Saturday, April 30, 2011

PUTERI DIANA MASIH HIDUP

assalamualaikum semua


Post macam gempak je bunyi kan..ye memang gempak pun..mentang2 la putera william baru je wedding semalam, cerita puteri Diana pun keluar semula.

Korang rasa dia masih hidup lagi tak? MamaQist rasa Puteri Diana masih hidup dan hidup sebagai orang biasa. Pukul tiga pagi tadi, lepas terjaga dan serve lampin Qistina, bagi dia susu, terus google dengan iphone "Diana masih hidup". 

Website melayu rata-rata cerita pasal dia ni hidup sekejap sebelum menghembuskan nafas terakhir dan meninggal dunia. 

Ya sesuatu yang amat mengecewakan aku sebab aku mengharapkan berita yang dia masih hidup dan ada bukti bergambar yang dia masih hidup.

MamaQist google lagi tanpa menghiraukan mata yang tengah sakit kena ketumbit, patutnya sambung tidur, tapi semangat nak cari dinaso dalam hutan sentiasa ada. eh apa aku merepek ni...

Ok aku try cari kat web orang putis pulaks..dan aku terjumpa evidence yang dia masih hidup.

Kononnya selepas kemalangan tu dia di bawa hospital dan di selamatkan doctor yang rawat dia, siap bawa dia lari lagi selamatkan diri. boleh baca di SINI

ok itu cerita lain, ni pulak cerita seorang yang ternampak Diana sekarang bekerja di Daily Press


meh tgk yang crop pulak..

aku cuba cari gambar Diana yang ala-ala lentok di atas, mana tahu ada orang photoshop kan ke..aku tak jumpa gambar yang sama. Dan aku rasa ni gambar yang sebenar sebab tak nampak kecacatan bahagian leher kalau buat Photoshop pun. Biasanya kalau guna photoshop pun mesti nampak ada yang tak kena dengan padanannya.


Diana mengaku itu memang dia. aku copy paste dulu statement dia..

...Diana, Princess of Wales, confessed that the stories were indeed true and that she had been secretly working in the newsroom and helping to shape the Express’s stories

"When the crash happened, I realised that it was a chance to get out of the limelight," said a tearful, doe-eyed princess, speaking exclusively to the Daily Express. "However after a few months I realised that I just needed that oxygen of publicity again."

korang boleh baca penuh article ni di SINI

korang rasa ni diana ke..aku rasa la ni dia..sebabnya..

1. Anonymous said...


She is still alive. The Windsors and Spencers are aware. What they buried was a wax copy of her. How did they get I don't know. Charles knew b/c when he was at the hospital he was touching her and she was missing BOOBS..Anyway she is still alive and will be attending Williams wedding in a disguise..

2. kematian Diana takde Post mortem (bedah siasat)

3. Mayat tak tunjuk masa funeral.

Ada ide lain? aku dah kehabisan idea nk menulis bila si kecik ni merengek minta dukung. ayya kacau..

nanti aku update la..

persoalan..

kenapa dia yang Charles pilih



   thanks for stopping by! MamaQist

Friday, April 29, 2011

ROYAL WEDDING~WILIAM DAN KATE

Assalamualaikum semua..


Hari ini mamaQist dah jadik paparazi jap. Hehehe dari tadi duk layan wedding putera William kat cenel 707 ASTRO, terus je capai encik nikon yang dah lama bersara.. jom kita layan picture dari paparazi mamaQist..
apesal la muda lagi dah botak..

 aku tertarik dengan lantai checkerboard ni.










 angelina jolie pernah berlakon kat gereja ni dalam filem SALT. if not mistaken la...


 kereta labu menjadi pilihan..
 terpaksa buka filter lens sbb gambar tak terang dari tv

 host ni dari awal sampai akhir asyik sebut DIANA..cian lak kat kate tu..
dan baru ku tahu rupanya william tu yang nak wedding tu ala-ala maknya DIANA punya wedding..segala2nya..


cincin diana 18 carat
bunga roses
semuanya nak sama macam diana
patutlah dari awal wedding ni di bayangi diana








 macam penjara pudu pun ade



 kate bermimpi buruk dia di bogelkan pada hari perkahwinannya..



