Saturday, May 24, 2014
Reaksi isteri bila dapat duit dari suami
Oh saya seorang isteri yang pemalu minta duit suami, 6 tahun kawin tak pernah meluncur word dari bibir angelina jolie ni 'abang nak duit!'
Rasa malu yang amat kalau keluar perkataan tu, rasa bersalah yang amat, rasa aku dah membebankan papa, rasa aku dah menyesakkan dada papa, even aku tahu dalam duit suami itu ada hak aku. Rasa aku lah perempuan yang paling patut lempar bawah lori, itu perasaan aku je, korang jgn pertikai perasaan mengarut aku tu, ya memang betul itu la apa yg aku rasa. Sukati gajah aku lah.. Hahah
Ok so!
Puan puan.. Apakah reaksi puan-puan bila mendapat duit dari suami puan-puan?
A. Ambil dan blah ngadap facebook.
B. ambil dan meloncat kanggaroo sambil jerit yeah rm50, syukur alhamdulillah terima kasih abang, semoga Allah murahkan rezeki abang.
C. Ambil dan mengomel apa ni bang rm50 jek??? Penat saya gosok baju, cebok muntot anak awak, sapu habuk dan bagi makan gajah setiap hari, rm50 jew.. Nak beli handbag chanel tak lepas ni... Dan terus blah dr pandangan suaminya
D. Ambil dan minta lebih lagi, duit suami atas meja pun nak sapu kalau boleh.
E. Lain2 jawapan. Sila nyatakan.
Selamat menjawab!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selalunya zaza akan senyum n say Thanks ja.. Hihihi..
ReplyDeleteselalunya said tq dan happy sgt2 dalam hati walaupun hanya sekeping RM10 hahaha
ReplyDeleteNurzalina: senyum ada makna tu
ReplyDeleteAsydhia: kan.. Terasa diri begitu berharga. Hehehe