Monday, October 31, 2011

ke mana perginya wang zakat kita??

bismillahirrahmanirrahim

Persoalan yang sentiasa berlegar di kepala ke mana perginya wang zakat kita? kenapa masih ada yang merempat seperti yang disiarkan oleh media. Adakah lembaga zakat negeri menunggu orang miskin meminta zakat atau lembaga zakat keluar mencari mereka?



menurut kenyataan Tun Dr Mahathir baru-baru ini berkenaan lebihan zakat kita yang boleh disalurkan ke negara Islam lain yang miskin seperti somalia dan sebagainya. Namun benarkan zakat kita telah diagihkan secara telus hingga berlakunya lebihan? jika telus mana mungkin ada laporan khas lagi di media massa berkenaan rakyat yang tidak cukup makan dan merempat. Setakat sumbangan RM100 untuk sebulan rasanya tidak mencukupi untuk keluarga terbabit memandangkan nilai RM100 amat kecil berbanding kenaikan harga barang.

Bagaimana Tun Mahathir boleh mengatakan 8 asnaf yang layak sudah tidak relevan lagi di negara kita? Suami saya pernah didatangi seorang muallaf berketurunan Cina meminta bantuan membeli rice cooker, beliau sebelum ini hidup mewah bersama keluarga, namun nasibnya berubah setelah memeluk Islam, dan keluarganya mengugut untuk membunuhnya jika tidak kembali ke ajaran asal keturunan mereka. Jika di fikirkan, adakah golongan Muallaf sepertinya tidak mendapat pembelaan dari pusat zakat kita?

Banyak persoalan berlaku. Jika begini rakyat pun takut nak bayar zakat jika zakat yang sepatutnya diagihkan pada golongan yang berhak dinafikan hak mereka dan diguna untuk benda-benda lain yang tidak berkaitan.



thanks for stopping by! MamaQist

wanita hamil menaiki pesawat

bismillahirrahmanirrahim

minggu lepas terima panggilan dari bapa suruh balik sabah masa kenduri kahwin adik nanti. aku bagi jawapan tak boleh balik. Sebab tarikh majlis tu betul-betul jatuh 37 minggu usia kehamilan.



baru ni jumpa doktor for monthly check up. saya tanya doktor samada boleh naik pesawat ketika usia kehamilan 37 minggu atau tak? Doktor cakap takde masalah naik pesawat, yang pentimg dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu beberapa hari sebelum berlepas, takut nanti ada kompilasi kehamilan seperti kencing manis dan sebagainya.

Tapi jawapan doktor tersebut tidak merubah pendirian aku untuk tidak balik, sebab aku takut bersalin dalam pesawat nanti. oh tak boleh bayangkan jika berlaku sedemikian. Maka aku membuat sebarang carian kat internet mana tahu ada hujah yang lebih kuat supaya aku balik juga untuk majlis tu.

dan aku terjumpa blog Dr. Zubaidi berkenaan masalah aku. dan salah satu petikan yang menarik aku copy paste di sini berkenaan polisi dua syarikat penerbangan iaitu MAS dan AirAsia berkenaan wanita hamil menaiki pesawat atau sebarang penerbangan.

salah satu statement AirAsia yang saya petik:


Saya hamil, bolehkah saya terbang?

Ya, asalkan anda mematuhi polisi pengangkutan untuk penumpang hamil:

(a) Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): penumpang itu akan diterima tanpa surat akuan doktor dengan syarat dia menandatangani Penyata Liabiliti Terhad.

(b) Kehamilan antara 28 minggu hingga 34 minggu (termasuk): penumpang hendaklah mengemukakan surat akuan doktor yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan, dan surat tersebut hendaklah bertarikh tidak melebihi 30 hari dari sama ada tarikh perlepasan penerbangan keluar atau penerbangan masuk ke dalam negara yang dijadualkan (mengikut mana yang berkenaan). Kami amat menyarankan agar surat akuan doktor itu mengandungi penyataan bahawa penumpang tersebut sihat untuk membuat perjalanan. Penumpang itu juga perlu menandatangi Penyata Liabiliti Terhad.

(c) Kehamilan pada atau melebihi 35 minggu: pemintaan untuk membawa penumpang tersebut akan ditolak.

Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan sebarang kesulitan, kami amat menyarankan agar anda mendapatkan surat akuan doktor. Kandungan surat tersebut hendaklah mematuhi perenggan (b) di atas.



nampaknya saya tidak dapat memenuhi permintaan bapa jika menaiki pesawat AirAsia. Bagaimana dengan Polisi MAS?

