Monday, January 28, 2013

Cctv dah pasang.. Cerita disebalik nak pasang cctv

Ngeh..

Korang tau tak rakyat malaysia masih kurang kesedaran untuk memasang cctv..heheh

Ya sebab mbe kos yang besar, bajet ciput atau br1m tak banyak..

Hehehe..

Salah sorang rakyat malaysia itu adalah aku dan suami aku dan keluarga aku.. Hahah.. Dah kena baru terkial2 mencari syarikat cctv.. Dah terhantuk baru cari bas.. Ok aku nak gtau di sini bahawa cctv dah pun diinstall kat rumah dengan propernya..sebelum tu lahaiiii penat bersengkang mata masuk google cari maklumat pasal cctv.. Brand apa yang bagus, berapa kos, berapa biji nak install, berapa tvl, berapa resolution terbaekkkk.. Made in china or branded or korea made.. Hamekk memang penat laa.. Aku la penat.. Suami pun penat.. Tapi kalau aku tak cari sapa lg nak cari.. Tak sanggup la kena tipu oleh tukang2 pasang cctv ni..

Dalam pada nak pasang cctv ni, banyak peristiwa berlaku, antaranya..

Jiran aku yang ada cctv tu rekemenkan budak cina yang pasang cctv kat rumah dia, ok takpe, i told abng kita tgk dulu.. So aku la yang menyibuk kalau budak tu kol, kalau abng angkat fon aku bunyi kat belakang.." Berapa tvl, apa brand, u tadak brand sony ka? Samsung ok tak, upah pasang berapa..." Bla bla bla

Ok u datang sini rumah ma.. Tunjuk kitorang demo u punya jenis camera

Ok ok..saya datang pukul 5 petang.. Bagi u punya alamat rumah

Budak ni pun datang.. Lahai kenapa aku pelik pulak budak ni..

Ok lah dia pasang kat tv rumah kat hall tu camera yang dia bawa.. China made katanya.. Aku kata mana sony yang u kata.. Yang ini lah.. China made tapi sony chips..

Huh

'Ok la gambar dia..clear'

Ye memang clear, tapi jgn deal dulu.. Kita cari lagi

Cerewet aku kan

Yang kelakarnya budak cina ni buat aku tak menahan gelak. Ape ke hal la budak ni tersipu sipu, termalu malu, korang pernah nampak tak pompuan anak dara yang nak kena pinang, tersipu2 malu gitu.. Hah macam tu lah budak cina yang nak install cctv rumah kami ni.

Kelakar la budak tu, macam pompuan..

Hahaha..dua2 gelak..

Pastu yang tak boleh blah budak tu penat kami suh duduk kat sofa supaya senang nk discuss ngan dia, yelah takdelah nak mendongak kepala tengok dia.. Malu malu.. Tersipu sipu.. Lahaiii

Apa yang dia tersipu tu aku pun malas nak fikir..

Bila dia balik, budak tu sempat suh kitorang survey cctv kat wangsa walk..

'Taknak lah deal dengan budak tu..semacam je tengok..' lol

Hari tu juga kitorang gerak ke wangsa walk.. Dah nak maghrib, masa ni perasaan jiwa raga memang risau je tinggalkan rumah, risau rumah kena pecah lagi, risau kereta estima kena curi.. Kunci rumah dan kereta kan kena sapu si penyamun sekali...

Sekali lagi kena uji.. Bammmmmmm..

Abang langgar kereta orang.. Habis honda city aku..huahuahua

Ya allah macam2 ujian.. Huhu aku dah start membebel kat abng jangan lagi balas sms tengah memandu.. Payah tau kalau kerja kat celcom macam ni lah.. 24 jam kena balas sms docket.. Sms vandalisme, sms site down memana.. Nak nak yang sms tu boss dia pulak.. Memang penat laa.. Sian

Ohh my honda.. Its ok tak teruk sangat.. Ayat penyedap padahal hati aku dah berderau

Terus menapak masuk wangsa walk cari cctv. Pusing2 pun semua cctv made in china.. Bila tanya u tadak sony brand, diorang cakap tadak semua sony chips je..

Rasa tak berbaloi pula hari tu.. Dah la baru kena rompak, kereta pulak eksiden..

Balik rumah googling lagi sampai terguling-guling...zzzzzz

Dah few days sejak hari malang tu, aku tak givap terus-terusan googling kat tenet syarikat cctv yang boleh dipercayai, ada yang menipu tu adatla.. Cctv made in china dorang pi letak made in japan.. So langkah berhati2 kena ambil.. Macam cari menantu pulak rasanya.. Heheh apa aku melalut ni

Dan finally aku dan abng pegi cheras kat bandar tasik permaisuri pi tengok cctv kat syarikat cctv yang aku jumpa kat internet. Syarikat genX technology. Pung pang pung pang.. Akhirnya kami setuju dengan service depa.. Puas hati

Walaupun penat tapi redah juga.. Belum cerita anak2 yang macam2 perangai, panjat tangga turun tangga sambil dukung anak yang berat macam anak gajah..heheh

Tapi brand idaman aku iaitu sony dan samsung aku tak dapat.. Brand impaq premium pun dah ok.. Korea made.. Kata kontraktor tu, impaq premium pun lebih kurang samsung juga. Cuma samsung mahal sebab branded. Negara korea sama sama.. haha ayat aku tak pass bm spm camni lerr..