Sultan Mizan pun datang dpt jemputan, Barack xdapat lak..Kerabat diraja kot..atau pun negara komanwel.


korang layan gak kan gambar paparazi tiruan ni..


dan korang tahu tak puteri diana masih hidup..meh paparazi mamaqist bongkarkan..


thanks for stopping by! MamaQist

Monday, April 25, 2011

DIGI: INTERNET FOR ALL

Assalamualaikum semua

Mama QIst hari ni nak bercakap mengenai DIGI: Internet For All yang menawarkan pelan yang menarik bagi pengguna Digi, Kepada anda yang menggunakan talian Digi anda boleh menikmati pelan ini segera. Bagi pengguna Digi, anda hanya perlu taip 'FACEBOOK' dan hantar ke '2000'...MUDAH SAJA deh!




Jom korang! kita mendaftar bersama Digi untuk melayari facebook dengan mudah di mobile anda. Korang boleh layari laman web DIGI di SINI untuk maklumat lanjut. 

                       


Pelan yang DIGI tawarkan amat menarik kerana selain daripada murah hanya RM1/day, korang juga boleh melayari facebook dengan pantas.

Facebook addict! Jom sertai Digi: INTERNET FOR ALL sekarang!

thanks for stopping by! MamaQist

Friday, April 22, 2011

HANIS ZALIKHA:: BLOGGER YANG MATANG

assalamualaikum semua pembaca. Post mama kali ni takde ape sangat pun  Hanya nak menghiburkan hati yang tengah berduka, jadi mama tak nak sedih2 di pagi jumaat yang indah lagi berkah ini. Tadi singgah kat one of my feberet blogger, HANIS ZALIKHA..sapa tak kenal sila buat kuih samosa untuk mama, mama nak tolong perkenalkan.

Hanis Zalikha ni muda lagi, 19 or 20 yr old macam tu lah..lorh kata minat, apesal tang umur tak ingat lak..hehehe tang umur memang terlupa sekejap. sat je..whoh

Kata mereka, Hanis zalikha lebih fofuler dari Datuk Siti. Hmmm itu tak tahu la pulak, yang pasti adalah Hanis Zalikha ni cantik dan mungkin dia mewarisi kecantikan ibunya dan yang pasti, kecantikan itu anugerah dari Allah.

ok bercerita tentang Hanis Zalikha ni, kalau korang perasan la, ke dah ada yang perasan lama, dan wat entry khas untuk tajuk ni mengenai Hanis Zalikha ni ada mirip Amy Mastura? hehehe okayy.. aku nak post juga.. kalau tak mirip amy mastura, mirip Vee Abdullah. tapi lebih mirip pada Amy mastura le kot..hahha jom melayan pic depa..

HANIS ZALIKHA

HANIS ZALIKHA
AMY MASTURA
AMY MASTURA

Macam kembar seiras, bezanya Hanis Zalikha lagi comel sikit, Amy mastura dah nampak sedikit berusia, dan hidung Hanis Zalikha lebih mancung. ish2.. tah pape la entry aku kali ni..aku tgh bersedih..tapi taknak reveal dkt sini, so aku merapu ckit boleh kan..lagipun Hanis Zalikha ni tak sombong macam a few blogger yang cantik kiut miut tapi haram nak tegur kita yang baru nak ber blogging.

apa pun, Haniz Zalikha, i follow ur blog pasal suka entry bab2 travel kesana kemari, kemain ko jenjalan..jeles aku. tak pelah anyway gud success..kirim salam kat ur mama yang gojes..look like teenager i say u..walaweyy..eh entry u pasal trim bulu kening pun menarik perhatian ku..hahaha..ye betul xpe..bulu kening macam sifu dan tonga pun xpe, janji hati bahagia. its ur choice.. 

eh baru perasan, Post aku lari dari tajuk..soryyy..

thanks for stopping by! MamaQist

Suami isteri Gaduh

*Dear abang, * *
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung.
abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke
kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan
kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan
disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah
terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3
malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape? *











*
Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan
masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta
abang? *
*
Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi
ayang nak dapat kiss g.morning pun susah *
*
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat
kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.. *
*
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance.
..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah.. *
*
Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang
kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah
100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak
kedua kita abang kata ayang mengada-ngada. *
*
Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak
makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak *
*
Paling menyedihkan. . ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab
takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi?? *
*
Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa..
tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri
elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang
balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang.. *
*
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR *
*
Love,
ayang** *
*
ni abang lak bagi..... * *
*
*
Dear Ayang, * *
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu
keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja
ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas
umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..
*
*
Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat
skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi
keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder
dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg
jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam
doremon..ish xnak laa abang..
*
*
Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang
yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang
kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa
jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita
kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan
rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
Sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat
rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka
pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi
cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah
laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah
tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..
*
*
Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti
kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa
kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa
bwk balik skit..
*
*
Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar
jek... nnti abang balik kpg abang kejar kan ...bukan apa takut lembu tu
tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang
kene tanduk xpe.. **
*
*
Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt
anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru..
baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh
longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana
ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang...dah laa rambut ayang masa tu
baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahah ahahha
dari abang *



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, April 19, 2011

Tutorial bina Blog: Tukar ayat Post a Comment

Tutorial kali ini ialah cara untuk tukar ayat post a comment kepada ayat anda sendiri. Dan anda juga boleh meletakkan gambar pilihan anda..

Contoh:





Sebelum saya gantikan dengan ayat di atas...ayat asal sebenarnya ialah post a comment..

ok klik kat..

1)Dasboard

2)Pilih design-->Edit HTML-->Expand Widget templates..

3)Tekar ctrl+f atau pun f3 dan cari kod <data:postCommentMsg/>  dan gantikan dengan kod
di bawah..




<img src='http://web.com/comment.png'/> Nak berceloteh mai sini.


Tulisan warna biru anda boleh gantikan dengan gambar anda sendiri..
Pastikan saiz gambar 20x20 atau 30x30 saja..

Tulisan warna merah anda gantikan dengan ayat anda sendiri..

4) Preview dulu, dah puas hati, klik save. itu aje..x fhm sila tnya..



semoga memberi manfaat

Tutorial bina blog: Cara sembunyikan Navbar Blog

Pada tutorial ini, saya akan ajar bagaimana untuk sembunyikan navbar blog, navbar ini hanya muncul apabila cursor dihalakan ke arahnya..





Ikut beberapa step yang senang ni..



1. Dasboard

2. design --> Edit HTML--Tick kan expand widget




3. click ctrl f atau f3 kat keyboard, Cari kod ]]></b:skin> dan letakkan kod di bawah ini di atas ]]></b:skin>








#navbar-iframe {

height:5px;
}


/* IE7, IE8, IE6 */

#navbar-iframe { height/*\**/: 30px\9; }


#navbar-iframe:hover {
height:40px; !important;
}


4. preview dulu, kalau ok..Save template..itu saje


thanks for reading this entry! 



Sunday, April 17, 2011

Cerita SU, TINA dan MIZI...

Apa yang best sangat dengan tiga nama ni, su, tina dan mizi. Hehehe takde yang best sangat pun, cuma tiga orang ni ada peristiwa tersendiri untuk panduan suami isteri yang egois dan tidak bertanggung jawab pada keluarga. Ini sekadar peringatan untuk tuan blog ni dan para umat yang berkeluarga, nak abadikan cerita ni di sini. Copy dari ruangan RJ. layann..