Statement MAS yang saya petik:



Peraturan-peraturan perjalanan bagi ibu-ibu mengandung


Jika anda menjangkakan kandungan anda masih boleh travel tanpa perlu apa-apa dokumen tambahan, dan minggu 28 kandungan anda adalah kehamilan yang normal, anda masih boleh menaiki pesawat.


Selepas 28 minggu anda, kami biasanya akan memerlukan sijil perubatan rasmi yang ditandatangani oleh doktor yang menunjukkan kesihatan anda untuk perjalanan dan tarikh anda dijangka bersalin.


Walau bagaimanapun, kami tidak mengesyorkan perjalanan untuk ibu-ibu mengandung melebihi 35 minggu untuk semua penerbangan antarabangsa dan 36 minggu untuk semua penerbangan Dalam Negeri.


Sesetengah negara mungkin memerlukan dasar-dasar tertentu yang berhubungan dengan imigresen wanita hamil (terutamanya jika anda dalam tempoh lima minggu daripada tarikh anda dijangka bersalin). Untuk keperluan visa dan syarat-syarat perjalanan, kami menasihatkan anda untuk memeriksa dan menyediakan dengan baik terlebih dahulu tarikh perjalanan anda dan berunding dengan agensi-agensi yang berkaitan dan  konsular negara yang anda ingin tujui.



Nampaknya kedua-dua syarikat penerbangan tidak membenarkan perempuan hamil 37 minggu untuk menaiki mana-mana pesawat. Jika terpaksa menaiki pesawat dan dibenarkan oleh syarikat penerbangan, saya nasihatkan bawa kelengkapan bersalin seperti gunting dan peralatan perubatan lain yang bersih secara peribadi. Mana tahu dalam pesawat ada doktor yang bersama dalam penerbangan anda tapi tidak membawa peralatan perubatan.

dan nampaknya saya tak dapat balik majlis kenduri kahwin adik.

thanks for stopping by! MamaQist

Sunday, October 30, 2011

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog

Bismillahirrahmanirrahim..

Ben buat segmen lagi..aku tertinggal beberapa minit lagi..isk2...kali ni dia bergabung dengan Lyssa secret, gadis yang tak lokek ilmu..



antara dua blog ni persamaan mereka selalu pos benda yang bermanfaat dan reader baca pun tak bosan..sentiasa ada idea untuk menulis dan penulisan tak pernah merepek..

pada saya, untuk memajukan kedua2 blog ini senang je..teruskan penulisan yang menarik tanpa menyentuh sensetiviti orang lain..dah ok dah tu BEN dan LYSSA..blog korang sangat best..

antara 3..good..better..best...korang adalah the best!

thanks for stopping by! MamaQist

hadiah relevan untuk suami


bismillahirrahmanirrahim..

dah tertunai akhirnya hadiah ulang tahun kelahiran suami
ambil masa memikirkan apa yang perlu di hadiahkan untuk lelaki ni..hadiah untuk lelaki memang agak susah sikit..
dekat SINI ada beberapa cadangan blogger lain mengenai hadiah untuk lelaki..
tapi satu cadangan pun tak memenuhi apa yang aku nak..
ambil masa tujuh purnama juga memikirkan apa nak bagi kat suami..sampai lenguh otak nak fikir..

dan finally..
*
*
*

for my luvly husband



apa ada dalam kotak ni?? jom tengokk!

*
*
*
*
*
*
*
tadaaaaa...





tabung kura-kura..

ketika dia menerima tabung ini, jelas wajahnya berubah..
apahal bini aku bagi tabung budak-budak ni?
ni sesuai untuk iris jek

itu imaginasiku sahaja..dia tak cakap pape pon..

LOL!

dalam kad bini mu menulis
"menabung amalan mulia' suamiku

kesian encik suami sebab aku tak hadiahkan apa yang dia nak..
siap bagi hint kat aku nak gadget tu
alih alih dapat pulak tabung kura-kura...
ala kira okla..dari tak bagi langsung 
kan kan kan???


apa ada dalam tabung tuh...



ada kotak kecil berisi duit RM5 + 0.50sen + 0.20 sen +0.10 sen
semuanya RM5.80
inilah hadiah aku untuk suami..takde simbolik pun
saje suka suka
haha


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
eh tunggu jap
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
apa ada kat bawah RM5.80
angkat jap
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

apa benda ni
?


