Wednesday, March 13, 2013

Mengandung kembar??

Jumpa gynea kat ampang putri tadi, haiilah berdebar xdelah..sebab dah masuk yang ketiga kan..so eksaited tu tak macam anak sulung dulu.

Bila kena panggil masuk, bagi salam jap kat doctor zalina, sembang jap, cek darah tinggi jap, terus di arahkan baring untuk buat ultrasound scan baby.. Dua minggu lepas dah buat dah, tapi sbb heartbeat masih tak nampak, so datang lagi nak tengok heartbeat baby. Doctor tarik tarik benda alah tu atas perut tengok dalam rahim camana. Oh ada heartbeat..syukur alhamdulillah. Tetiba doktor tunjuk ada dua tali pusat...haaahhhhhhh

Tanjat mak.. Tapi baby ada satu je.. Ohhh aku tak nak meletakkan harapan yang tinggi. Takut nanti aku kecewa. Tapi takkan doktor tu salah tengok kot. Doktor aku ni pakar dalam perbidanan ni.. Doktor kata kat aku nanti kita tengok next check up. Sebab kengkadang baby kembar ni satu tak nampak atau satu hilang sendiri...uhuhu.. Hilang sendiri tu aku tak mo dengar sebenarnya.. Kalau tak nampak tu ok la juga.

Lepas cek je terus call suami bagitau dia apa doktor cakap tadi. Dia tak ikut check up kali ini sebab dua orang lagi teddy bear aku demam panas tinggi. So dia offer jaga diorang time aku jumpa gynea. Tapi macam tak best..hahaha

Uish eksaited pulak mcm mengandung anak pertama kalau betul aku ada baby kembar. Hehehe

Balik terus google pelbagai word tentang twin, kembar dan seangkatan dengannya. Ada yang berpendapat gerak hati ibu yang kuat selalunya betul... Aku??? Hehehe takut syok sendiri pula pasal gerak hati ni..tapi memang kuat..

Sebelum aku di sahkan mengandung, aku suka tengok youtube pasal kembar kembar ni. Ntah kenapa aku cakap aku pun tengah mengandung kembar.. Hoh

Newayyy tunggu next check up la... Kalau baby single pun takpe...heeee

Yeke takpe..

Jgn mengharap sgt kang kueciwa


- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

  1. kak, bila next checkup..camne result??
    kembar ke..excited plak ain..
    nanti ada geng kembar..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time laseh sudi dtg blog sy dan tinggalkan komen psl twin hr tu kan.. Lepas cek up hari tu, doc scan ttp nampak satu baby je..hehe mcm ain nmpak twin lps nam bulan kan.. Tp x pegi cek up lg utk 6 bln.. Esok hr isnin 24/6 baru nak cek 6 bulan..ms cekup 4 bulan nmpk satu baby je..tp klu single pun ok..takut x larat nak kejo..hehehe

      Delete