Sunday, December 30, 2012

Bandung hari kedua..jalan kat safari zoo indonesia


After breakfast kat hotel aston, kitorang terus ke safari indonesia. Jauh kalau nak ke safari. Lebih kurang dalam 3 jam perjalanan. Tapi aku rasa lebih tiga jam je sebab jalan lagi macet gitu. Sakit punggung duduk berjam2 dalam kereta. Tido terangguk2 tu jangan cerita la.. Air liur basi je segan nak meleleh ketika itu.

Sepanjang perjalanan topik kitorang lebih kepada ex bibik mak dulu.. Sebab kampung bibik tu sama jalan menuju ke safari. Dekat cianjur. Tapi kitorang tak simpan alamat bibik tu, tau nama cianjur je dan nama jalan iaitu jl.h.kiy. Maksudnya jalan haji kiyai..pastu tak tahu nama kiyay tu..konon kalau ada alamat tu kitorang nak datang melawat tgk dia. Tapi alamat takde..takde rezeki nak jumpa bibik iyet. nama bibik tu iyet suliaseh binti sulaiman. Orangnye baik.. Senang nak bagi arahan. Siap dia bagi advice lagi pape yang patut. Baik je.. Suka la kat dia..tapi tak dapat jumpa dia. Dia datang malaysia pun sebab nak dapatkan uang untuk tebus tanah pusaka yang abang ipar dia gadai.. Kesian, orang lain yang gadai, dia yang terpaksa bekerja untuk tebus balik.

Ok cerita pasal safari dulu. Dah nampak signboard safari tu terus rasa wah dah sampai.. Jalan menuju masuk banyak kedai2 jual carrot dan pisang. Jual untuk bagi makan kat binatang dalam safari tu. lepas tu kitorang beli la dua ikat carrot dan dua ikat pisang. Langsung aja ke safarinya ya buk..

Supir tu sempat pesan kalau sampai ke pintu masuk safari nanti jangan bercakap nanti guard yang nak bagi tiket tu tekan harga internasional kalau dengar loghat malaysia kami. Biar pak supir je yang bayar.. Supir kitorang memang sporting gitu. Nama dia pak ratno. Ni kali kedua kami guna servis dia, dulu pun dia jadi supir kitorang. Kali ni pun dia lagi..heheh.. Klu kita dah selesa why not kan?

Tiket masuk safari bogor indonesia dapat harga local lbh kurang rp700000 macam tu untuk 4 org dewasa. Baby tak kena caj..jadi muhammad masuk free of caj

Pengembaraan bermula.. Eksaited mak tau first time dapat masuk safari yang live, yang binatang2 tu duk sebelah tingkap kereta kita je..heheh..jakun kan?

Mulut aku bising nak terang kat dua orang budak comel ni itu zirafah, itu elephant, itu bear, itu babi hutan, bla bla bla..paling best ialah itu tiger... Gila hensem binatang ni.. Teruja aku tengok taring dia yang tajam dari sebelah tingkap.. Bulu cantik terjaga.. Isk memang cantik la ciptaan tuhan yang satu ni.. Tapi tak boleh nak bagi makan.. Kang aku yang kena makan dulu..heheh

Dah habis ronda safari live tadi, terus je pak ratno bawa ke tempat macam taman tema safari dalam tu juga, kalau nak ke toilet ke, nak makan ke, nak main air ke, nak bergambar dengan monyet atau orang utan ke.. kat situ lah semuanya nak pergi.. Nak tengok dolphin beraksi pun boleh.. Kesimpulannya macam2 ada.. Kiranya safari bogor indonesia ni banyak la acara yang best, takdelah boring macam zoo kita..

Pukul 5 petang terus balik bandung semula dan alhamdulillah jalan tak macet macam tadi. Cepatlah sampai.. Tu pun sempat singgah ke toilet awam sekejap sebab anak2 dah meragam pampers masing2 penuh.

Capek jalan ada budak...

Sampai ke bandung terus je singgah restoran padang sederhana..bungkus bawa balik dan saya sangat berpuas hati menu yang ada.. Sedap dan menyelerakan.. Murah pun murah.. Setiap sorang dapat nasi putih, sambal, sayur nangka, timun dan kacang panjang, papa tambah urat dan paru goreng, aku tambah sotong saiz besar, kakak pulak ayam goreng, peria dan supir ayam goreng.. Harga kesemua sekali rp 300010.. Dalam rm30++ la.. Memang best laa..

Balik hotel dan tido...zzzzz

Bersambung

- Posted using BlogPress from my iPad

3 comments:

  1. PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :

    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
    *Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
    Email : bimomekarwangi@gmail.com
    Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

    ReplyDelete
  2. bole bagi no contact supir tu...plzzz email ke hajarah@moh.gov.my...Hanye Allah yg bole balas jasa baik awk

    ReplyDelete
    Replies
    1. No pak Ratno, ‪+62 813‑2288‑7474‬.. Gtau je pak rozmi yg bg nomornya :)

      Delete