Saturday, August 13, 2011

kaki kejang ketika mengandung

salam all...

sapa pernah mengalami kaki kejang ketika mengandung..mesti semua pernah merasa kan??..baik yang tengah mengandung atau belum mengandung..

Kaki kejang di sebabkan pengembangan urat kaki akibat tekanan atau bla bla bla..maaf saya bukan pakar medic..jadi saya tak dapat nak huraikan dalam medical term..

ni mak buyung ni nak kongsi petua bagaimana nak mengatasinya..ini adalah pengalaman sendiri dan tak memerlukan apa-apa kos pun baik secara moden mahupun tradisional.

oh saya terlupa..ada kosnya..kosnya iaitu sebuah katil..kalau anda para-para mak buyung takde katil, mungkin boleh menggunakan kerusi, tapi memerlukan sedikit usaha.

bagaimana cara  mengatasi kekejangan kaki ketika mengandung????

mudah sahaja....ketika anda mengalami sakit kekejangan kaki di bahagian betis selalunya..dan menyebabkan anda terjaga dari tidur..

apa yang perlu anda lakukan???

Cepat-cepat duduk dari pembaringan dan letakkan kaki anda ke bawah....maksudnya kaki anda terjulur ke bawah. Langkah ini hanya boleh di lakukan jika anda tidur di atas katil. jika anda tidur di atas lantai, sila sediakan kerusi di sebelah anda. Tapi kalau dah kejang sempat ke nak naik atas kerusi???

Petua ini sangat berkesan dan anda akan rasa selesa selepas beberapa minit melakukannya tanpa anda mengurut dan meletekkan minyak angin pada kaki anda.....dan anda boleh la sambung membuta hingga ke pagi.

sekian

jika ada petua lain boleh kongsi di sini.

moral: Tilam....tilam...tilam.........................tilam lama tukar balu!!! eh bukan tilam..tapi katil.





thanks for stopping by! MamaQist

No comments:

Post a Comment