Friday, December 21, 2012
Bandung.. Kali pertama datang bandung
Hah nama pun kali pertama kan.. Masa tu dtg bandung dengan kakak ipar dan anak2 buah suami. Kalau kali pertama, kitorang tak tahu apa nak beli, mana nak makan, mana nak duduk hotel. So hubby cek in kat holiday inn bandung. Masa tu rasa mmm ok la hotel dia. Kalau rajin jalan ada la factory outlet kat sekitar2 area holiday inn tu.
Masa tu pregnant 4 bulan. So oleh kerana kereta takde, kitorang berjalan kaki je mencari tempat untuk makan. Jenuh nak cari tempat makan, terjumpalah satu gerai makan yang mmmmmm kurang hygiene ckt
Perut dah lapar belasah je lerr
Klu teringat balik pengalaman ni camana aku boleh telan ek makanan tu
Then nama pun baru pertama kali pegi, kitorang tak tahu nak singgah mana. Aduii kaki dah lenguh dah. Then nampak angkot kitorang pun tahanlah angkot tu.. Aduiyaii kelakar kalau teringat. Angkot ni macam van arr.. Tapi kecik ckit.. Pertama kali aku masuk angkot kepala terhentak kat bumbung..oh mak kau
Semua gelak.. Riuh dengan pengalaman memasing naik angkotan.
Then mana2 factory outlet kitorang nampak kitorang masuk padahal FO tu tak femes pun, takde orang pun, apa nak buat babe, pengalaman pertama..hak hak hak.. Rugi di situ je..
Then balik hotel semula, dan tido..meowwww
Esoknya bilik yang di huni kakak ipar kecoh sebab one of them nampak hantu memalam time tido.. Hantu perempuan tengah sembahyang duduk tak bangun2.. Seram terus.. Malam tu diorang tido buka lampu..
Kitorang terus naik kereta sewa dan bergerak ke pasar baru. Yang ni pun pengalaman juga.. Walaupun hingga hari ini aku dah 4 kali ke bandung tapi tak pernah jejakkan kaki ke pasar baru, yang ni pun duduk dalam kereta sahaja sebab hubby cakap tak payah turun, biar dia dan kak long je masuk. Pasar baru terkenal dengan sesaknya.. So kitorang yang tinggal duduk je la dalam kereta sewa tu. sesambil menghilangkan keboringan tu, aku melilau dan meninjau keadaan sekitar dan menjadi pemerhati golongan rakyat bawahan ni. Ada sorang pakcik tua ni sorong basikal yang ada gerai bakso kat atas basikal dia tu. so ada la pelanggan sorang dua beli bakso dia tu.. Hmmmm not bad.. Tetiba sorang daripada kami nak keluar nak pegi beli bakso orang tua tu, uish cepat je aku menegah.. Aku suh dia perhati pokcik tu sekejap camana dia buat bakso.. Tak de yang ralat pun.. Cuma yang tak sedapnye mata memandang, dia cuci peralatan yang dia guna tu kat dalam satu baldi yang airnye tak berganti.. Yucks
Mati selera mak!
Itulah antara cerita aku dolu2 kali pertama ke bandung..
Takde cerita sangat sebab tak tahu pape lagi masa pergi tu
Lepas tu hari berikutnya kitorang bergerak ke jakarta pulak. Duduk kat ibis hotel.. Mak sempitnya hotel ni.. Nak letak bag pun takde ruang. Tapi selesa jugalah.. Ok lah not bad
Sebab utama check in kat ibis hotel sebab dekat dengan restoran garuda indonesia, restoran yang menyajikan selera padang. memang dekatlah.. jalan kai sikit dah jumpa. pastu hubby pulak nak beli baju hard rock jakarta so dekat la tempat dia dengan hotel tu .. Takdelah dekat, kena naik teksi ckit..
Pengalaman juga bila masa kitorang jalan2 gebang2 bandar jakarta, lalu la kawasan gerai2 pembuat satay, pengotornye dorang ni, kembang tekak aku tengok cara dorang ni buat satay.. Tempat dorang simpan daging2 yang dah dicucuk dan standbye nak bakar.. Haiilahh.. Bagi free pun aku tak mahu.. Kotor sikit. Kalau ada orang jakarta baca post aku ni, korang jangan marah ye, memang ini pengalaman aku yang tak dapat nak dilupakan di jakarta. Tapi bukan semua tempat macam tu jakarta cantik banget..tetibe!
Huish macet, ngamen, macet, ngamen itulah yang aku boleh gambarkan bandung dan jakarta. Aku rasa over betul dorang ni minta sedekah.. Seram pun ada. Kalau kat bandung kalau kita tak bagi dia akan ikut je kita, kalau kita masuk kedai, diorang tunggu kita kat luar, klu kita keluar, laju je kejar kita mintak sedekah, sambil mata tu mengekor je tengok kita.. Isk memang tak selesa lah nak shopping.. Rasa nak cucuk mata tu.. Haii ko janganlah tengok dompet aku yang banyak juta2 tu..aku cucuk kang! boleh gitu?
Balik cerita jakarta, oleh kerana kami kebulur sikit kat bandung, maklum le pes taim datang bandung, makanya kami melantak habis habisan kat restoran garuda jakarta. Fuh sedap.. Terbaik.. Memang sedap gila masakan padang kat restoran garuda jakarta tu.. Pernah try masakan padang garuda kat bandung, tapi tak sama macam jakarta.. Kurengg sikit..
Bersambung...kalau rajin..hiks
- Posted using BlogPress from my iPad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Rakan Media,
ReplyDeleteSememangnya Blog anda punyai daya tarikan tersendiri dalam menyampaikan maklumat kepada rakan2 blogger dan media baru.
Mohon jasa baik anda agar dapat menyenaraikan Laman Portal KLPOS dalam
senarai (link) blog pilihan di blog anda.
Hopefully dapat berkongsi maklumat terkini dan isu2 semasa menerusi
laman portal KLPOS.
TQ n Salam Persahabatan.
http://klpos.com/
KLPOS News Portal
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.