Friday, November 14, 2014

persediaan mendaki gunung kinabalu part 1

yahooooooo

ehem.. ok eksaited ok..hahah.. tak sangka aku akan menjejakkan kaki ke gunung kinabalu bersama suami, tak pernah terfikir dek akal ku akan memanjat gunung itu walau gunung tu lah aku duk tatap setiap kali balik ke sekolah menengah asrama dulu-dulu..

camana boleh jadi ni, nak dipendekkan cerita kawan kerja suami pakat2 kat grup caca marba dia kat whatsapp kononnya nak mendaki gunung kinabalu lah kononnya, suami pun nak join sekali padehal den tau dia ni fit tara mana, sukan pun tak minat apa lagi mendaki.. tapi ape dehal.. agi idu agi ngelaban kan..

aku pun di beritakan khabar itu oleh suami, tapi dia tak nak bawak aku, sapa jaga anak katanya.. mmm ok.. kita rileks je.. tapi well kalau dah gedik nak itot sapa boleh halang.. hahaha

si kawan suami yang buat perancangan ni orang sabah juga, ropenye belum booking lagi tempat untuk memanjat, padehal depa dah book flight bulan lima ni, haiyaa.. nasib baik suami ku memesan untuk kol Sutera Sanctuary Lodge untuk survey harga, cari harga murah katanya, sebab spend rm500 lebih untuk mendaki gunung adalah amaatttttt mahal bagi aku.. bukan nak take over kerja si kawan tadi.. survey jak bah

survey punya survey.. huiii orang sabah ada rate tersendiri laaaaa... tak rugi ka kalau kita orang sabah tapi pigi bayar rate urang semenanjung..

aku mulanya kol sutera sanctuary lodge dulu, tanya itu ini.. dipendekkan dialog, camnilah lebih kurang.....

rate orang semenanjung memang mahal sikit dari orang sabah, paling minimum pakej dorang bagi rm536 hengget, mahalnye dlm hati, pakej tu untuk 3 hari 2 malam termasuk penginapan, makanan, permit, insurans dan sijil, tidak termasuk malim gunung atau guide la.. pas tu tanya SSL klu orang sabah camana, dia gtau kalau orang sabah kena kol Sabah Parks.. Sabah Parks ni bawah goverment sabah, so aku pun kol lah sabah park... tapi jangna tak tahu, dari aku kol Sutera Sanctuary sampailah kol Sabah Park, sampailah kol Kinabalu Park yang akan aku cerita lepas ni, selalu betul engage bila telepon diorang ni, dalam hati diorang ni gayut di tepon bah kali, hahaha, tapi mungkin terlampau ramai yang buat booking kali tu kan..

ok sambung balik cerita tepon Sabah Park punya person incharge lepas engage banyak kali,  dia kata orang sabah rate ikut berapa orang kita naik, dia nda pulak bagi berapa rate yang betul, yang aku ingat dalam rm200 lebih dia kata ikut berapa orang, kalau aku salah dinasihatkan rujuk sendiri dengan Sabah Parks, lepas tu dia cakap lagi kalau orang sabah naik 2 hari satu malam jak, garuk kepala aku.. ingat senang keww nak setelkan benda ni, sebab dalam grup kami tu campur2 dengan orang semenanjung, orang sabah pun 4 orang jak, macamana kami mau mendaki kalau Sutera Sanctuary punya pakej 3 hari 2 malam dan pakej sabah Park pulak 2 hari satu malam..choiii.. ok time ni mulut aku digunakan sepenuhnya.. tanya dan tanya dan tanya..

kakak tu kata (kakak ke?) kalau mau match hari kena book sabah park dulu dan matchkan dengan pihak sutera sanctuary.. ok setel.. faham tak proses dia ni?

now satu hal lagi, hari yang kami pergi tu ada kekosongan tak, ning nong ning nong.. di pendekkan cerita hari yang kami pergi tu.. 2 dan 3 haribulan Mei 2015 adalah FULLY BOOK.. berpeluh aku, aiyak camane ni, flight dah booking, semangat pun dah tempah, tapi tempat totally fully book..

so tips mendaki gunung supaya membuat tempahan 6 bulan awal tidak lagi boleh diikuti, sebab time ni aku booking bulan oktober 2014 hokeh, 8 bulan sebelum lagi... apa cerrrrrrrr ni..