Brand samsung mahal woiiii.. Depa tak rekemen kalau just untuk rumah.. Kalau ofis atau highway should be YES for samsung..

Tepuk poket ma...

Inilah contoh gambar dari cctv impaq premium yang dah install kat rumah aku..

Semua gambar diatas nampak clear kan.. Mestilah kalau aku yang set up mesti cantik punya.. Gambar budak yang install tu agaknye tak reti set up jadi over expose segala.. Jadi lah macam gambar di bawah ni.. Kalau orang lalu pun nampak kelabu je muka nanti sebab setting tak proper.. Nanti la aku print scrn lagi gambar yang boleh dijadikan contoh.. kalau rajin hihihi

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, January 19, 2013

Sambungan pendek cerita kena rompak

Nak kata alhamdulillah je..

Pasal...

Polis dah berjaya memberkas 3 daripada 7 org perompak yang menyamun rumah aku tu hari.. Cuma barang2 kami belum dapat.. Hmmm masih berharap.. Sedih

Perompak itu komfem warga myanmar.. Ko datang malaysia buat taik, baik ko mati kena gilis trailer.. Atau kena gigit anjing masa bayi.. Menyusahkan..

Rentetan dari itu.. Cctv dah clearly done pasang kat rumah.. Dan pagi tadi terakam dua orang yang mencurigakan berdekatan pagar corner rumah pukul 4.13 pagi..

Apa diorang buat aku tatau.. Lagak macam nak pecah rumah..

Sapa baru pindah rumah, sila masukkan pasang cctv dalam list korang.. Dengar cakap aku dan jangan membantah..heheh

Aku tak kaya, tapi aku tetap kena rompak..

Takde sesi berkenalan antara anda dan perompak, dia tengok rumah takde orang, tak kira rumah tu cantik tak cantik, dia tahu rumah tu ada sesuatu yang berharga

Eh...

Lisa surihani hilang rm50 ribu dalam bank..

Simpan kat rumah tak selamat, simpan kat bank pun tak selamat..

Kesimpulannya...

Beli tanah tepi sungai duk kampung tanam padi lagi elok...ngeh..

Mood jadi bad kalau tgk facebook ada dealer dealer emas tak habes2 promosi emas mereka.. Hei nok.. Ko tahu aku dah kena.. Serik beli emas..

Kbye

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, January 4, 2013

Rumah aku kena rompak

Lama aku tk update pasal bandung.. Rumah aku kena rompak oleh perompak2 yang betul kalau depan aku, aku bom dengan tong gas rumah aku.. Ko nak merompak pun ko tak payah la rompak semua. Ko tak tau betapa susahnya kami mengumpul harta, senang ko je nak ambil semua.

Kejadian berlaku masa kitorang bercuti kat bandung. Tetiba daniel call bagitahu rumah kena pecah, tingkap rumah kena umpil. Berderau darah aku. Rasa nak jatuh. Menangis. Masa tu dalam Rumah Mode. Nak shopping baju baby sebab baju dia semua dah kecik. Tak sempat beli pape, kitorang bergegas balik malaysia hari tu jugak. Aku call boy adik aku sorang kat UM suh jaga rumah, takut ada orang lain masuk pulak. Polis tak suruh usik apa2 barang. Takut kesan cap jari rosak.

Sampai rumah dah pukul lapan malam. Abng terus buat report polis. Aku dan yang lain tunggu polis sampai kat rumah. Rumah memang habis perompak laknatullah tu selongkar. Peti besi yang letak dalam master bedroom yang berat 400 kilogram tu perompak laknatullah tu bawa turun bawah. Habis di pecahkan. Gila betul. Pintu bilik habis kena umpil. Dokumen2 penting berterabur sana sini. Hilang gold bar 100g 7 keping, cash 25k, kunci kereta estima, laptop 4 biji, parang berukir dari sabah dua biji, beg luggage pun kebas juga.. barang kemas anak dan gelang2 hantaran aku habis di sapu perompak. Jam tangan abng yang dulu2 pun perompak ambil. Kompas pun nak ambil. Haiiiiiii la

Ujian Allah kita kena terima dengan redha. Aku dan suami tenang saje. Tak pe perompak, ko nak ambil ambil la semua. Now aku nak pastikan ko kena tangkap je. Sebab kalau hari ini rumah aku, mungkin besok rumah orang lain pulak. Ko terlepas kat sini takpe.. Tunggu kami kat padang mahsyar. Apa susah.. Ko kafirun ke, ko islam ke, hak kami tetap akan kami tuntut. Aku takkan halalkan semua barang yang ko ambil. Tak akan.. Itu harta kami, hak kami, Allah beri harta tu kat kami dengan jalan yang halal, now ko senang je ambil hak kami dengan jalan yang salah, ko terima akibatnya nanti. Tak kena kat dunia, kena kat akhirat.

