Sunday, December 30, 2012
Bandung hari kedua..jalan kat safari zoo indonesia
After breakfast kat hotel aston, kitorang terus ke safari indonesia. Jauh kalau nak ke safari. Lebih kurang dalam 3 jam perjalanan. Tapi aku rasa lebih tiga jam je sebab jalan lagi macet gitu. Sakit punggung duduk berjam2 dalam kereta. Tido terangguk2 tu jangan cerita la.. Air liur basi je segan nak meleleh ketika itu.
Sepanjang perjalanan topik kitorang lebih kepada ex bibik mak dulu.. Sebab kampung bibik tu sama jalan menuju ke safari. Dekat cianjur. Tapi kitorang tak simpan alamat bibik tu, tau nama cianjur je dan nama jalan iaitu jl.h.kiy. Maksudnya jalan haji kiyai..pastu tak tahu nama kiyay tu..konon kalau ada alamat tu kitorang nak datang melawat tgk dia. Tapi alamat takde..takde rezeki nak jumpa bibik iyet. nama bibik tu iyet suliaseh binti sulaiman. Orangnye baik.. Senang nak bagi arahan. Siap dia bagi advice lagi pape yang patut. Baik je.. Suka la kat dia..tapi tak dapat jumpa dia. Dia datang malaysia pun sebab nak dapatkan uang untuk tebus tanah pusaka yang abang ipar dia gadai.. Kesian, orang lain yang gadai, dia yang terpaksa bekerja untuk tebus balik.
Ok cerita pasal safari dulu. Dah nampak signboard safari tu terus rasa wah dah sampai.. Jalan menuju masuk banyak kedai2 jual carrot dan pisang. Jual untuk bagi makan kat binatang dalam safari tu. lepas tu kitorang beli la dua ikat carrot dan dua ikat pisang. Langsung aja ke safarinya ya buk..
Supir tu sempat pesan kalau sampai ke pintu masuk safari nanti jangan bercakap nanti guard yang nak bagi tiket tu tekan harga internasional kalau dengar loghat malaysia kami. Biar pak supir je yang bayar.. Supir kitorang memang sporting gitu. Nama dia pak ratno. Ni kali kedua kami guna servis dia, dulu pun dia jadi supir kitorang. Kali ni pun dia lagi..heheh.. Klu kita dah selesa why not kan?
Tiket masuk safari bogor indonesia dapat harga local lbh kurang rp700000 macam tu untuk 4 org dewasa. Baby tak kena caj..jadi muhammad masuk free of caj
Pengembaraan bermula.. Eksaited mak tau first time dapat masuk safari yang live, yang binatang2 tu duk sebelah tingkap kereta kita je..heheh..jakun kan?
Mulut aku bising nak terang kat dua orang budak comel ni itu zirafah, itu elephant, itu bear, itu babi hutan, bla bla bla..paling best ialah itu tiger... Gila hensem binatang ni.. Teruja aku tengok taring dia yang tajam dari sebelah tingkap.. Bulu cantik terjaga.. Isk memang cantik la ciptaan tuhan yang satu ni.. Tapi tak boleh nak bagi makan.. Kang aku yang kena makan dulu..heheh
Dah habis ronda safari live tadi, terus je pak ratno bawa ke tempat macam taman tema safari dalam tu juga, kalau nak ke toilet ke, nak makan ke, nak main air ke, nak bergambar dengan monyet atau orang utan ke.. kat situ lah semuanya nak pergi.. Nak tengok dolphin beraksi pun boleh.. Kesimpulannya macam2 ada.. Kiranya safari bogor indonesia ni banyak la acara yang best, takdelah boring macam zoo kita..
Pukul 5 petang terus balik bandung semula dan alhamdulillah jalan tak macet macam tadi. Cepatlah sampai.. Tu pun sempat singgah ke toilet awam sekejap sebab anak2 dah meragam pampers masing2 penuh.
Capek jalan ada budak...
Sampai ke bandung terus je singgah restoran padang sederhana..bungkus bawa balik dan saya sangat berpuas hati menu yang ada.. Sedap dan menyelerakan.. Murah pun murah.. Setiap sorang dapat nasi putih, sambal, sayur nangka, timun dan kacang panjang, papa tambah urat dan paru goreng, aku tambah sotong saiz besar, kakak pulak ayam goreng, peria dan supir ayam goreng.. Harga kesemua sekali rp 300010.. Dalam rm30++ la.. Memang best laa..