so aku kol balik Sabah Parks, cadang nak meminta simpati..haha takdelah..so aku luahkan kesedihan aku, konon la sedih..puiii..hahaha, nasib baik kakak yang angkat kol tu bagitau aku supaya cuba telefon kinabalu park, menurut dia, ada hostel baru tu situ atas gunung, aku siap minta dia eja nama hostel tu, L.e.m.a.i.n.g..

gigih la aku menelefon Kinabalu Park dan cakap dengan person incharge depa tanya buleh ka tu aaaa buat tempahan untuk pendaki sabah dan semenanjung sekali, nama yang angkat kol aku tu si John dia bilang namanya, tapi si John ni macam pening2 tau jawapan dia, banyak betul siampang siur, hahaha, tak kisah lah, aku terus tanya dia 2 dan 3 haribulam mei 2015 ada kosong ka tu john? si john ni kata.. alah tiada kosong tau, yang ada 4 hari bulan jak..huarghhhh aku pun teragak2 nak buat book dulu sebab yang nak naik ni grup geng suami aku, kalau naik 4 haribulan turun dari gunung 5 haribulan petang, 6 hb pagi pulak balik semenanjung, mak aih penatlah diurang nanti, flight aku dan suami lambat sikit, jadi tak kisah..

tapi apapun juga aku kena booking juga tempat untuk 4 hari bulan tu.. habis tu kalau tak booking memang gigit jarik laaa... rupanya gunung kinabalu ni cepat sold out macam perfume chanel no. 5 yang aku jual..

ok setel.. dah buleh mendaki sudah kamuurang.. nasib baik ada aku.. wakakaka angkat bakul gerak sendiri kou kan..

ohoi lupa bagitau harga, Lemaing Hut ni hostel baru, baru je 2 bulan beroperasi august 2014 hari tu, jadi kalau nak bayar, kena walk in, nda buleh bayar online, bayar di pejabat Kinabalu Park sana tu kundasang.. so bayaran dia rate sabah sama dengan rate semenanjung, RM137 SAHAJA.. murah kan.. ini nda termasuk guide dan makanan, makanan beli sendiri di laban rata, nda macam Sutera Sanctuary yang pakej termasuk makanan, no wonder laaaa harga diorang paling minimum RM536.. paling maksimum jangan tanya aku, aku tak tahu, kol Sutera Sanctuary la ya..

so kesimpulannya....

Sutera sanctuary Lodge rate harga dorang untuk pendaki yang datang dari semenanjung jak

Sabah Parks rate harga hanya untuk pendaki dari Sabahan jak

dan Kinabalu Park untuk Hostel Lemaing Hut, rate harga untuk SABAHAN DAN NON SABAHAN ADALAH SAMA...RM137.

so kalau kou tu orang sabah, ikutlah lah rate sabah, buat apa bayar mahal, sama jak tu, klu kaki nda ketat bayar mahal pun nda sampai juga ke puncak..

nasib baik aku pandai guna mulut cakap sabah tanya itu ini, agak2 kalau aku give up tak mencari, mungkin tiadalah ekspedisi kali bulan mei 2015 nanti..

woooooo tak sabarrrrrrr

now tinggal lagi mencari homestay.. ada cadangan homestay mana yang best untuk grup cacamarba macam kami ni, ada family, ada bujang, dll..

hope posting ni membantu korang, sorry aku rojak cakap sabah dan semenanjung, siuk bei cakap sabah..haha


thanks for stopping by! MamaQist

Monday, August 25, 2014

bila sia buhsan

bila sia bosan gilak mau buat apa aa.. haih malasnya lah mau buat itu ini.. bah apa lagi... ada la juga ni entri bodoh yang ditaip.. hari ini sia mau cakap sabah.. rindu gilak cakap sabah.. bulih bah kolo ko... hahahaha

sia anak kelahiran sabah kawin dengan orang yang muka sabah tapi sia pulak yang muka org semenanjung.. suami sia pulak yang jadi muka sabah.. aaaaatokoi kawan
hahahaha

sebenarnya sia mau cerita bila sia buhsan, semua benda sia nda mau buat walaupun masa tu baju berbakul2 belum lagi sia lipat... hehehe.. walaupun bisnes sia belum lagi saya kasi merketing.. adui dogo.. memang la ni mau cari pasal... hahaha

kalau sia buhsan entri sia ni pun entah apa2 lah...