Assalamualaikum...disini kita nak kongsi sedikit cerita bagaimana seorang wanita bergelar isteri boleh dijadikan contoh kepada wanita2 lain..kita pun dah tak ingat mana kita dapat cerita ni..memang dah ada dalam hard disk kita..so just want to share with all of u..especially women..

Kejadian ini berlaku dalam tahun ini. Saya lakarkan kembali bagaimana saya mengenali pasangan suami isteri ini. Sebenarnya saya telah mendapat kebenaran dari mereka untuk menceritakan di RJ ini untuk dijadikan tauladan. (puas pujukkkkk..... baru setuju.... mereka juga warga RJ tapi tak pernah hantar posting..... malu kott..). Saya namakan isterinya Tina (nama samaran) dan suaminya sebagai Mizi( juga nama samaran).

Seperti biasa di hujung minggu saya akan menghadiri kuliah/ceramah agama bersama suami ataupun kakak saya ATEH (mungkin ada netters yang mengikuti kisah PESANAN IBU KEPADA ANAK-ANAK PEREMPUANNYA). Pada hujung minggu tersebut kami suami isteri menghadiri kuliah agama yang berasingan keran a saya ingin mengikuti Ateh ke kuliah agama di Masjid tempat tinggal beliau di Shah Alam. Selepas habis kuliah Ateh mengajak saya ke Kompleks PKNS untuk mencari jubah untuk anaknya yang sedang belajar TAHFIZ di Johor. Kira-kira sejam kami dua beradik meronda Kompleks PKNS tiba-tiba kami terpandang seorang wanita dalam lingkungan awal 30an sedang menangis di kerusi depan Bank. Ateh saya nie memang prihatin pantang nampak orang susah mulalah nak
busybody. Tanya punya tanya rupa-rupanya beliau baru lepas bertengkar dengan suami dan suaminya tinggalkan dia di situ dan di suruh balik sendiri.........
MasyaAllah apa punye suami nie........ tak sayang bini ke???? tanya saya dalam hati. Ateh suruh saya hantar Tina ini balik ke rumahnya si Subang Jaya.......(geram lak saya..... nape saya lak kena hantar tapi tak per tolong orang susah.. ini hari dia.....). Malangnya Tina tak mahu balik.... nak dipendekkan cerita Ateh
ajak dia balik ke ru mah Ateh di Shah Alam. Sambil memandu saya perasan ada kereta mengekori kereta saya dan saya bertanya pada Tina, suaminya pakai kereta apa. Memang sah yang mengekori kereta saya adalah suami Tina. Saya buat dono jer....... lagilah saya drive gila-gila.....(hari minggu jalan lenggang).

Apabila sampai di rumah kira-kira 10 minit... ada panggilan untuk Ateh untuk menguruskan jenazah jadi saya pun ajak Tina gi ke rumah saya. Apabila sampai di
rumah saya belum pun sempat masuk ke rumah suami Tina keluar dari kereta dan mengheret Tina masuk ke kereta mereka saya hanya mampu pandang saja sebelum tu saya sempat beri Tina no. handphone dan rumah padanya. Pada sebelah malamnya suami Tina talipon saya (mungkin dapat no tel. dari Tina) memberitahu supaya jangan benarkan Tina menumpang di rumah saya dan beliau menceritakan keburukan isterinya dan saya cuma mendengar saya dan beliau telah memberi no. taliponnya pada saya.