Balik hotel dan tido...zzzzz
Bersambung
- Posted using BlogPress from my iPad
Bandung hari pertama.. Jalan2 grande
Check in bilik hotel aston tropicana lambat. Ntah kenapa fitry yg reply email confirmation hari tu tak masukkan dalam list daftar masuk. Padahal dah bayar hotel. Check in hotel aston tropicana dalam pukul 11 malam depa. Anak dah meragam. Pukul 1 tido
Next day bgn awal breakfast kat hotel aston tropicana cihampelas. Langsung ke grande factory outlet..takde beli pape, sbb kitorg plan nk ke rumah mode dulu. Tp pak supir kata rumah mode belum buka lagi. Then terus je ke toko tiga sebab supir tu kata dah dekat. Kalau ke rumah mode dah patah balik katanya. Then terus je ke toko tiga. Masuk je terus ke lantai atas bhgn baju perempuan dan cari tempat parking yang selesa. Panas walau ada kipas. Iris dah meragam nak tido. Terus buat susu dan tidokan dia kat kerusi yg ada. Letih sgt le tu tido lambat bangun awal. Aku suh papa pergi cari jeans levis dia sblm iris bangun. Iris ni tak boleh tgk papa dia hilang dari mata dia,menangis macam kena dera je bunyiknye..jenuh nak memujuk.. Aku ni mana reti pujuk budak yang hilang jejak kasih ni..hahah..takdela.. Dia tak makan pujukan aku.. Rapat sungguh dengan papa dia. Rimas tau nggak iris..
Tak terasa pun iris rapat kat papa dia, sbb senang la akunak melayan simuhammad. Aku tak boleh bayang kalau iris tu melekat je kat aku, mesti dak muhammad ni terbiar sebab layan kerenah iris je..heheh
Lepas tu kat toko tiga ni jeans memang lawa2.. Tapi aku tak beli pon.. Papa je beli. Papa cakap jeans toko tiga dah mahal dah. Nk sama harga dengan kl dah. Kalau dulu beli jeans levis kat toko tiga boleh dapat harga separuh dari harga kl, contohnya kalau hrga kl sehelai rm300 kat toko tiga boleh dapat dapat rm150 gitu.. Tapi sekarang dah mahal, hampir nk sama dengan hrga kl.. Tapi papa beli la juga sebab dah sampai kan. Kalau ada perbandingan harga pun dalam puluh2 saje..tak jauh beza
Lepas toko tiga terus ke hotel sebab nak rehat2. Bagi anak2 tido dan selesa. Lepas tu pukul 5 bandung kitorang keluar semula cari makan kat testoren sangkuriang. Dulu nama restoren ni sari pawon. Tapi dah tukar nama ke sangkuriang. Tapi masih owner yang sama. Kitorang order nasi putih, ikan gurame bakar, tomyam seafood, ayam masak ape tah, telur dadar, kailan ikan masin, kangkung belacan, dan sotong petai..air pula alpukat juice gitu..dan air putih.. Ceh konon nak makan makanan sunda, tapi yang banyak makanan thai je..hahah
Mmmmm komen aku
Ikan gurame bakar, aku tak usik sebab tak makan ikan darat atau ikan air tawar. Jadi aku tak tahu rasa sedap ke tak. Tapi papa kata sedap.
Tomyam seafood depa, aku rasa aku masak tomyam lagi sedap kot. Heheh.. Ini komen aku je tau.. Sebab kuah dia macam tak sampai rasa dia kat tekak aku. Tomyam versi sunda gitu.. Then seafood yang ada aku just ratah udang je, sotong aku tak makan sebab hanyir sikit.
Kailan ikan masin ok, kangkung belacan depa ok, telur dadar ok. Sotong petai pulak ok lah.. Tapi kat malaysia lagi sedap rasanya. Sotong pula over cooked. Rasa macam selipar je. Aku kalau makan sotong aku tak suka sotong yang di hiris2 kat bdn sotong tu, konon nak buat corak2 la..sebab sotong yang potong macam tu tak sedap lidah aku rasa. Tak tahu org lain tapi kalau aku ye.. Rasa selipar je masuk mulut. Sotong hiris2 mcm tu kebarangkalian sotong cepat masak adlh tinggi dan menjadi selipar. Heheh
Ayam masak apa tah pun aku tak rasa, sebab aku tak suka makan ayam kat luar, kebarangkalian hanyir tu ada..
Then kitorang langsung aja ke hotel dan tido..capek!

Location:Jalan Cihampelas,Sukajadi,Indonesia
Friday, December 21, 2012
Bandung.. Kali pertama datang bandung
Hah nama pun kali pertama kan.. Masa tu dtg bandung dengan kakak ipar dan anak2 buah suami. Kalau kali pertama, kitorang tak tahu apa nak beli, mana nak makan, mana nak duduk hotel. So hubby cek in kat holiday inn bandung. Masa tu rasa mmm ok la hotel dia. Kalau rajin jalan ada la factory outlet kat sekitar2 area holiday inn tu.
