Wednesday, April 10, 2013

PTD oh PTD.. Peperiksaan PTD aku lagi tak lama

Auu auu auu..

Hello guys

Aku.. Harini nak merepotkan aku dipanggil untuk menduduki peperiksaan PTD pada 13 april 2013 hari sabtu bertempat kat sek men perempuan bandaraya kuala lumpur.

Sapa satu geng dengan aku sila lapor diri.. Tentu ramai yang tengah dok pulun belajar apa yang patut kan sekarang ni.. Yeah teruskan usaha.. Aku juga yang malas.. Aku tau buka fesbuk je.. Aku usha sehari je pasal PTD kat mana2 forum, blog.. Oh aku sangat berminat untuk menjawat jawatan PTD ni. Sebelum ni main belasah je isi borang SPA.. Apa jawatan yang aku layak aku letak.. Kan ada 15 pilihan.. Mau tak banyak kena pilih.. Dulu empat atau enam je kalau tak silap jawatan yang di beri. Bila banyak sangat aku pun goreng laa.. Heheh

Tak sangka pulak aku di panggil menduduki exam PTD tahun ni.. Haiiilahhhh

Time aku nak kerja, satu tawaran kerja takde.. Time aku tak nak kerja pulak, berlambak kerja dapat. Perasan pulak aku kan tawaran kerja berlambak..

Tahun ni aku dapat jadi cikgu JQAF.. Mtest kali pertama aku lulus, temuduga kali pertama pun aku lulus dengan cemerlang. (Pasan...:(...) tapi last minit aku tolak juga walaupun dokumen untuk lapor diri ke maktab sudah siap sepenuhnya. Ingat senang nak siapkan dokumen nak jadi cikgu jqaf ni.. Nak minta cop sana, cop sini..pengesahan sana pengesahan sini.. Fotostet sana fotostet sana juga.. Leceh.. Tapi ada kuasa veto kata JANGAN.. Maka hasrat murni aku untuk mendidik anak bangsa tinggal harapan.

Padahal alasan sebenar dia takut aku di hantar jauh ke pedalaman. Padahal tempat aku posting kat selangor, dia takut aku kena hantar ke sabak bernam..hahah itu belum kena hantar ke sabah sarawak.. Mau haru

Yang ni pulak PTD ni.. Jawatan PTD sapa yang tak nak.. Boleh melancong ke korea dengan percuma lagi.. Hati berbunga kembali bila dapat surat dari SPA selepas kecewa dengan jQaf hari tu. nampaknya luka lama berdarah kembali.. Haha ayat tak boleh blah.. Kuasa veto tak bagi lagi.. Katanya kesian kat anak2 kami yang kenit kenit tu. ditambah lagi aku sedang mengandung anak ketiga kami nanti sapa nak jaga.. Kononnya tak yakin pada pengasuh..macam mana nak pergi temuduga kalau tengah sarat mengandung. Oh sungguh aku terhiris lagi..hehehe

By the way.. Aku tak study apa pun untuk exam PTD pada hari sabtu ni.. Pada sesiapa yang pergi ku doakan korang berjaya. Good luck.. Gambate ne..itqan bla bla bla..

Next time aku apply lagi..hrp berjodohan dengan PTD..

Ohhh...


- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

  1. Banyakkan bc isu semasa

    ReplyDelete

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete