salam semua
Malam tadi we have family dinner kat restoran Istana Bambu bersebelahan dengan MRR2, dekat hulu kelang, sesapa yang duduk KL tahu kat mana tempat tu. Sebelum ber'dinner kat restoran ni, mama ada lah juga
google info tentang restoran ni..and mama can said setiap review yang dorang bagi menggambarkan WOWW betapa hebatnya restoran ni and all of them bagi pujian tinggi melangit. But its different for me and maybe my family member too, but ini hanya pandangan sahaja dari mulut yang mengunyah and yang bertandang ke restoran ni, korang leh layan gambar-gambar dekorasi Restoran Istana Bambu ni hasil google eden, sebab tak menyempat nak shoot angle yang patut kerana mendukung anak kecil..
yes decoration mmg cantik, lawa, amazing..tapi mama datang bukan nak makan bamboo, tunggu mama jadi panda ok kot..hehehe
ok ni review mama and mr.Right tentang restoran istana bamboo
1. Restoran ni lokasi cantik, senang cari and datang dari arah mana, betul2 sebelah highway.
2. time makan feel macam dalam hutan juga walaupun bersebelahan dengan highway yang of coz kereta laju2. Ni disebabkan oleh bunyi cengkerik yang menginap di sekitar restoran..feel bagus la yang ni.
3. decoration sangat cantik dan kalau nak wat shooting model pun memang cantik..percaya tak percaya dalam restoran ni ada sawah padi..yes paddy field here. cantik arr..pastu ada ikan2 yang comel2 brlari-lari.
ok kalau nak crita pasal konsep tu mama bagi 5/5 bintang la.
tapi....
apa yang membuatkan mama rasa ralat dengan restoran Istana Bambu ni ialah Mr.Right and family members yang lain dah wat booking and reservation awal sebelum kedatangan kami nak makan. and of coz la dah tempah menu apa nak makan, dah bayar deposit semua..
kitorang pun datangla dengan lawa and look gojes semua..chewah..then cari tempat duduk seperti yang di sediakan. 15 minit berlalu tapi satu apa pun tak sampai..yang ada atas meja pinggan dan cawan dan garfu yang memang dah tersedia sedari awal.
my SIL dah start bising..u know my family members ni bab2 makan memang agak fussy. sebab dorang dah biasa gi tempat2 sebegini and of coz dorang tahu service sebuah restoran tu lembab atau pun tidak..yes this restoran service agak lembab sikit.
tempahan dah buat awal, kenapa masih tergedik-gedik nak buat? hoho depa pun angin la..ok tu satu.
yang paling tak bestnya bila sampai semua hidangan, adesh boleh tak cukup. ning nong ning nong di pendekkan cerita, masa wat tempahan hari tu, contohnya kalau kita minta 3 set untuk asam pedas, maka yang akan sampai 3 ekor ikan dalam 1 mangkuk...wahaha korang bayangkanlah meja kitorang punya panjang sampai ke hujung sebab ramai, tetiba yang datang hanya SEMANGKUK asam pedas untuk di kongsi. kelakar tak kelakar..mungkin bagi korang kelakar, bagi aku ni adalah kelembapan pihak pengurusan. dan terpaksala order lagi mana yang tak cukup. dah habis makan baru order sampai. selera pun dah takde.
Sepatutnya masa wat tempahan tu terangkan 1 set tu berapa ekor ikan kat dalam tu, bukan minta 3 set, letak 3 ekor ikan dalam satu mangkuk, commonla fikirla logik wahai tukang amik tempahan. adeiii
banyak juga aku tak merasa keenakan dan kesedapan makanan Restoran Istana Bambu ni sebab yang datang sepinggan dan sepinggan lauk.. malas dah nak cakap banyak..korang try makan kat sana ramai2..baru tahu.
makanan aku bagi 3 bintang..
service aku bagi 2 bintang..
harga..
harga aku taknak cerita..korang leh tengok bill yang aku tempek kat bawah..
so harga aku bagi 1 bintang..mahal mak oiii..kangkung je leh dapat 20 ringgit 1set.
dan kami semua berpakat untuk tidak datang lagi ke restoran ini, harga nasi je leh beli sekampit beras, harga air kira per glass, bukan per jug..ape daaa...baik makan kat Concord Hotel..5 star lg..puas hati..makan pun x berapa sedap kat sini, asam pedas memula rasa sedap, dah lama makan rasa lain je rasa dia, ..sorry la..this our review..bayar mahal tapi service hampeh..
thank you for my BIL Rozleen and family sebab belanja makan for dinner..mudah2ahn murah rezeki..amin
No comments:
Post a Comment