sebenarnya kan saya baru je bei balik dari amik anak sia dari sekulah di PASTI hilek.. dekat itu dewan org ramai.. endu bah dorang buat di dewan jak bah.. lepas ambil tu anak saya terus ajar dia buat kerja sekolah.. lepas ajar anak kerja sekolah saya bawa diorang naik atas tidur petang, kalau enda kasi tidur meragam jak dorang ni..

lepas tu.....

anak sia sudah bangunnnn



ghhhgjhjghjghjhfjg

bila la mau habis kebohsanan saya padai hari ini...

lol



thanks for stopping by! MamaQist

Monday, August 11, 2014

RAYA PERTAMA 2014

ahahah..

ok taqabballahu minna wa minka..

today is raya ke sembilan.. now baghu nak hapdet raya pertama punya cerita, i dont know where to start, but before i wrote this post, im always thinking what my Stalker says, i know u there.. hahaha Stalker me nothing earn sumthing laaa... but when we just waste our time with this STALKER,  we cannot do anything what u want to do..so abaikan.... live your life... dan abaikan mereka..

first of all, our theme for this RAYA 2014 is royal blue, some says called its electric blue, but i think the define of electric blue is kurang tepat, because electric blue is more to turqoise.. in my 2 cent..if u want more detail, try to cut off your electric cable and see what will appear.. hahaa.. pls do with parrent yaa.. i think TRON movie is membantu

ok sooo...

first raya memang tunggu takbir raya la kan, sayu je kalau dengar takbir mendayu-dayu, nak nak kalau macam kita ni yang jauh bermastautin dari keluarga, but itulah takdir kita. ok malas nak ayat tangkap leleh.. raya pertama aktiviti kitorang is mandi raya, pakai baju raya, bersalaman raya, makan rendang raya, dan pergi beraya.. thats it!

ya thats it.. normal la kan...hmmm apa nak buat lagi? takkan nak gi masuk x-factor pula gi duduk ngan ular sawa atau cium katak atau jamah lemang depan harimau.. atau..

takkan nak gi zoo pulak jumpa FENG YI dan FU WA.. ahahaha

tapi tak mustahil ada je kan orang buat aktiviti di atas di hari raya pertama.

kitorang takdenye.. normal life je, non extraordinary people.. melainkan berlaku proses mutasi dalam darah dan...

malaysia adalah negara yang sangat bertuah, malaysia mempunyai ekosistem yang......... ahaha

ok la nak bagi gambar raya, sila jangan muntah.. saya suka royal blue, fefeeling Ragad taib mahmud gitu.. oh no.. ahaha takde maknenye

SELAMAYT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA

HI, SAYA ABANG.. NAK DUIT RAYA TUNGGU SAYA JADI JUTAWAN BOLEH?


kak ipaq kami ha.. bizi bizi woiii..

caption yang sebenar, 'sya..sya.. tunggu along betulkan tudung along, ko jangan amik gambar along dulu, jap sya, jap sya...' ahaha my KIL yang happening.. (KIL means kakak-in-law lah)

 
melantak lemang, rendang, tupat, nasi impit, biskut2an ayaq sirap....etc etc... nak makan apa lagi, macam biasalah... takkan makan roti canai pulak kan?



hubby's nephew and niece.. all cutest evah


this is me, jarang iols tunjuk muka kat blog i tapi sebenarnya nak tunjuk baju iols tu yang gorgeous itu.. mesti korang nak tahu kan beli kat mana, iols beli kat ampang point aras 3, carik la kedai dlm tu..kalau jumpa.. syabas beteh

tak mampu mak pakai baju designer.. ahaha



ok inilah tiga buah hati busyuk2 iols, iols pun tak tau motif mereka bertiga posing tunjuk montot..

yang sebenarnya.. si kecik tu dah pandai naik satu anak tangga.. si abang dan kakak jadi bodyguard si kecikla.. kengkonon takut adik jatuh..


ok terus gerak semenyih dan beraya kat rumah mak teh kiah my husband side.. beraya kat sana.. ada rambutan lagi, manggis lagi.. wah langkah kanan lah ni......





my Prince, Irfan



kita tengah melawak dan borak2 dengan mak and mak tam ada pulak tukang amik gambar tak bagitau 1,2,3 CHEESE....! hah tu lah muka tengah bercakap saya..

nasib baik ko ada nak, kalau tak nampak tayar pancit mak.. mih mih mih...ngeeee..

ok.. raya kedua gi umah pak tam and mak tam sebelah hubby sajork.. takde cerita sangat.. sbb we ols plan nak ke utara pada malam raya kedua, tapi tak jadi.. raya ketiga kitorang melencong ke NUSAJAYA JOHOR, pergi SANRIO HELLO KITTY TOWN kat Putri Harbour Nusajaya.. tunggu next entry ok.

