Monday, March 12, 2012

koleksi manik manik jepun yang aku ada

entri bosan saja nk tunjuk koleksi manik yang ada, hehe belum start lg projek nak pasang manik crumble mumble kat baju sndiri..

jumlah jenis manik ni ada dlm 60 jenis dari kualiti manik jepun dan yang seronoknya dekat ampang point dah buka kedai barangan kraf, nama kedai klim craft.. rambang mata tengok blink blink manik jepun tersusun dalam kedai tu.. yah haruslah aku beli sikit-sikit nak menambah koleksi.. hek hek hek

tray manik kat bawah ni pong aku beli kat kedai klim craft tu.. harga dalam rm15.90.. tempat simpan manik ni pulak aku beli kat kedai Home Fix kat ampang point juga.. sebenarnya tempat untuk simpan ubat, tapi aku modify jadi tempat simpan manik.. apa yang istimewanya sebab boleh buka satu satu part, jadi takdelah nak ambil manik kena buka semua part.. so manik pun tersimpan rapi dari tertumpah.. ni pun ingat nak pegi beli banyak2 lagi kat Home Fix, sebab nak simpan manik banyak2.. klu lapar nanti boleh rebus manik-manik tu.. hehe harga bekas simpan manik ni dalam rm5.90.





design crumble yang aku berminat nak buat boleh tengok kat bawah.. cantik sungguh design ni.. macam manik berterabur tapi tersusun cantik.. kredit gambar butterflybeads








1 comment:

  1. akak, sy pn br blaja jahit manik..huhu jauh lg kot nk smp ke manik2 yg akak post kn ni...hehehehehe nk jahit manik jd daun pn sy blm khatam lg....hehehehe

    ReplyDelete