ini laa hadiah sebenar untuk encik suami bagi tahun 2011 ini





harga gadget yang suami nak tu kan... harga lebih kurang dengan harga gold bar di atas
jika beli gadget tuh..rugi
jika beli gold bar..untung
boleh buat investment..harga emas sentiasa naik

baguih tak idea tabung kura-kura tu..
"menabung amalan mulia"

thanx for stopping by! mamaQist






- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, October 19, 2011

Entry special untuk DIA..

bismillahirahmannirrahim


ini bukanlah entri nak membodek dia untuk dapat menjadi 'blog pilihan' beliau..post ni pun belum tentu BEN baca..tapi lebih kepada rasa penghargaan sebab dah follow blog tak gah aku ni..sapa tak kenal BEN ASHAARI yang 'ciwi' ckit kat blogger kalau part tak berkenan di hati dia..time kasih kerana follow mamaqist..

Nak jadi blog pilihan jauh sekali la..aku ni pulak selalu ketinggalan bas kalau BEN ASHAARI buat segmen..tup tup segmen dah expired..kalau aku letak link pun aku lupa buat post..almaklumla ada anak kecik sorang ni memang amat terhad membuat sebarang post baru..baru nak pegang keyboard, ada suara halus memanggil ...

"MA..MA..nak susu..
MA..MA..nak Dibo..
MA..MA..nak iskut.."

terus terang aku cakap..antara banyak2 blogger femes..BEN ASHAARI dan HANIS ZALIKHA je aku update dan jadi silent reader.. blogger yang lain kurang ikuti prkembangan sebab aku tak berapa enjoy baca ayat blogger femes ni yang tunggang langgang dan meleret-leret perasan best diorang..bosan..!!!.....hanya menjual rupa dan menunjukkan memek muka itik dan kucing mereka..hehehe..just my 2 cent..

sapa masih belum kenal Ben Ashaari boleh klik SINI

oh apa yang spesel tentang dia..Ben Ashari ni kalau korang perasan dia macam Widget Linkwithin..'you may also like this..anda mungkin meminati'.. widget yang menghubungkan antara satu post dengan post yang lain supaya reader tak ketinggalan dengan post lama kita..

BEN ASHAARI sama fungsi dengan widget ni.. jadi penghubung para blogger antara satu sama lain..korang letak link dan benwithin akan publish..mmm benwithin? ......maknanya biarlah rezeki yang dia ada dikongsi bersama..best tak dia ni..??

Ben ashaari, tahniah bakal menjadi seorang bapa..alhamdulillah


thanks for stopping by! MamaQist

Monday, October 17, 2011

hongkong: hari ke4: shenzhen China, 15 minit merentasi dunia

bismillahirahmanirahim

Sangat penat bila seharian di Victoria Peak, lepas tu kitorang diarahkan balik hotel dan ambil beg masing masing untuk menuju Shenzhen.

Shenzhen terletak di China, kira macam persisiran China la..Hongkong pula berada kat pulau..
macam Pulau Pinang dan Seberang Prai..duduk sebelah-sebelah
Well kitorang gi Shenzhen menaiki MTR..sangat mencabar..
dulu zaman sekolah jek bawa beg besar2 naik kenderaan awam
ni pergi bercuti pun benda yang sama berlaku
bawa pulak datuk nenek beg..amekaw
nak menuju stesen ke shenzhen pulak sangat adventure..
dengan jumpa tangga curam..
takde escalator
beruntung u all jadi malaysian tau..hoho
tapi takpelah..pembakaran kalori tu baik..LOL
mulanya bengang juga dengan pengurusan syarikat pelancongan ni..serabut..
tapi bila fikir balik bila lagi nak merasa naik MTR depa kan..
pengalaman itu mahal harganya

OK kitorang berlepas dari Stesen Hung Hom kat hongkong
dan menuju ke Stesen Lowu kat Shenzhen..
stesen last sekali dekat Shenzhen
sampai sana urusan passport dan imigresen..
dah settle urusan passport..apa lagi pergi makan malam dekat restoran muslim di sana..
tak ambil gambar sebab teramat penat
makan kat shenzhen amat mengenyangkan
ibarat mati hidup semula
mati kat hongkong
hidup kat shenzhen..kenyang
LOL..

cuma satu jek tak baguih konsep restoran muslim kat Shenzhen ni
menyediakan Liquor walaupun Muslim
aku risik kat salah sorang rombongan yang nampak alim dan banyak pergi holiday
dia cakap..memang macam tuh
International le katakan
heiiii rindunya malaysia..