si shasha kannnn.. ko macam chipsmore kan.. sekejap ada sekejap takde.. kejap lagi kak cah upload muka k.. standbye!

thanks for stopping by! MamaQist

Thursday, June 5, 2014

RONALDO DI SIHIR OLEH 'SYAITAN HARI RABU'

Terkejut baca berita ni, nampaknya pengamal perubatan islam kat malaysia ni boleh tolong ronaldo untuk bunuh jin yang dihantar bomoh ini. Payah gak camni, lg sat fifa nak start. Ni fesyen rambut jalanraya tgh famous ni, ok teruskan membaca :)







Bomoh 'Syaitan Hari Rabu' ramal Ronaldo terlepas aksi Piala Dunia
Astro Arena | Kemas kini: Jun 05, 2014 (Diterbitkan pada: Jun 05, 2014 17:46 MYT)

Bomoh itu meramalkan bahawa Ronaldo akan terlepas Piala Dunia Brazil 2014 akibat kecederaan.
KUALA LUMPUR: Pemenang FIFA Ballon d'Or 2013, Cristiano Ronaldo mungkin terlepas beraksi pada pentas terbesar bola sepak dunia di Brazil yang bermula kurang dari dua minggu dari sekarang.

Ronaldo yang tercedera semasa kemenangan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bertemu Atletico Madrid, tidak beraksi sejak 25 Mei akibat masalah tendonitis pada lutut kirinya. Pahanya juga dikatakan masih mengalami masalah.

Disebalik kecederaan pemain yang digelar CR7 itu, terdapat fakta yang lebih menggerunkan, seorang bomoh Ghana mengaku bertanggungjawab memastikan pemain Portugal itu tidak akan beraksi walau seminit pun.

Portugal berada di dalam Kumpulan G yang juga merupakan kumpulan maut bersama Jerman, Amerika Syarikat dan Ghana.

Bomoh tersebut Nana Kwaku Bonsam, yang namanya bermakna "Syaitan Hari Rabu" telah meramalkan bahawa Ronaldo akan terlepas Piala Dunia Brazil 2014 akibat kecederaan sejak bulan Februari lagi.

Dalam satu wawancara bersama sebuah stesen radio di Ghana, Bonsam berkata "Saya tahu dengan teliti kecederaannya, saya kini memerhatikannya.

"Saya memang serius. Minggu lepas saya telah mencari empat ekor anjing dan mendapatkan bahan yang saya perlukan untuk memastikan saya dapat menghasilkan 'Kahwiri Kapam' (formula ajaibnya).

"Sudah empat bulan saya berkata yang dia tidak akan beraksi di Piala Dunia kali ini, atau sekurang-kurangnya memastikan yang dia tidak beraksi menentang Ghana.

"Kecederaannya tidak dapat di sembuhkan oleh mana-mana doktor kerana mereka tidak dapat mengesan sebabnya kerana saya menggunakan ilmu ghaib. Hari ini mungkin lututnya bermasalah, esok pahanya dan kemudian bahagian lain akan bermasalah pula."

Pada hari Selasa, Ronaldo hanya mampu berlatih berasingan bersama-sama rakan senegara Raul Meireles, Beto dan Pepe yang juga tercedera di pusat latihan mereka di New York sebelum ke Brazil.

Dia juga terlepas aksi persahabatan antarabangsa bertemu Greece pada hari Sabtu lalu yang berkesudahan tanpa jaringan.

Portugal akan turun beraksi berdepan Mexico pada hari Sabtu ini disusuli Republik Ireland pada Selasa depan.

Mereka akan bertemu Jerman pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 Jun 17 nanti. -- Astro Arena


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, May 24, 2014

Reaksi isteri bila dapat duit dari suami


Oh saya seorang isteri yang pemalu minta duit suami, 6 tahun kawin tak pernah meluncur word dari bibir angelina jolie ni 'abang nak duit!'

Rasa malu yang amat kalau keluar perkataan tu, rasa bersalah yang amat, rasa aku dah membebankan papa, rasa aku dah menyesakkan dada papa, even aku tahu dalam duit suami itu ada hak aku. Rasa aku lah perempuan yang paling patut lempar bawah lori, itu perasaan aku je, korang jgn pertikai perasaan mengarut aku tu, ya memang betul itu la apa yg aku rasa. Sukati gajah aku lah.. Hahah

Ok so!