Masa tu pregnant 4 bulan. So oleh kerana kereta takde, kitorang berjalan kaki je mencari tempat untuk makan. Jenuh nak cari tempat makan, terjumpalah satu gerai makan yang mmmmmm kurang hygiene ckt
Perut dah lapar belasah je lerr
Klu teringat balik pengalaman ni camana aku boleh telan ek makanan tu
Then nama pun baru pertama kali pegi, kitorang tak tahu nak singgah mana. Aduii kaki dah lenguh dah. Then nampak angkot kitorang pun tahanlah angkot tu.. Aduiyaii kelakar kalau teringat. Angkot ni macam van arr.. Tapi kecik ckit.. Pertama kali aku masuk angkot kepala terhentak kat bumbung..oh mak kau
Semua gelak.. Riuh dengan pengalaman memasing naik angkotan.
Then mana2 factory outlet kitorang nampak kitorang masuk padahal FO tu tak femes pun, takde orang pun, apa nak buat babe, pengalaman pertama..hak hak hak.. Rugi di situ je..
Then balik hotel semula, dan tido..meowwww
Esoknya bilik yang di huni kakak ipar kecoh sebab one of them nampak hantu memalam time tido.. Hantu perempuan tengah sembahyang duduk tak bangun2.. Seram terus.. Malam tu diorang tido buka lampu..
Kitorang terus naik kereta sewa dan bergerak ke pasar baru. Yang ni pun pengalaman juga.. Walaupun hingga hari ini aku dah 4 kali ke bandung tapi tak pernah jejakkan kaki ke pasar baru, yang ni pun duduk dalam kereta sahaja sebab hubby cakap tak payah turun, biar dia dan kak long je masuk. Pasar baru terkenal dengan sesaknya.. So kitorang yang tinggal duduk je la dalam kereta sewa tu. sesambil menghilangkan keboringan tu, aku melilau dan meninjau keadaan sekitar dan menjadi pemerhati golongan rakyat bawahan ni. Ada sorang pakcik tua ni sorong basikal yang ada gerai bakso kat atas basikal dia tu. so ada la pelanggan sorang dua beli bakso dia tu.. Hmmmm not bad.. Tetiba sorang daripada kami nak keluar nak pegi beli bakso orang tua tu, uish cepat je aku menegah.. Aku suh dia perhati pokcik tu sekejap camana dia buat bakso.. Tak de yang ralat pun.. Cuma yang tak sedapnye mata memandang, dia cuci peralatan yang dia guna tu kat dalam satu baldi yang airnye tak berganti.. Yucks
Mati selera mak!
Itulah antara cerita aku dolu2 kali pertama ke bandung..
Takde cerita sangat sebab tak tahu pape lagi masa pergi tu
Lepas tu hari berikutnya kitorang bergerak ke jakarta pulak. Duduk kat ibis hotel.. Mak sempitnya hotel ni.. Nak letak bag pun takde ruang. Tapi selesa jugalah.. Ok lah not bad
Sebab utama check in kat ibis hotel sebab dekat dengan restoran garuda indonesia, restoran yang menyajikan selera padang. memang dekatlah.. jalan kai sikit dah jumpa. pastu hubby pulak nak beli baju hard rock jakarta so dekat la tempat dia dengan hotel tu .. Takdelah dekat, kena naik teksi ckit..
Pengalaman juga bila masa kitorang jalan2 gebang2 bandar jakarta, lalu la kawasan gerai2 pembuat satay, pengotornye dorang ni, kembang tekak aku tengok cara dorang ni buat satay.. Tempat dorang simpan daging2 yang dah dicucuk dan standbye nak bakar.. Haiilahh.. Bagi free pun aku tak mahu.. Kotor sikit. Kalau ada orang jakarta baca post aku ni, korang jangan marah ye, memang ini pengalaman aku yang tak dapat nak dilupakan di jakarta. Tapi bukan semua tempat macam tu jakarta cantik banget..tetibe!
Huish macet, ngamen, macet, ngamen itulah yang aku boleh gambarkan bandung dan jakarta. Aku rasa over betul dorang ni minta sedekah.. Seram pun ada. Kalau kat bandung kalau kita tak bagi dia akan ikut je kita, kalau kita masuk kedai, diorang tunggu kita kat luar, klu kita keluar, laju je kejar kita mintak sedekah, sambil mata tu mengekor je tengok kita.. Isk memang tak selesa lah nak shopping.. Rasa nak cucuk mata tu.. Haii ko janganlah tengok dompet aku yang banyak juta2 tu..aku cucuk kang! boleh gitu?