8.00 am..dah pagi..??
ok pagi2 lagi kitorang bergerak ke kedai sutera dan kedai jade..
kalau nak beli cadar sutera datangla China..depa kata murah..
ada sorang datin dalam rombongan angkat satu cadar sutera..syokla dia tidor nanti..
tapi aku tak usha cadar sutera..yelah orang miskin ni pakai cadar cotton pun dah cukup..hehe

owang pompuan keja dia usha jade la..haha
dapatlah hadiah gelang jade dari suami..thanx abang..
jasamu dikenang
tu pun setelah dibargain..dapat murah
kalau beli jade kat malaysia harga dah mahal..kualiti tak tahu ok ke tak
cara nak tahu jade tu kualiti elok, ada satu alat macam besi...ketuk kat batu jade tu
kalau bunyi jade macam lemau..kualiti kurang elok
kalau bunyi ting..ting ting..dan nyaring..kualiti jade tinggi..
jade paling berkualiti datang dari myanmar
tak boleh tempek gambar sebab...'no photo..no photo..'
bosan.....



kapal naga dari jade

Ok lepas shopping gelang jade...kitorang bergerak menuju WIndow of the World..
Window of the World adalah sebuah taman tema yang mengumpulkan binaan mercu tanda popular di dunia..macam taj mahal, eiffle tower dan lain-lain.
harga tiket mahal juga..dalam rm300++ sorang  untuk dua orang..jom layan picas di bawah


dorang tengah buat pertunjukan hari kebangsaan China..demo jek..
kat Shenzhen cuaca amat terik..gambar kat bawah ni dah turunkan exposure 2 stop dan pakai hoodie lens..
jika tak gambar over exposure dengan cuaca yang teramat terik..



berada di luar Window of the World..jom kita merentasi dunia dalam masa 15 minit..yuuhuuuu
tak percaya??? mari buktikan (tiru ayat Linda Onn iklan dishwasher)



naik atas untuk cek tiket..


dah sampai India..


Beijing pulak..


Singapore


gambar dari dalam tren..kitorang naik tren merentasi dunia..x larat nak berjalan..


europe???


Mesir...


WTC..world trade centre


Honolulu hawaii..




jangan tiru aksi ini jika anda berlainan jenis..LOL 
macam orang utan sepilok pun ada..

Ok kitorang sebenarnya dah turun dari tren..now jalan2 sekitar Window of the World..
finally berjalan juga..
jom sambung merentas dunia....
xoxoxoxoxo

ag


tak tahu nama wall ni..




istana rom


Kaiser's Palace


dan Eiffle Tower..
KLCC jek tak dek..
ada 44 replika bangunan seluruh dunia semuanya..

penat berjalan ternampak bangunan ICE..dan masukk..

main salji yuk..
kat luar kan panas..hehe


suhu boleh tahan sejuk..my baby dah kebiruan kerana kesejukan..




salji ke?
bila aku berada dalam freezer...grrrrrrrrrr sejuk



igloo tunnel


masa untuk balik ..lepas ni kena bawa kedai ubat herba pulak
tengok penyakit melalui tangan..
pastu pergi Splendid China, tengok kebudayaan negara China..tapi aku dan suami tak turun bas...
sangat penat..
takdek lah gambar..rasa rugi pulak tak tengok Splendid China..



Cilok lagi gambar ni..ladies tu dah jerit 'no photo..no photo..'
aku cilok sebab tertarik gambar organ2 tu..sebagai rujukan juga sebenarnya..

orang Shenzhen, english dorang sangat teruk..
dia terang pasal ubat herba tu semua rombongan ternganga..versi english mana dia guna..
kitorang sengih kambing jek..cian pulak tengok
malam pulak kitorang jalan kat Dongmen market..
suami nak beli stokin..
aku pun ber'bahasa' la kat budak2 yang jaga kedai
do you have a sox??
budak tu blurrr
do you have a stokin??
siap tunjuk kaki..buat aksi pakai stokin
budak tu ternganga..muka blurr..pegi rak kasut dan keluarkan kasut..
haish..
sox dengan stokin pun depa tak tahu..aku pun ikut blurr sekali..
nak guna bahasa dorang tak reti lak..
beruntung jadi malaysian yang menekankan bahasa kedua..
balik hotel dan tidur..esok flight balik malaysia..
tak sabar balikk..
zzzzzzz

