Sunday, March 24, 2013

Keracunan makanan semasa hamil

Hi ya..

Nak cerita semalam aku muntah teruk sampai rasa badan letih tak boleh angkat. Badan tengah mengandung memang malas kau.. Satu apa tak bernafsu nak buat.. Even benda tu adalah favourite aktiviti macam surf internet, makan dan lain lain.. Makan pun malas tau..

Tapi aku nak cerita aku mengalami food poisoning atau dalam bahasa kita keracunan makanan lah.. Aku kena keracunan makanan ni mungkin sebab makan nasi goreng yang suami beli kat luar, sebab pepagi memang itulah makanan untuk aku alas perut. Belinya semalam..haha tapi masih elok lagi.. Nah kau betapa malasnya aku nak mengadap dapur ketika kehamilan trimester pertama ni..

Lepas makan landing layan mata yang berat ni, belum ada simptom kena keracunan makanan.. Lepas 3 jam terasa perut semacam.. Ada puing2 angin nak keluar.. Iskkk aku kenapa?

Then aku pun pegi sinki dapur dan keluarkan segala macam yang ada dalam perut.. Fuh lega.. Sakit dada tak boleh cakaplaaa.. Lepas muntah dengan banyak.. Aku ingat aku dah ok.. Mual2 mengandung tu memang ada la... Then aku melantak buah tembikai.. Sedapnya masyaallah... Hahaha.. Bajet tak jumpa tembikai dah lama.. Ada lah suku buah tembikai tu aku telan.. Tsk tsk memang haloba la..

Lagi tiga keping tembikai aku nak habiskan, perut dah lain macam balik... Waaaa aku kenapa..? Rasa air liur pun dah pusing2 dalam mulut, signal nak bgtau yang aku nak muntah lagi, cepat je ke sinki dan muntah lagi.. Muntah lagi.. Muntah lagi...

Lepas tu masuk bilik amik rehat.. Aku minum air putih banyak2 untuk cover balik apa yang keluar, alahai belum sampai 5 minit aku muntahkan balik semua air tu.. Sakit dada toksah cerita la.. Even yang keluar hanya air putih.. Lepas tu ingat dah ok.. Au minum ubat mengandung aku, obimin pluz tu.. Konon risau anak dalam perut aku terganggu, so aku amikla.. Aiyak.. Ini pun keluar balik.. Hwah hwa.. Busuk pulak tu.. Macam bau telur itik..telur asin tu..tsk tsk..

Perut aku ni jenis kebal.. Kalau aku tak mengandung termakan benda yang tak elok perut aku steady je.. Kebal kekdahnye.. Tapi mungkin sebab aku mengandung, jadi hormon mengandung aku tu jadi protection kat baby dalam perut supaya baby tidak diapa-apakan, so bila makan benda dah kureng, hormon tadi bertindak membantu menolak semua benda yang merbahaya pada baby.. Ini yang aku baca la..

Then aku rest la... Tak nak minum air lagi.. Tak larat nak muntah.. Mak.. Aku lapar pulak.. Perut memulas2.. Huhu nak makan apa? Kalau makan mesti keluar balik.. Dan aku tak tahu kenapa maybe Allah ilhamkan aku makan kismis anak2 aku, kismis WAFI, so makanlah.. Aku ni bukan jenis suka kismis.. Tapi tetiba macam ketagih kismis pulak.. Dan

Miraclenya

Muntah2 aku elok..

Alhamdulillah




- Posted using BlogPress from my iPad

1 comment:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete