan mengajar Agama di Kelantan kerana Tanpa Tauliah

bismillahirrahmanirrahim

Panas hati, panas hati, jantung mendidih bila buka fesbuk ada isu 'TANPA TAULIAH' lagi..kali ni ustaz azhar idrus pulak. ustaz sempoi..apa nak jadi kerajaan malaysia ni?

dulu masa kerja kat firma guaman, isu Dr. Abdullah Yassin pula yang di hentam JAIS sebab mengajar tanpa tauliah. aku ikut kes dia, pegang fail dia, baca semua keterangan dan butiran dalam fail dia. Persoalannya kenapa Jais terlalu ...tetttt...(susah nak sebut perkataan tu)

aku buka je fail dia, masyaAllah, kagum aku, sijil pendidikan bukan dari UM, UIAM..pengiktirafan dari kerajaan Arab Saudi, berkelulusan Universiti Madinah, belajar dan di iktiraf lagi dari beberapa negara Islam. Bukan calang-calang orang. Aku pernah 'ngeteh' sekali dengan Ustaz Abdullah Yassin, makan cappati kat restoran Mamak bersama bos aku Puan Kamar Ainiah. Peribadi sangat mulia, bini kecil molek lemah lembut. Menurut Ustaz Abdullah, bukan sekali dua dia minta sijil pentauliahan dari Majlis, dah berkali-kali sebenarnya tapi ditolak ditolak dan ditolak...b***h tak depa ni?

kenapa aku cakap macam tu..bayangkan dalam selangor, rekod 'ustaz' yang dapat pentauliahan hanya beberapa orang SAHAJA. Cuba kira berapa ratus ribu penduduk negeri selangor ni?? mampu ke 'ustaz bertauliah'yang beberapa ketul ni nak  ajar beratus-ratus ribu penduduk negeri Selangor? amboi hang, kalau bab konsert laju jah bagi permit no..kalau bab ngajaq agama ampa buat ustaz2 ni sesak nafas no..senget

arituh ustaz Asri pun jadi isu juga, mengajar tanpa tauliah. aku tak ikut kes dia, sebab dah lama bersara dan jadi surirumah, ikut perkembangan kat paper je..itupun memanaskan bontot aku juga. kenapa ba****g betul diorang ni hah? benda baik nak ditolak. depa bukan ngajaq ajaran sesat pun. Ya Allah pelihara umat ini.

Kali ini ustaz Azhar Idrus pula. Aku dah menjangkakan Ustaz Azhar akan 'terkena' juga. dan jangkaan aku tepat. Akan ada tangan2 tersembunyi yang tak senang duduk dengan Ustaz2 yang nak ngajar agama ni. Kita tunggu sapa lepas ni? aku jangkakan Ustaz Don Danial pulak, sebab aura ustaz Don pun kuat macam ustaz2 yang aku sebut di atas. Walaupun muda tapi berkaliber. kita tunggu..

Cadangan aku, mansuhkan je la peruntukan yang terdapat dalam enakmen negeri tentang pentauliahan mengajar agama tu. Menurut Puan Kamar, peruntukan tu di buat pada tahun di mana ajaran sesat banyak berlaku, ubah dan pinda dengan peruntukan yang baru tanpa menzalimi rakyat yang dahagakan ilmu.

mereka yang membuatkan aku membebel hari ini!

thanks for stopping by! MamaQist

7 comments:

  1. keciannya ustaz tuh -.-
    tak pe videonya berjuta2 kt fb,,tanda ramai org sokong dia :)

    ReplyDelete
  2. itulah pasal..tnda nak berakhir dah semuanya

    ReplyDelete
  3. naik kereta pun kena ada lesen. tak kira lah kalau orang tue, pandai drift sekalipun..
    jais buat begitu adalah sebabnya..
    kita kena tahu policy dan juga aturan..

    ReplyDelete
  4. cik anon..kan atas tu dah citer..ada antara ustaz tu yng minta permohonan tauliah, tapi di tolak jek sebab ada hidden hand yang bg arahan jangan bagi lesen..i bgtahu fakta..bukan hnya teori spt memandu kreta itu..

    ReplyDelete
  5. ulamak dulu2 xde lak nk lesen mengajar dgn tauliah..JAIS la sgt..nabi pesan.."sampaikan..walaupun satu ayat.." cuba selidik masyitah, fatma zahra, ustaz2 kt tv tu ada tauliah tak..nan hado..x cy tny JAIS.

    ReplyDelete
  6. hurm,
    itulah kalau lesen judi, hiburan sesenag je bagi lepas. yang nak ajak orang ke arah kebaikan cabarannya memang mencabar.

    Moga Allah sentiasa memelihara mereka yg berjuang dijalanNya.

    ni mama nak kena pesan kat ust Don ni..hihi

    ReplyDelete