Dengan takdir Allah sebulan kemudian Tina datang ke rumah saya seorang diri dengan memandu keretanya sendiri dan tinggal dengan saya selama kira-kira 2
minggu. Sebenarnya mereka ini mempunyai dua cahaya mata berumur 5 tahun dan 2 1/2 tahun. Tanpa pengetahuan Tina suami saya telah menalipon Mizi
meminta supaya membenarkan Tina tinggal bersama kami sehingga hatinya sejuk. Pada mulanya saya kurang setuju tapi suami saya memujuk mungkin ada hikmah mengapa Allah memilih rumah kami. Saya risau kalau-kalau Mizi menganggap kami campurtangan urusan rumahtangga mereka. Tanpa pengetahuan suaminya Tina selalu menjenguk anak-anaknya di rumah baby sitter untuk melepaskan rindunya selepas waktu kerja atau lunch time..... kesian..... kasih ibu....

Sepanjang Tina berada di rumah saya..... tak pernah sekalipun saya menasihati Tina kerana suami saya tak membenarkan saya menambahkan lagi kerunsingan Tina dan takut kalau dia lari ke tempat lain dan m elakukan perkara yang tak elok. Sebaliknya Tina menceritakan kesengsaran yang di hadapinya hidup bersama
suaminya.... suaminya tak mahu menolong kerja rumah walaupun mereka sama-sama berkerja...... anak menangis pun dibiarkan tak mahu tolong pujuk....... dan berbagai-bagai keburukan suaminya yang dipaparkan hinggakan bab dalam bilik pun diceritakan (kene sensor nie...... baya.... baya......) tapi tak satupun
kebaikan suaminya yang diluahkan. Saya hanya mendengar tanpa mengulas hanya saya katakan ini semua dugaan dariNya. Sehinggalah di suatu malam saya melihat Tina menulis sesuatu dan saya cuba bertanya:-

Saya : Tina tulis surat kat Mizi ke?

Tina : Tak lah.....(terus menangis)

Saya : Kenapa Tina tak suka duduk rumah Kak Su?

Tina : Kak Su...... Tina rasaaaa..... Tina bukan isteri dan ibu yang baik kak......(nape lak nie.......... sambil menghulurkan kertas tulisannya pada saya)

Saya : Apa maksud Tina men ulis semua nie.......... rasa Kak Su ini semua berkaitan rumahtangga Kak Su......

Tina : Ya Kak..... Tina senaraikan semua yang Tina nampak dan Tina nak praktikkan bila Tina balik nanti..... Walaupun Kak Su tak pernah memberitahu Tina tapi perbuatan Kak Su sekeluarga lebih-lebih lagi cara abang mendidik keluarga Kak Su..... Tina rasa amat terharu..... Tina banyak kekurangannya Kakkkkk......(menangis lagiiiii oiiiii.......)

Saya : Tina.... apa yang Tina lihat dalam rumahtangga Kak Su sebenarnya banyak yang berlaku di luar sana mungkin Tina tak jumpa lagi...... baguslah kalau Tina nak praktikkan nanti...... semuga Tina berjaya dan menjadi isteri yang solehah......(kami berpelukan sambil menangis....)

Warga RJ nak tahu apa yang Tina tuliskan (kat RJ ni tak boleh attached terpaksa saya copy):-

1. Menyediakan sarapan pagi untuk abang dan anak-anak. Air suam untuk abang.
2. Menyediakan pakaian abang dan menyediakan anak-anak ke sekolah
3. Pakaikan abang stokin, keluarkan kasut dan buka pintu rumah dan pintu pagar untuk abang (malu akuuuuuu.... ini pun dia tulis.. lah...)
4. Salam abang dan cium pipi (opsssss.... jangan lebih-lebih oiiiiii) mintak maaf segala kesalahan dan halalkan makan minum. Abang pegi keje.
5. Masak lauk kemudian simpan dalam petiais untuk makan malam takut petang tak sempat masak. (ini pun dia tulis.... hancusss)
6. Hantar dan menjemput anak ke sekolah
7. Petang balik dari kerja masak nasi dan panaskan lauk hidangkan makan malam kemudian kemas (detail betul dia tulis)
8. Solat berjemaah bersama anak-anak dan mengajar anak mengaji dan beri tazkirah pada anak-anak.
9. Semak buku sekolah anak dan ajar kerja sekolah
10. Baju sekolah dan baju abang basuh ngan tangan yang lain-lain masuk mesin basuh (nasib baik tak tulis seluar kecikkkkk)
10. Abang balik, buka pintu dan salam abang dan anak-anak semua bersalam dengan abang
11. Bukakan stokin abang dan simpan kasut di rak dan bawa briefcase abang naik atas
12. Sediakan air suam untuk abang. Abang makan roti tak makan nasi (apalahhh........ laki aku makan pun dia tulis....)
13. Sidai baju, lipat kain dan gosok baju
14. Semua dah tidur, kemas rumah baru masuk tidur.