Balik cerita jakarta, oleh kerana kami kebulur sikit kat bandung, maklum le pes taim datang bandung, makanya kami melantak habis habisan kat restoran garuda jakarta. Fuh sedap.. Terbaik.. Memang sedap gila masakan padang kat restoran garuda jakarta tu.. Pernah try masakan padang garuda kat bandung, tapi tak sama macam jakarta.. Kurengg sikit..
Bersambung...kalau rajin..hiks
- Posted using BlogPress from my iPad
Bandung.. Kali keempat datang badung
Yayyyy.. Cuti sekul 2012 ni akan pergi ke bandung selama 7 hari. Mood tgh packing apa yang patut.. Sesambil cari apps kat ipad untuk membuat list senarai barang apa yang nak di bawa.. Heh kalau nak ke bandung jangan bawa barang banyak2.. Sebab sampai bandung nanti barang2 kita pandai beranak sendiri.. Heheh
Kenapa bandung..?
Aku pun tak tahu kenapa bandung, apa tarikan bandung sampai untuk rekod, bandung paling banyak kami visit sejak akhir2 ini.
Mungkin sebab cuaca bandung yang nyaman dan sejuk, harga barangan yang murah berbanding malaysia dan banyak tempat2 menarik yang boleh di lawati tambahan makanan mereka yang boleh diterima tekak berbanding bercuti ke hongkong atau shenzhen yang menyebabkan kami sekali lagi memilih bandung..
Hoyeah bandung..
Lepas tu kemudahan pengangkutan yang mudah juga menjadi faktor utama, air asia yang beroperasi 3 kali sehari ke bandung memudahkan kami yang suka melepak santai kat bandung ni suka ke sana.
Nasibla iols belum resign suri rumah.. Kalau tidak takdenye nak berjalan ke bandung.. Next entry akan aku bercerita apa yang best dan patut dibuat kat bandung..klu rajin lahhh..
Ciaw
- Posted using BlogPress from my iPad
Friday, December 14, 2012
Itu lagu fynn jamal, 150 juta kali..
Cover version by ainan tasneem..
Hmm
Saya sayang sayang saya..
Suamiku...
Awal pagi aku bingkas bangun, dapatkan dokumen2 untuk melapor diri untuk dapatkan pengesahan dari pegawai kumpulan A..
Nah abang.. Tolong sahkan ye..hehehe
Sayang.. Tak payah la pegi.. Sian anak..
Alah...(baca dgn gaya manja)
Dia sibuk sms org sana, sms org sini..memang itu lah kerja dia.. 24jam sms.. Memang itu kerja dia.. Kalau dia tak layan sms yang masuk..alamat penduduk satu kawasan dalam kl atau selangor tak boleh menelefon atau sms org lain..
Sayang..tengok flight tiket, kita p bandung
Abang ni..saja tau..hahahah
Sayang tak payah la pegi kerja tu.. Kerajaan takde duit pun..
Hahaha
Geli hati aku tgk kerenah suamiku
Bersungguh2 dia
Aku pula jadi 50-50
Wake up wake up...
Umur aku dah meningkat..
kwn2 lain dah berjaya..aku masih di takuk lama
Masa ni lah untuk bekerjaya..
Tidak bersyukurkah aku?
Sangat bersyukur..
Semua kemudahan suamiku lengkapkan.. Dari aku pakai handset sony ericson hinggalah menggunakan ipad mini.. Suamiku berikan everything
Apa lagi yang aku nak?
Sayangku..
Aku nak bersosial
Aku nak berkomunikasi
Aku nak berkomuniti
Duduk rumah menjadi surirumah membuatkan aku tiada kawan
Aku tak reti duduk sembang dengan jiran
Pemalu..
Konon..
Suamiku adalah kawan terbaikku..
Tapi hidup kalau takde kawan lain pun tak best juga..
Esok kalau suami takde aku nak bertanya siapa
Kan?
Thats why aku nak bekerja
Training hidup..
Saya sayang sayang saya..
Kita gi bandung tahun depan ye abang,,sopink henbeg sampai lebam..i loikee
P/s: Nota ringkas untuk suamiku
- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Saya sayang sayang saya
Hari hari terakhir sebelum aku resign menjadi suri rumah
Alhamdulillah
Aku tak tahu nak luah apa..
