Saturday, August 13, 2011

kuatnya kentut..

Salam all

Tajuk tu busuk laaa...banyak2 tajuk nak citer pasal kentut..oh ini sangat penting..disebabkan kentut la aku merana. Siap telefon orang tua di seberang laut cina selatan bertanyakan perihal kentut. Saya bukan kuat kentut, tapi amat sukar unuk kentut.

Oleh kerana dah mengandung 4 bulan ni, mak aih mak buyung ni tak ingat nak kontrol makan. Semua makanan sejuk dibedal. Tembikai, teh O, air sejuk dan semua yang sejuk sejuk, ..........dan padahnya perut saya kembung dan teramat sakit. Terpaksa la mak buyung ni buat permintaan kat suami untuk memanggil bidan masa berpantang dulu datang berkhidmat semula.

ape pon kena berurut, tadi masa segmen sopping nyopping  baju raya anak, subhanallah sungguh sakit ari-ari ini dek kerana kesukaran membuang angin yang terkumpul. Sendawa sahaja belum dapat mengurangkan kesakitannya. Sedapnyerrr benda sejuk..terutama time buka pose tu ye dak...hah amekaw..dah dua hari tidur tak lena dek kerana perut yang berangin.

Sebenarnya risau juga, ni angin ke apa..takut jadi ape2 kat anak dalam perot ni..tapi alhamdulillah anak masih memberi respon dengan memberi tendangan lembut pada perut ku..

moral: jangan makan benda sejuk wahai mak buyung sekalian..

*membantu tak entry ni?*



thanks for stopping by! MamaQist

No comments:

Post a Comment