Puan puan.. Apakah reaksi puan-puan bila mendapat duit dari suami puan-puan?

A. Ambil dan blah ngadap facebook.

B. ambil dan meloncat kanggaroo sambil jerit yeah rm50, syukur alhamdulillah terima kasih abang, semoga Allah murahkan rezeki abang.

C. Ambil dan mengomel apa ni bang rm50 jek??? Penat saya gosok baju, cebok muntot anak awak, sapu habuk dan bagi makan gajah setiap hari, rm50 jew.. Nak beli handbag chanel tak lepas ni... Dan terus blah dr pandangan suaminya

D. Ambil dan minta lebih lagi, duit suami atas meja pun nak sapu kalau boleh.


E. Lain2 jawapan. Sila nyatakan.


Selamat menjawab!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Playdoh dan mama

Setiap hari berperang dgn anak tu sudah lumrah aku as mother.. Bezanya perang tanpa senjata tradisi maupun moderan, cuma air liur aku yang ada DNA petai.

Ok semalam papa gi harvest dan bawak balik clay utk si kenit dua org ni.. Main la mereka playdoh dgn aman tanpa dengar suara guruh mummy.

Aku lak suka perati kalut dorang. Sesambil cari bag kelly moore dlm web ngan youtube, sesekali merancang aktiviti dorang petang ni pulak, dah cuti sekolah pun dah start, kalau tiada petir tiada ribut, berenang la kita nak dlm kolam plastik tesco tu ok. Bukan apa, si putera hans sorang ni lembik sikit dengar bunyik hujan. Entah bila masa la dia belajar jadi kambing ni.

Sesambil anak- anak main clay, sesambil aku berlari gi dapur siang ikan, siang sayur, nak masak. Tu kan dah buat dosa kering kat aku pasal nasi bungkus, datang rumah ni pun tak pernah, sedap je ngutuk, hambik dah kena berdas2 oleh papa, macam dia pulak yg bayar nafkah aku anak beranak, mcm dia yang cari duit untuk aku

Ko ke yang bagi aku makan??????

Sibuk hal rumah org lain. Memang kena buku ngan ruas la.. Nasib ko la kan.

Hui just wondering juga org yg selalu dtg tidur rumah yg sumpah depan aku tujuh petala langit dan bumi nama tuhan bagai yg dia TAK PERNAH bawa cerita hal rumah aku.

Bapak pembohong, tuikkk.. Papa beli baju mahal tuk aku pun korang ank beranak tak puas hati pasal apa? Cemburu ya.. Sapa la yg buka cerita sampai ke utara pulau malaysia tu, apa kena ngn korang nak sindir2 aku pki baju tu? Wat the hell?

Sengih

Kadang kita tak boleh aspek kat org ni, aku ingat aku buat baik ngn ko org tak stab belakang.

Silap aku juga terlampau sangka baik.

Belum lagi aku nak penampo boya kat org yg pergunakan papa sepenuhnya. Dia baik tapi please jgn di ambil kesempatan dong!

Ayat yg paling tak boleh aku blah hahaha

Alah klu takde duit boleh pinjam abg mie!

Abg mie kan ada!

What the pisang of this kind of people, ingat papa tu tabung gajah?

Duit dia hak ank isteri emak papa yg punya, bukan kajen kajen bukan masyik masyik, lepas pinjam bayar, bukan pinjam buat2 lupa bayar, buat2 nafkah wajib korang tak perlu pulang2 lg, siap keluar statement di atas. Ok sorry taring sy timbul sikit, sy brcakap atas kapasiti wife, in islam all things that relate perbelanjaan monthly suami WAJIB GTAU WIFE. If wife tak redha the duit dialihkan pada org lain a.k.a pinjamkan, so it's CANNOT. But this part, i am did not use the right. But i am suppose to do that! Belum aku cerita wife org ada suami tiada cacat cela sihat walafiat, merayu2 meminta2 di selangi cerita duit dalam purse ada rm5 sahaja, anak2 belum makan bla bla bla nak tapau papa rm500, dan status UNPAID. Baik hati papa kat wife orang ni yang mengaku tadak uang buat aku kesian balik, papa papa, tebal bonar mekap kaka tu setiap kali keluar photo di facebooknya tapi ngaku tadek uang lagi, beli make up pakai air liur ya.. ? Wah gampang banget

Papa jawab tu lah pasal.