Aku dah redha.. Tapi belum cukup kuat sebenarnya.. Hahaha
Kenapa aku gelak.. Sebab lagi berapa hari lagi aku melangkah menuju alam kerjaya.. Alam impian semua penganggur di malaysia
Aku salah seorangnya. Tapi pasti aku akan merindui alam menganggur itu, walaupun aku tak pasti samada aku akan melapor diri kat tempat kerja atau aku batalkan niat meletak jawatan sebagai suri rumah
Berat...
Hati tak tahu mana yang patut di putuskan...
Setelah aku bertungkus lumus membuat persiapan memohon jawatan dalam kerajaan tersebut..
Beli buku itu
Beli buku ini
Untuk aku bersiap sedia pada ujian penilaian yang ditetapkan
Akhirnya aku lulus temuduga
Walaupun aku mengulangkaji tak cukup masa
Cahaya lampu iphone menjadi penyuluh ketika aku membaca
Dan juga ketika aku menyusukan anak aku tetap membaca..
Aku lulus ujian saringan itu
Sekali lagi bila tahu keputusan panggilan ke temuduga
Aku berada di kampung ketika itu,
line internet tiada
Aku minta suami beli buku itu beli buku ini
Beli ebook sebenarnya
Walaupun dah beli, tapi aku tak dapat baca sebab internet yang lemah menyukarkan untuk muat turun apa apa
Hari terakhir di kampung
Aku pulun push adik lelaki aku suh print 200 muka surat ebook tu kat cyber cafe di pekan yang terdekat
Terbang lagi duit aku
Bukan sikit duit aku habis untuk memohon jawatan kerajaan tersebut
Bila dah print semuanya.. aku blur, aku tak tahu mana satu nak baca..
Tebal...
Esok flight malam
Esok juga nak ronggeng shopping mall sebelum flight
Pasal apa aku ni tak risau ngan temuduga tu
Entah...
Aku pun tak tahu
Memang selamba gila
Dlm fligh sure aku tak membaca
Malas..
Sampai rumah kelamin pukul 12 tgh malam aku pulun tidur.. Penat dalam penerbangan
Esok pagi sebok aku fotostet semua sijil2
Ya ampun nak sah kan pulak
Temuduga esok, nak pengesahan hari ini.. Mana sempat.. Sijil tebal
Pening...
Pegawai yang boleh sahkan dokumen kat kawasan aku ni busy.. So drop kat dia, lagi dua tiga hari baru collect
Waaaaaaaaa
Esok temudugaaaaaa
Suamiku tersayang bawa semua dokumen ke pesuruhjaya sumpah
Sekeping rm3 dia caj
Darablahhh dengan sijil2 berkeping2 tebal tu
Terbang lagi duit aku
Demi jawatan kerajaan itu
Bila selesai temuduga
Aku pun lega.. Walau penuh kenangan mencuit jiwa.. Antaranya minum air paip sbb lupa bawa air, kantin tak tau mana letaknya.. Kalau tak minum tekak perit mngadap penemuduga..
Darurah...
Wakakak
Tobat takkan berulang lagi
Geli pun bila teringat
Now....
Keputusan temuduga menyatakan aku berjaya mendapat jawatan itu
Tapiiii.....
Suamiku yang tersayang
Suamiku yang banyak mengorbankan masa, wang dan tenaga untukku menghadapi temuduga dan ujian saringan
Berat hati untuk menandatangan surat perletakan jawatan suri rumah ku
Suamiku risau tentang bayi kami yang baru berusia 11 bulan
Bila begini
Aku pun serba salah
Tak tahu nak buat apa
Redha suami amat penting
Tapi suamiku...
Aku nak sangat bekerja
Tapi aku juga tak kuat meninggalkan anak pada pengasuh
Jadi aku sekarang memang buntu
Walaupun persiapan untuk tarikh melapor diri aku dah buat
Tapi
Hati tetap rasa tak ingin bekerja lagi
Kerana anak2 ku..
Berperang dengan perasaan sendiri
Mcm2 pujukan aku untuk aku sendiri
Tapi hati tetap berat hati
Susah macam ni
Ya Allah..jika jawatan itu bukan rezeki ku.. Kau tunjukkan lah jalannya
Walau aku yakin sebenarnya jawatan itu anugerah mu untukku..
Kerana mengharunginya aku rasa amat mudah walaupun aku tak cukup persediaan
Kalau dah rezeki kita..tetap rezeki kita..
Subhanallah
Aku harap ada jawapannya
Sebelum aku resign suri rumah atau aku menolak tawaran tersebut..
Allah jualah yang maha mengetahui segala

Subscribe to:
Posts (Atom)