Friday, January 4, 2013

Rumah aku kena rompak


Lama aku tk update pasal bandung.. Rumah aku kena rompak oleh perompak2 yang betul kalau depan aku, aku bom dengan tong gas rumah aku.. Ko nak merompak pun ko tak payah la rompak semua. Ko tak tau betapa susahnya kami mengumpul harta, senang ko je nak ambil semua.

Kejadian berlaku masa kitorang bercuti kat bandung. Tetiba daniel call bagitahu rumah kena pecah, tingkap rumah kena umpil. Berderau darah aku. Rasa nak jatuh. Menangis. Masa tu dalam Rumah Mode. Nak shopping baju baby sebab baju dia semua dah kecik. Tak sempat beli pape, kitorang bergegas balik malaysia hari tu jugak. Aku call boy adik aku sorang kat UM suh jaga rumah, takut ada orang lain masuk pulak. Polis tak suruh usik apa2 barang. Takut kesan cap jari rosak.

Sampai rumah dah pukul lapan malam. Abng terus buat report polis. Aku dan yang lain tunggu polis sampai kat rumah. Rumah memang habis perompak laknatullah tu selongkar. Peti besi yang letak dalam master bedroom yang berat 400 kilogram tu perompak laknatullah tu bawa turun bawah. Habis di pecahkan. Gila betul. Pintu bilik habis kena umpil. Dokumen2 penting berterabur sana sini. Hilang gold bar 100g 7 keping, cash 25k, kunci kereta estima, laptop 4 biji, parang berukir dari sabah dua biji, beg luggage pun kebas juga.. barang kemas anak dan gelang2 hantaran aku habis di sapu perompak. Jam tangan abng yang dulu2 pun perompak ambil. Kompas pun nak ambil. Haiiiiiii la

Ujian Allah kita kena terima dengan redha. Aku dan suami tenang saje. Tak pe perompak, ko nak ambil ambil la semua. Now aku nak pastikan ko kena tangkap je. Sebab kalau hari ini rumah aku, mungkin besok rumah orang lain pulak. Ko terlepas kat sini takpe.. Tunggu kami kat padang mahsyar. Apa susah.. Ko kafirun ke, ko islam ke, hak kami tetap akan kami tuntut. Aku takkan halalkan semua barang yang ko ambil. Tak akan.. Itu harta kami, hak kami, Allah beri harta tu kat kami dengan jalan yang halal, now ko senang je ambil hak kami dengan jalan yang salah, ko terima akibatnya nanti. Tak kena kat dunia, kena kat akhirat.

Semalam aku post kat fb betapa penatnya badan selepas kena rompak ni. Nak kemas balik semua barang2 yang berterabur, nak kena tukar semua kunci, nak kena pasang alarm, nak kena pasang cctv.. Mau tak rasa macam baru pindah rumah. Allahu robbi..

Aku sangat kesian tengok suami.. Penat tak terkata. Kesian nengok. Dah la kena rompak, duit kena keluar lagi untuk pasang alarm, pasang cctv, tukar semua kunci rumah, heh kunci rumah dalam peti besi pun kena amik. Now risau kereta estima je, sebab kunci pendua perompak dah ambil. Anggaran kerugian rm200000. Redha..

Forensik pun dah ambil semua cap jari, yang pelik perompak tu tinggalkan semua peralatan pecah rumah. Kuku kambing tiga batang, pemutar skru tiga batang dia tinggalkan. Huh.. Tak boleh nak tepek gambar sebab polis tak bagi nanti mngganggu siasatan. Polis syak orang cina mulanya, sebab kuku kambing ni org cina cina je yg buat. Tapi last update ngan inspector tu saspek org myanmar. Wallahu alam. Aku rasa macam india sebab dia cilok parang berukir aku..heheh

Peringatan aku untuk semua, kalau korang rasa rumah korang dah selamat, sebenarnya belum mencukupi. Perompak ni ada je skill dorang nak pecahkan rumah kita, selagi target tak dapat, dorang akan usaha juga untuk dapatkan walau rumah kita dah kunci dengan solex gajah sekalipun. Kalau mampu pasang alarm, pasang alarm. Kalau baru pindah rumah, pasang siap2 alarm, cctv. Bukan apa, persediaan. Mungkin hari ini kita dengar jiran kita kena rompak, mungkin esok rumah kita pula jadi sasaran perompak.

Tips aku, barang kemas sentiasa bawa kemana2. Sediakan barang kemas zhulian kat rumah, at least perompak tak marah dia tak dapat apa2. Kalau dia tak dapat barang, mungkin rumah kita dia bakar. Jahat betul makhluk ni. Geramm je

Pasang alarm, cctv juga. Sebab imej perompak kita boleh tengok dari cctv. Nasib ada cctv jiran, so kantoi juga perompak tu, saspek lori sampah and the gang. Pasal imej tu ada lori sampah lalu pukul 3.45 pagi. Ade ke lori pungut sampah pagi buto.. pastu sorang lelaki kurus angkat beg macam berat je atas kepala bagi isyarat kat lori sampah. Nampak tak peranan cctv. Korang yang ada pengalaman boleh share brand cctv yang bagus. Kitorang tgh survei cctv skrg ni.. Tapi tak tau brand apa.

Kalau bercuti bagitahu jiran, jangan berat mulut nak bagitahu. Bagitahu polis sekali. Atleast jiran boleh tengok rumah kita mana tau ada keadaan yang mencurigakan.

Pastu tak payah beli gold bar..heheh.. Baik beli rumah dan tanah. Perompak nak curi curi la..bawa balik tanah ke rumah..heheh kalau syaitan pun masuk line, dia la yang bisikkan rumah ni ada harta, rumah tu banyak harta. Aku cakap ko, peti besi yang berat 400kilogram tu camana depa alihkan kalau syaitan tak membantu sekali. Hah pegi masuk api sama2.. Geram je kan

Dan tips terakhir, baca doa pendinding sebelum keluar rumah.

Entry bandung next..kalau rajin..

- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

  1. Banyakkan sabar dik. 2 tahun lepas akak pun menerima nasib yang sama. Semua barang elektronik kat rumah lesap. Tapi sampai ni penyengak tu masih je belum tertangkap. Di dunia ni bolehlah diorang bebas tapi di akhirat nanti Pasti mereka mendapatkan balasan secukupnya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Semoga perompak2 ni kena telan bumi..

    ReplyDelete