Korang tau tak rakyat malaysia masih kurang kesedaran untuk memasang cctv..heheh
Ya sebab mbe kos yang besar, bajet ciput atau br1m tak banyak..
Hehehe..
Salah sorang rakyat malaysia itu adalah aku dan suami aku dan keluarga aku.. Hahah.. Dah kena baru terkial2 mencari syarikat cctv.. Dah terhantuk baru cari bas.. Ok aku nak gtau di sini bahawa cctv dah pun diinstall kat rumah dengan propernya..sebelum tu lahaiiii penat bersengkang mata masuk google cari maklumat pasal cctv.. Brand apa yang bagus, berapa kos, berapa biji nak install, berapa tvl, berapa resolution terbaekkkk.. Made in china or branded or korea made.. Hamekk memang penat laa.. Aku la penat.. Suami pun penat.. Tapi kalau aku tak cari sapa lg nak cari.. Tak sanggup la kena tipu oleh tukang2 pasang cctv ni..
Dalam pada nak pasang cctv ni, banyak peristiwa berlaku, antaranya..
Jiran aku yang ada cctv tu rekemenkan budak cina yang pasang cctv kat rumah dia, ok takpe, i told abng kita tgk dulu.. So aku la yang menyibuk kalau budak tu kol, kalau abng angkat fon aku bunyi kat belakang.." Berapa tvl, apa brand, u tadak brand sony ka? Samsung ok tak, upah pasang berapa..." Bla bla bla
Ok u datang sini rumah ma.. Tunjuk kitorang demo u punya jenis camera
Ok ok..saya datang pukul 5 petang.. Bagi u punya alamat rumah
Budak ni pun datang.. Lahai kenapa aku pelik pulak budak ni..
Ok lah dia pasang kat tv rumah kat hall tu camera yang dia bawa.. China made katanya.. Aku kata mana sony yang u kata.. Yang ini lah.. China made tapi sony chips..
Huh
'Ok la gambar dia..clear'
Ye memang clear, tapi jgn deal dulu.. Kita cari lagi
Cerewet aku kan
Yang kelakarnya budak cina ni buat aku tak menahan gelak. Ape ke hal la budak ni tersipu sipu, termalu malu, korang pernah nampak tak pompuan anak dara yang nak kena pinang, tersipu2 malu gitu.. Hah macam tu lah budak cina yang nak install cctv rumah kami ni.
Kelakar la budak tu, macam pompuan..
Hahaha..dua2 gelak..
Pastu yang tak boleh blah budak tu penat kami suh duduk kat sofa supaya senang nk discuss ngan dia, yelah takdelah nak mendongak kepala tengok dia.. Malu malu.. Tersipu sipu.. Lahaiii
Apa yang dia tersipu tu aku pun malas nak fikir..
Bila dia balik, budak tu sempat suh kitorang survey cctv kat wangsa walk..
'Taknak lah deal dengan budak tu..semacam je tengok..' lol
Hari tu juga kitorang gerak ke wangsa walk.. Dah nak maghrib, masa ni perasaan jiwa raga memang risau je tinggalkan rumah, risau rumah kena pecah lagi, risau kereta estima kena curi.. Kunci rumah dan kereta kan kena sapu si penyamun sekali...
Sekali lagi kena uji.. Bammmmmmm..
Abang langgar kereta orang.. Habis honda city aku..huahuahua
Ya allah macam2 ujian.. Huhu aku dah start membebel kat abng jangan lagi balas sms tengah memandu.. Payah tau kalau kerja kat celcom macam ni lah.. 24 jam kena balas sms docket.. Sms vandalisme, sms site down memana.. Nak nak yang sms tu boss dia pulak.. Memang penat laa.. Sian
Ohh my honda.. Its ok tak teruk sangat.. Ayat penyedap padahal hati aku dah berderau
Terus menapak masuk wangsa walk cari cctv. Pusing2 pun semua cctv made in china.. Bila tanya u tadak sony brand, diorang cakap tadak semua sony chips je..
Rasa tak berbaloi pula hari tu.. Dah la baru kena rompak, kereta pulak eksiden..
Balik rumah googling lagi sampai terguling-guling...zzzzzz
Dah few days sejak hari malang tu, aku tak givap terus-terusan googling kat tenet syarikat cctv yang boleh dipercayai, ada yang menipu tu adatla.. Cctv made in china dorang pi letak made in japan.. So langkah berhati2 kena ambil.. Macam cari menantu pulak rasanya.. Heheh apa aku melalut ni
Dan finally aku dan abng pegi cheras kat bandar tasik permaisuri pi tengok cctv kat syarikat cctv yang aku jumpa kat internet. Syarikat genX technology. Pung pang pung pang.. Akhirnya kami setuju dengan service depa.. Puas hati
Walaupun penat tapi redah juga.. Belum cerita anak2 yang macam2 perangai, panjat tangga turun tangga sambil dukung anak yang berat macam anak gajah..heheh
Tapi brand idaman aku iaitu sony dan samsung aku tak dapat.. Brand impaq premium pun dah ok.. Korea made.. Kata kontraktor tu, impaq premium pun lebih kurang samsung juga. Cuma samsung mahal sebab branded. Negara korea sama sama.. haha ayat aku tak pass bm spm camni lerr..
Brand samsung mahal woiiii.. Depa tak rekemen kalau just untuk rumah.. Kalau ofis atau highway should be YES for samsung..
Tepuk poket ma...
Inilah contoh gambar dari cctv impaq premium yang dah install kat rumah aku..
Semua gambar diatas nampak clear kan.. Mestilah kalau aku yang set up mesti cantik punya.. Gambar budak yang install tu agaknye tak reti set up jadi over expose segala.. Jadi lah macam gambar di bawah ni.. Kalau orang lalu pun nampak kelabu je muka nanti sebab setting tak proper.. Nanti la aku print scrn lagi gambar yang boleh dijadikan contoh.. kalau rajin hihihi
- Posted using BlogPress from my iPad
salam...
ReplyDeletetq share kisah pemasangan cctv kat umah u. saya pon niat nak pasang cctv. bole email no contractor yang awak ambil tu untuk rujukan. terima kasih
norley.nadirah@gmail.com
salam. so far cctv tu bagus x? brape puan kne charge ye? bleh tlg bg details ke nor.hisham90@hotmail.com
ReplyDeletesalam. so far cctv tu bagus x? brape puan kne charge ye? bleh tlg bg details ke nor.hisham90@hotmail.com
ReplyDeleteBerape kos??
ReplyDeleteWhat is your CCTV Camera brand??? Don't choose kind like brandless cctv.
ReplyDeleteFor CCTV and IP Surveillance, I will recommend you guys to use IWATCHS brand. You wont believe until you have try it.
ReplyDeleteThe latest model Vivotek FE8181A is very high resolution, I think those who needs CCTV Cameras, may consider Vivotek IP Surveillance.
ReplyDeleteIs it?? Any recommend other than Vivotek FE8181V?
ReplyDeleteHi Wilson, are you looking for IP Surveillance? besides Vivotek FE8181V, Vivotek FE8174V is also a very good option.
Delete#CCTV_Distributor #IP_Surveillance