Alhamdulillah
Aku tak tahu nak luah apa..
Aku dah redha.. Tapi belum cukup kuat sebenarnya.. Hahaha
Kenapa aku gelak.. Sebab lagi berapa hari lagi aku melangkah menuju alam kerjaya.. Alam impian semua penganggur di malaysia
Aku salah seorangnya. Tapi pasti aku akan merindui alam menganggur itu, walaupun aku tak pasti samada aku akan melapor diri kat tempat kerja atau aku batalkan niat meletak jawatan sebagai suri rumah
Berat...
Hati tak tahu mana yang patut di putuskan...
Setelah aku bertungkus lumus membuat persiapan memohon jawatan dalam kerajaan tersebut..
Beli buku itu
Beli buku ini
Untuk aku bersiap sedia pada ujian penilaian yang ditetapkan
Akhirnya aku lulus temuduga
Walaupun aku mengulangkaji tak cukup masa
Cahaya lampu iphone menjadi penyuluh ketika aku membaca
Dan juga ketika aku menyusukan anak aku tetap membaca..
Aku lulus ujian saringan itu
Sekali lagi bila tahu keputusan panggilan ke temuduga
Aku berada di kampung ketika itu,
line internet tiada
Aku minta suami beli buku itu beli buku ini
Beli ebook sebenarnya
Walaupun dah beli, tapi aku tak dapat baca sebab internet yang lemah menyukarkan untuk muat turun apa apa
Hari terakhir di kampung
Aku pulun push adik lelaki aku suh print 200 muka surat ebook tu kat cyber cafe di pekan yang terdekat
Terbang lagi duit aku
Bukan sikit duit aku habis untuk memohon jawatan kerajaan tersebut
Bila dah print semuanya.. aku blur, aku tak tahu mana satu nak baca..
Tebal...
Esok flight malam
Esok juga nak ronggeng shopping mall sebelum flight
Pasal apa aku ni tak risau ngan temuduga tu
Entah...
Aku pun tak tahu
Memang selamba gila
Dlm fligh sure aku tak membaca
Malas..
Sampai rumah kelamin pukul 12 tgh malam aku pulun tidur.. Penat dalam penerbangan
Esok pagi sebok aku fotostet semua sijil2
Ya ampun nak sah kan pulak
Temuduga esok, nak pengesahan hari ini.. Mana sempat.. Sijil tebal
Pening...
Pegawai yang boleh sahkan dokumen kat kawasan aku ni busy.. So drop kat dia, lagi dua tiga hari baru collect
Waaaaaaaaa
Esok temudugaaaaaa
Suamiku tersayang bawa semua dokumen ke pesuruhjaya sumpah
Sekeping rm3 dia caj
Darablahhh dengan sijil2 berkeping2 tebal tu
Terbang lagi duit aku
Demi jawatan kerajaan itu
Bila selesai temuduga
Aku pun lega.. Walau penuh kenangan mencuit jiwa.. Antaranya minum air paip sbb lupa bawa air, kantin tak tau mana letaknya.. Kalau tak minum tekak perit mngadap penemuduga..
Darurah...
Wakakak
Tobat takkan berulang lagi
Geli pun bila teringat
Now....
Keputusan temuduga menyatakan aku berjaya mendapat jawatan itu
Tapiiii.....
Suamiku yang tersayang
Suamiku yang banyak mengorbankan masa, wang dan tenaga untukku menghadapi temuduga dan ujian saringan
Berat hati untuk menandatangan surat perletakan jawatan suri rumah ku
Suamiku risau tentang bayi kami yang baru berusia 11 bulan
Bila begini
Aku pun serba salah
Tak tahu nak buat apa
Redha suami amat penting
Tapi suamiku...
Aku nak sangat bekerja
Tapi aku juga tak kuat meninggalkan anak pada pengasuh
Jadi aku sekarang memang buntu
Walaupun persiapan untuk tarikh melapor diri aku dah buat
Tapi
Hati tetap rasa tak ingin bekerja lagi
Kerana anak2 ku..
Berperang dengan perasaan sendiri
Mcm2 pujukan aku untuk aku sendiri
Tapi hati tetap berat hati
Susah macam ni
Ya Allah..jika jawatan itu bukan rezeki ku.. Kau tunjukkan lah jalannya
Walau aku yakin sebenarnya jawatan itu anugerah mu untukku..
Kerana mengharunginya aku rasa amat mudah walaupun aku tak cukup persediaan
Kalau dah rezeki kita..tetap rezeki kita..
Subhanallah
Aku harap ada jawapannya
Sebelum aku resign suri rumah atau aku menolak tawaran tersebut..
Allah jualah yang maha mengetahui segala
- Posted using BlogPress from my iPad
buat solat istikharoh..tu yg terbaek
ReplyDeleteTerima kasih atas cadangan u
Deleteakak dh kerja ker?
ReplyDeleteakak berminat x untuk menjadi responden kajian saya. saya peljar sarjana tinggi (MA) dri UM. kalau berminat boleh responden kpd email saya. yana_22virgirl@yahoo.com.my
ReplyDeletekajian nie bertujuan membantu memberi cadangan kpd pembangunan kerajaan agar lebih sensitif kpd wanita. tajuk kajian saya "dillema wanita berpendidikan tinggi: antara kerjaya dan rumahtangga" -faktor nape wanita berpendidikan tinggi berhenti keje/x bekerja.
pembangunan yg sensitif kpd wanita ialah menitikberatkan masalah/dilema yg di hadapi oleh wanita spt masa x fleksibel,tiada kemudahan taska yg di sediakan oleh majikan, dan lain2.
kalau akak berminat, saya amat2 berterima kasih atas sokongan/prihatin akak.