Habistuh?

Buat muka annoying

Ok playdoh anak dah jadi lebam.. Semua kaler depa blend sekali.. Buruk betul nak playdoh ni, tp jgn buang, boleh guna lagi, kita jimat mana yang boleh ye, kesian papa bayar macam2 bil setiap bulan. Ok mama



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 17, 2014

LIVE SAFARI KAT BANDUNG INDONESIA

haluuu peeps

assalamualaikum semua


tetiba malam ni nak throw back balik peristiwa setahun yang lepas.. umak kau... dah setahun baru nak cerita, peram lama sangat gambar-gambar ni kat macbook lama2..yeah.. ahhh korang faham2 sendiri je lah bahasa aku, anggaplah aku tengah depan mata korang sedang berleter pasal bandung live safari ni...bestt

apa??? tak main la bandung.. ek eleh poyo je lebih .. korang tahu sampai sini jadi jutawan tau.. jangan nak poyoh sangat

ok intro nya memang agak teruk.. nak kenalkan watak2 dulu kan..

ini papa dan anak saya nama muhammad.. botak sikit tapi saya akui dia comel dan ikut muka saya. ngeeee larikkk





Ini mama muhammad, mama love to dukung muhammad walau kau berat sangat nak! huhu .. kitorang masa ni tengah berdiri depan hotel tunggu bapak supir untuk datang ambil nak ke live safari kan. so ada camera tu takkan nak buat jeruk pulak.. gunalah!

macam comel jew.. macam comel jew.. macam cantik jew.. macam perasan jeww.. haha

comel tak kak ton..........? comel kak ton...

pulak!

bila nak sambung cerita? ..






hai iris.. hai supir.. ok ni la supir kitorang sepanjang di bandung.. namanya pak Ratno. Ramai yang guna servis Pak Ratno ni dan ramai yang suka dia pasal dia ni humble dan tak suka ambil kesempatan kat pelancong malaysia .. nah gitu.. korang berkenalan la kejap.. iols nak sambung bercerita lagi.







Hotel tempat kitorang menginap.  Aston Tropicana betul2 kat kedai2 area Cihampelas. Keluar je hotel dah boleh shopping ikut suka korang. Hotel best, 5 star.








abam demok saya





ok kitorang dah nak sampai ke zoo bandung. Live Safari tau.. budak dua orang ni jual lobak kecil untuk pelancong bagi makan kat dalam zoo. pandai bisnes kici kici.. bagus2.. budak yang belakang tu handsome boy, saya nak ambil gambar dia, dia menyorok belakang kawan dia malu. hihihi

harga seikat murah .. berapa?... tak ingat. :)




3 jam perjalanan dari bandung ke Live Safari ni, kematu cik von kita. pasal apa tau, pasal macet teruk la sepanjang ke sini, lane pulak sempit. huii sabar jela (baca dengan gaya adik2)



ini pintu masuk.. ok jom masukk pelan2..


gajah.. binatang penyayang.. huiii bapak besar macam gajah..


hyppo... jangan ingat dia haiwan yang manja, hippo sebenarnya adalah haiwan yang sangat ganas.. tak caya pegi try usik von dia..




muhammad kan seronok dapat bagi natang ni makan, mak dia yang penakut.. setiap kali muhammad nak suap kawan ni, mak dia ni cepat2 tarik tangan muhammad, bukan apa, takut kawan ni rabun warna, tangan muhammad disangka carrot.. banding carrot dengan tangan muhammad, tangan muhammad tu lagi gemuk dan nampak sedap.


ni kalau bawa estima ni, mau la papa mengelak nk jumpa binatang2 ni, sekali dia sekeh ngan tanduk dia tu, menangis papa sampai tujuh gelas rumah cik mah.



ohoiii jgn tertipu dengan kemanjaan hippo ni, nmpak sedap dipeluk, tapi dia sgt ganas. badan hippo ni cam jelly tau, rasa nak lompat2 atas hippo ni.




singa ni saya rasa dia baru pas gaduh dengan isteri dia, rajuk dimuka kami pelawat yang tahu.. takyah sorok.. tuh badan kurus, tak makan berapa hari dah ni.... muka tak mandi, serabai.. serabut betul tengok dia ni.. hoi singa, KEEP CALM AND GO SHOPPING!


motif aku membebel kat singa? kekeke



nampak je kami berdekatan, tapi sebenarnya kami berjauhan dengan abang rimau ni.



















thanks for stopping by! MamaQist