Tergelak besar saya..... macam buat nota sekolah lak.... biar betul dia nie....... malu bebenor saya. Cite kat suami... suami pun ikut gelak. Keesokkan harinya dia memohon untuk pulang kepangkuan suami dan anak- anaknya. Alhamdulillah....

Tina : Kak Su....... terima kasih kerana tumpangkan Tina dan banyak pengalaman yang Tina dapat daripada Kak Su sekeluarga.
Saya : Apa yang dah Kak Su buat hinggakan Tina cakapa cam tu....? (sekadar nak menduga)
Tina : (sambil menangis) Tina rasa apa yang terjadi semua ni salah Tina........ Tina bukan isteri yang solehah kak.......(kami berpelukkan).
Saya : Tidak......... Tina isteri y ang baik sebenarnya cuma belum cukup mendalami untuk menjadi muslimah.... insyaAllah Tina sedang ke arah itu sebenarnya...

Semasa melepaskan Tina untuk pulang saya berdoa dalam hati semuga Mizi menerima dia kembali kerana daripada perbualan saya dengan Mizi melalui talipon (Mizi selalu talipon handphone saya menceritakan keburukan Tina) ada ura-ura dia ingin berkahwin satu lagi cuma tunggu masa yang sesuai jer.....

Selepas peristiwa tersebut saya tidak mendengar apa-apa berita lagi dari mereka berdua sehingga bulan September lepas, Mizi talipon saya di rumah

Mizi : Assalammualaikum Kak Su........ Kak Su sihat.... abang sihat..... anak-anak macamana sihat ke?????? (semacam jer.... bunyi suara mamat nie...... happy semacam.......... dah kawin baru ke??????? (masih lagi buruk sangka..... astagfirullah Solehah.... bertaubatlah).
Saya : Alhamdulillah Mizi.... Kak Su sekeluarga sihat... keluarga Mizi macamana..... sihat ke??? ?????
Mizi : Inilah Kak...... yang Mizi nak bagitau......... Kak Su....... Mizi rasa macam hidup kat dunia baru lak......
Saya : Arghhhhh...........(biar betul dia nie....... dunia baru?????????? baru lepas hisap dadah ape ker?????? buruk sangka lagi...... beristighfarlah solehah!!!!)
Mizi : Kak Su... Tina banyak berubah sejak balik dari rumah Kak Su..............(belum dia habis cakap saya dah potong)
Saya : Mizi...... Kak Su dan abang tak pernah hasut Tina yang bukan- bukan, nasihatkan pun tidak.... kami cuma dengar jer apa yang dia cerita.... kalau Mizi rasa Kak Su dan abang bersalah...... Kak Su minta maaf banyak-banyak...... mintak maaf Mizi...

Mizi : Kak Su.... Mizi lum abis citer lagi.......... sebenarnya apa yang tak pernah dia buat selama nie.... dia buat contohnya..... bila Mizi pulang dia sambut Mizi tolong bukak kan pintu pagar dan salam....... anak-anak dia dah amik awal kalau dulu walaupun dia balik awal dia tak akan amik anak-anak tunggu sampai
Mizi pulang..... dia bukakkan stokin.......... dia sediakan air suam untuk minum....... kemudian dia naik atas sedikan tuala untuk Mizi mandi....... sediakan baju...... kalau Mizi belum solat dia akan bentangkan sejadah..... dia sediakan makan malam walaupun telur goreng ngan sayur jer.... dia mesti masak... dia tak bagi Mizi beli katanya makanan kat luar tak berapa bersih dan sihat untuk keluarga dia.... (saya tersenyum sendirian).