UPDATE: harga tiket masuk ke WINDOW OF THE WORLD lebih kurang rm300++ untuk 2 orang jika convert duit malaysia..nak naik tren, nak skating atas ice, nak masuk rumah ice dan lain-lain kena bayar berasingan..mahal tak? mahal woo..


thanks for stopping by! MamaQist

Friday, October 14, 2011

hongkong: hari ke3: jalan jalan ke Victoria Peak (maddame Tussauds) -repulse bay-aberdeen fishing village

bismilllahirahmanirrahim

Sebelum memulakan hari sempat amik gambar luar kawasan hotel sebagai kenangan. Kitorang menginap kat hotel Harbour Plaza 8 Degree yang diuruskan oleh syarikat pelancongan yang kitorang ikut iaitu Syarikat Reliance.

pepagi dah pakai spek hitam disebabkan my mata dah merah menyala kesan daripada menghadap viewfinder kamera sehari suntuk kat disneyland. terbaekkk kau mama..mata juga ada penatnya..


lepas brekfast, perjalanan diteruskan ke Aberdeen Fishing Village. Macam perkampungan nelayanla kalau kat malaysia. Tapi kalau tengok picas kat bawah ni perkampungan nelayan dorang nampak lebih moden.

oh dekat sini juga menggunakan perkataan 'Sampan' untuk kapal besar..menurut pemandu pelancong kami, perkataan 'Sampan' tu memang diambil dari malaysia, tak tahula betul ke tidak..tak tanya detail pulak kat depa..


bangunan sekitar perkampungan nelayan Aberdeen..



Farid, Farah dan Izreen dalam 'Sampan'..sampan dorang sama macam kat malaysia juga..deko je berbeza..


ini pula kapal mewah milik pelakon Hongkong Jackie Chan..


sebagai kenangan je tangkap muka tekong sampan ni..sebab muka dia mengingatkan aku pada filem2 epik cina yang lawan2 pedang tuh..kalau pakcik ni describe kawasan nelayan ni, kitorang angguk je..sebenarnya tak faham pun, walaupun dia cakap English, pelik benor bunyinya..

dah habis jelajah ke Aberdeen Fishing Village, destinasi seterusnya ke Victoria Peak..hah ni part suami la..excited sungguh dia nak ke victoria peak sebab nak jumpa Angelina Jolie..LOL..Sebenarnya kat Victoria Peak ada kedai Hard Rock..he addict Hard Rock Tshirt..



oh terlupa sebelum ke Victoria Peak, kitorang singgah ke tempat design/jual batu jade...layan picas di bawah ..yang ni pun kena warning 'no photo..no photo..'






apa cerita ye di sebalik mesin ni..lupa lak
oh mesin ni yang digunakan suatu ketika dahulu mengangkat tram naik ke Victoria Peak..Tram ni macam tren la..xde gambar kat sini
Victoria Peak berada di tempat tinggi..so tren yang naik ke atas kena bervoltan tinggi



kitorang menunggu tren nak naik Victoria Peak..






see my mata yang 'sakit'..sempat tu peluk james bond..

ok meh story sikit apa ada dalam Victoria Peak ni..
kat dalam VP ada banyak kedai, termasukla kedai Hard Rock, tapi kitorang sekarang ni berada di Gallery Maddame Tussauds..

Galeri ni menempatkan patung-patung lilin orang-orang femes..
ada banyak gambar patung lilin macam Angelina Jolie, Brad Pitt, peninju Mohamad Ali, Jackie Chan dan rami lagi...
upload separuh dari 'mereka' je
layannn..........



ni pelakon 'anna and the king' kan????
kalau salah minta mahapla..




memang nampak real patung Angelina Jolie ni..gambar haku dengan dia takde..rugi jadi cameraman ni..




makcik ni lah Maddame Tussauds, pengasas buat patung2 lilin..i donno apa istilah nak sebut..


antara peralatan yang digunakan untuk membentuk lilin panas suatu ketika dulu..ni tradisional je..sekarang dah canggih..macam fotostate..tinggal nak cat muka dan letak biji mata dan rambut.


the real one..Princess Diana..u must shoot si puteri memandang arah kamera, baru nampak hidup..


She still alive..can u believe it??


dah jadi macam kartun lak bila salah pilih angle..



William Shakespear..


Tony Blair????


Madonna


nampak real..Jack Sparrow (pirate of the carribean)


i like this patung lilin bcoz Amitabh Bachan look like a real man..


Lady Gaga'k





habesss...jomm balik, dah petang..the two patung lilin di atas i donno sapa mereka..

thanks for stopping by! MamaQist