Semalam aku post kat fb betapa penatnya badan selepas kena rompak ni. Nak kemas balik semua barang2 yang berterabur, nak kena tukar semua kunci, nak kena pasang alarm, nak kena pasang cctv.. Mau tak rasa macam baru pindah rumah. Allahu robbi..

Aku sangat kesian tengok suami.. Penat tak terkata. Kesian nengok. Dah la kena rompak, duit kena keluar lagi untuk pasang alarm, pasang cctv, tukar semua kunci rumah, heh kunci rumah dalam peti besi pun kena amik. Now risau kereta estima je, sebab kunci pendua perompak dah ambil. Anggaran kerugian rm200000. Redha..

Forensik pun dah ambil semua cap jari, yang pelik perompak tu tinggalkan semua peralatan pecah rumah. Kuku kambing tiga batang, pemutar skru tiga batang dia tinggalkan. Huh.. Tak boleh nak tepek gambar sebab polis tak bagi nanti mngganggu siasatan. Polis syak orang cina mulanya, sebab kuku kambing ni org cina cina je yg buat. Tapi last update ngan inspector tu saspek org myanmar. Wallahu alam. Aku rasa macam india sebab dia cilok parang berukir aku..heheh

Peringatan aku untuk semua, kalau korang rasa rumah korang dah selamat, sebenarnya belum mencukupi. Perompak ni ada je skill dorang nak pecahkan rumah kita, selagi target tak dapat, dorang akan usaha juga untuk dapatkan walau rumah kita dah kunci dengan solex gajah sekalipun. Kalau mampu pasang alarm, pasang alarm. Kalau baru pindah rumah, pasang siap2 alarm, cctv. Bukan apa, persediaan. Mungkin hari ini kita dengar jiran kita kena rompak, mungkin esok rumah kita pula jadi sasaran perompak.

Tips aku, barang kemas sentiasa bawa kemana2. Sediakan barang kemas zhulian kat rumah, at least perompak tak marah dia tak dapat apa2. Kalau dia tak dapat barang, mungkin rumah kita dia bakar. Jahat betul makhluk ni. Geramm je

Pasang alarm, cctv juga. Sebab imej perompak kita boleh tengok dari cctv. Nasib ada cctv jiran, so kantoi juga perompak tu, saspek lori sampah and the gang. Pasal imej tu ada lori sampah lalu pukul 3.45 pagi. Ade ke lori pungut sampah pagi buto.. pastu sorang lelaki kurus angkat beg macam berat je atas kepala bagi isyarat kat lori sampah. Nampak tak peranan cctv. Korang yang ada pengalaman boleh share brand cctv yang bagus. Kitorang tgh survei cctv skrg ni.. Tapi tak tau brand apa.

Kalau bercuti bagitahu jiran, jangan berat mulut nak bagitahu. Bagitahu polis sekali. Atleast jiran boleh tengok rumah kita mana tau ada keadaan yang mencurigakan.

Pastu tak payah beli gold bar..heheh.. Baik beli rumah dan tanah. Perompak nak curi curi la..bawa balik tanah ke rumah..heheh kalau syaitan pun masuk line, dia la yang bisikkan rumah ni ada harta, rumah tu banyak harta. Aku cakap ko, peti besi yang berat 400kilogram tu camana depa alihkan kalau syaitan tak membantu sekali. Hah pegi masuk api sama2.. Geram je kan

Dan tips terakhir, baca doa pendinding sebelum keluar rumah.

Klu korang kena rompak, jgn lupa bagitahu jiran juga yang korang kena rompak. Sebagai alarm untuk jiran juga. Jiran belakang rumah aku, jiran yang kalau buka pintu belakang nampak aunty tu basuh pinggan, kena rompak tak heboh2 kat jiran. Parang kat leher lagi. Bila jiran sendiri tak bagitahu diorang kena rompak, ko akan berhati2 tak.. Berhati2.. Tapi tak terlalu berhati2 berbanding jika tahu jiran sendiri kena rompak.. Apa salah buka mulut bagitahu korang kena rompak.. Alarm peringatan untuk jiran kita juga, kan? Tengok..kan dah kena.. Sedih

Entry bandung next..kalau rajin..

Tarikh di rompak: 28 december 2012 pukul 3.45 pagi perompak dah keluar rumah.