Saya : Baguslah macam tu Mizi ada perubahan........

Mizi : Ada lagi Kak Su........(excitednya mamat nie......) pagi-pagi dia bangun kul 5 am selalunya kul 6.30am baru bangun itupun liat..... sembahyang subuh selalu terlepas... Mizilah yang sediakan bakul anak-anak untuk dibawa ke rumah baby sitter. Tapi sekarang bila Mizi bangun semua dah sedia sarapan pun dah siap terhidang atas meja walaupun cuma roti ngan air teh jer..... kami dah tak beli kanan kat luar lagi..... .. layanan dia pada saya tiptop........... boleh bagi beratus-ratus bintang..... bukan lima bintang Kak Su...........

Saya : Hai...... puji melangit nampak.........

Mizi : Kak Su....(dengan suara sedih......... tadi bukan main ceria lagik.......) Mizi bimbang apa yang dia buat sekarang hanya sementara saja...... Mizi takut dia akan jadi seperti dulu......... Mizi rasa seolah-olah kami pasangan yang baru kawin walaupun dah 6 tahun........

Saya : Mizi...... tugas suami bukan hanya memberi nafkah batin saja.............(geram ler.... tu.....) tugas suami membentuk keperibadian isteri....... memberi perlindungan dan juga menjadi pemimpin kepada isteri...... Jalankanlah tugas kamu sebagai suami yang soleh..... andainya kamu tak mampu mengajar anak-anak dan isteri kamu mengenai islam carilah guru dan jika tak mampu juga bawalah mereka kekuliah, ceramah dan juga majlis-majlis ilmu.... jangan biarkan mereka hanyut dengan duniawi....< BR

Mizi : Betul Kak Su..... ini semua silap Mizi.......... Mizi tak mengajar isteri dan anak-anak Mizi tentang islam........ Mizi biarkan mereka... bila mereka buat silap Mizi marah....... berdosanya Mizi........ Kak Su...........(dengan suara sayu).

Saya : Jika Tina dah berubah baguslah bimbinglah dia...........

Mizi : Satu perkara yang Mizi pelik..... nape setiap kali balik dari keje Tina sediakan air suam jer...... tak air lain....... ada rahsia ker????

Saya : (Saya tergelak) sebenarnya Mizi...... apa yang Tina lakukan adalah dia meniru cara Kak Su...... air suam tue...... kegemaran abang sebab abang tak suka
air manis.... sepatutnya Tina kena sediakan air kegemaran Mizi bukan tiru Kak Su...(tergelak lagi.... Mizi pun ikut tergelak berdekah-dekah.....)

Mizi : Kak Su..... boleh Mizi tanya skit.......... Kak Su tak rasa dihambakan ker..... bila buat semua tu untuk abang.......

Saya : Sebagai seorang isteri ...... a palagi yang Kak Su harapkan cuma kasih sayang dari suami dan RAHMAT DARI ALLAH yang Kak Su cari....... entah esok lusa Su mengadapNya........ terpulanglah pada abang untuk menjadi seorang suami yang soleh atau sebaliknya....

Sebenarnya posting ini saya draft bersama Tina dan Mizi yang mana sensitif saya delete. Pengajaran yang saya dapat, kita masih ada peluang untuk membaikki
diri kita dan ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG.

Wassalam

***Menurut kata Tina pada mulanya dia malu nak buat semua yang dia senaraikan tapi dia paksakan diri akhirnya dia berjaya lakukan. Alhamdullillah.