Thursday, June 5, 2014

RONALDO DI SIHIR OLEH 'SYAITAN HARI RABU'

Terkejut baca berita ni, nampaknya pengamal perubatan islam kat malaysia ni boleh tolong ronaldo untuk bunuh jin yang dihantar bomoh ini. Payah gak camni, lg sat fifa nak start. Ni fesyen rambut jalanraya tgh famous ni, ok teruskan membaca :)







Bomoh 'Syaitan Hari Rabu' ramal Ronaldo terlepas aksi Piala Dunia
Astro Arena | Kemas kini: Jun 05, 2014 (Diterbitkan pada: Jun 05, 2014 17:46 MYT)

Bomoh itu meramalkan bahawa Ronaldo akan terlepas Piala Dunia Brazil 2014 akibat kecederaan.
KUALA LUMPUR: Pemenang FIFA Ballon d'Or 2013, Cristiano Ronaldo mungkin terlepas beraksi pada pentas terbesar bola sepak dunia di Brazil yang bermula kurang dari dua minggu dari sekarang.

Ronaldo yang tercedera semasa kemenangan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bertemu Atletico Madrid, tidak beraksi sejak 25 Mei akibat masalah tendonitis pada lutut kirinya. Pahanya juga dikatakan masih mengalami masalah.

Disebalik kecederaan pemain yang digelar CR7 itu, terdapat fakta yang lebih menggerunkan, seorang bomoh Ghana mengaku bertanggungjawab memastikan pemain Portugal itu tidak akan beraksi walau seminit pun.

Portugal berada di dalam Kumpulan G yang juga merupakan kumpulan maut bersama Jerman, Amerika Syarikat dan Ghana.

Bomoh tersebut Nana Kwaku Bonsam, yang namanya bermakna "Syaitan Hari Rabu" telah meramalkan bahawa Ronaldo akan terlepas Piala Dunia Brazil 2014 akibat kecederaan sejak bulan Februari lagi.

Dalam satu wawancara bersama sebuah stesen radio di Ghana, Bonsam berkata "Saya tahu dengan teliti kecederaannya, saya kini memerhatikannya.

"Saya memang serius. Minggu lepas saya telah mencari empat ekor anjing dan mendapatkan bahan yang saya perlukan untuk memastikan saya dapat menghasilkan 'Kahwiri Kapam' (formula ajaibnya).

"Sudah empat bulan saya berkata yang dia tidak akan beraksi di Piala Dunia kali ini, atau sekurang-kurangnya memastikan yang dia tidak beraksi menentang Ghana.

"Kecederaannya tidak dapat di sembuhkan oleh mana-mana doktor kerana mereka tidak dapat mengesan sebabnya kerana saya menggunakan ilmu ghaib. Hari ini mungkin lututnya bermasalah, esok pahanya dan kemudian bahagian lain akan bermasalah pula."

Pada hari Selasa, Ronaldo hanya mampu berlatih berasingan bersama-sama rakan senegara Raul Meireles, Beto dan Pepe yang juga tercedera di pusat latihan mereka di New York sebelum ke Brazil.

Dia juga terlepas aksi persahabatan antarabangsa bertemu Greece pada hari Sabtu lalu yang berkesudahan tanpa jaringan.

Portugal akan turun beraksi berdepan Mexico pada hari Sabtu ini disusuli Republik Ireland pada Selasa depan.

Mereka akan bertemu Jerman pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 Jun 17 nanti. -- Astro Arena


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment