Sunday, July 29, 2012

KASUT SKETCHERS YANG CUN..


assalamualaikum wbt

alhamdulillah..semalam masa pusing Isetan kat KLCC, eh lom masuk Isetan lagi, masa kitorang keluar dari Isetan sebab nak ngejas budak kecik muhammad ni masuk sling pouch tu, papa masuk kedai Timberland.. dia nak cari baju raya katanya.. sementara menunggu papa nengok bajuz yg dia nak grab, aku terpandang kedai kat depan yang baru je aku nampak iklannye kat majalah Harmoni edisi HijabStar dan dalam hati wahh cantik2 la kasut mereka.. dah ada depan mata ..

papa, mama masuk kedai depan tu yek..

ok

aku harung pegang tangan si kakak Iris dan sesambil dukung Muhammad.. gigih nak masuk kedai Skechers tu.. dalam hati jahat juga kata ala ni kedai Made In China ni.. jom kakak kita nengok2 cuci mata tengok kasut budak yang funky2.. siyesly babe kasut dorang cantik babe.. tapi untuk makluman Skechers bukan MADE IN CHINA yang selalu jual kat upTown tu..

hehehhe

korang, satu satu aku belek kasut Skechers. wah tau tau cantik siyesly cantik terutama untuk gigirl. aku berkenan satu untuk si kakak ni, tapi papa lak tak berkenan. ngeeee

so papa suh aku cari kasut untuk aku pula.. rezeki walaupun aku aim nak beli kasut Clark tahun ni, kasut sama macam 2 tahun lepas..errrr ye dua tahun lepas, tahun lepas aku takde kasut raya sebab kasut raya aku dua tahun lepas masih elok, tu bagus beli kasut mahal, menang nak memakai..

tapi aku ni kalau beli kasut aku tak suka yang bertumit berinci inci tu, yang meriah bagai tu.. nak yang simple dan kaki aku tak sakit kalau dukung anak apatah lagi nak travel jauh2..

so ini lah hasilnya..

dah terbayang betapa selesanya kaki aku kalau pergi travel jauh2 nanti..

Skechers.. kau hamat cun.. ehhh tak.. kau hamat selesa tau2.. tak cun pun.. simple jek..by the way aku memang suka design macam ni sebab nampak kaki aku a bit comel..wakakak perasan betul




Shape Up, Healthy Living.. 
tapak kasut yang boleh bounce bounce toing toing...

kakak Iris cakap..
 "mama.. Aisy nak eluk kasut" (Iris nak peluk kasut..)
ngeeee ape ape je lah



haruslah aku berjimat pakai bnda alah ni, 
pasal... harga dia boleh bayar seorang bibik indonesia untuk sebulan..ikut sistem dululah..

to papa.. terima kasih byk2..
 takpe kasut ni akan jadi kasut raya mama untuk 5 kali raya..
ngeeeee

korang..

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA..

Thursday, July 12, 2012

wanita dan lelaki mengamuk dekat JPM

uihhh lambatnye kau hapdet..orang lai dah tukar tajuk lain dah.. aku lambat update sebab aku pun tengah busy..hehehe

isk kesian betul watak2 dalam serangan kat JPM tu.. wanita bernama Muhdalina Ahmad dan Khalil Afandi.. aku buka kesian apa..aku kesian kat anak yang diorang tinggallkan. sebagai seorang isteri tak perlulah bertindak sedemikian. pada aku sangat tak patut.. berjuang untuk apa kalau rumah tangga pun tak terurus. kenapala terlalu taksub dengan teori konspirasi tuh semua. Teori konspirasi tu aku ada juga selak dua tiga web, sifat ingin tahu dan berangan tu memang ada.. tapi takdela sampai taksub macam tu sampai nak mengaku Imam Mahdi dan bla bla bla..adoiiii dulu ya..siang malam terfikr teori konspirasi yang tah betul tah tidak.. tapi lama lama tu baru aku perasan ini semua mainan orang tertentu.. huhuh.. aku tak crita lg mcm mn aku attack pages dinar emas kt facebook sampakan akaun aku diorang reject. mcm2 ramalan megat panji alam tu cakap.. nonsense okayyy.. uikkssss mempercayai tukang tilik itu syirik tau.. bila aku tulis korang ni just nak untung kan bisnes emas korang dengan memperdagangkan crita tahyul dan reka2 semata, kena delete komen aku tu.. huhuh..aiyya byk btl taksub tnpa ilmu yg tepat.

buat korang di luar sana tak perlu kot menonjol sangat nak tunjuk ketaksuban itu. tak perlu.. aku macam terhidu something dengan blog annur/dhada kat tanyasamaituhudhud.. aku rasa macam pernah terbaca bait2 ayat mereka. serupa dengan satu gerakan dulu yang hampir menjerat aku untuk ikut.. abaikan..just my 2 cent.. kang jadik fitnah pulak.

malas malas pun panjang juga update yerr

thanks for stopping by! MamaQist

malas

hihihi

saya teramat malas mengupdate blog..jika saya malas, ada benda lain saya tengah rajin buat, jika saya rajin update blog, ada benda lain saya tengah malas nak buat atau settelkan..contohnya kain bajus...heheh

thanks for stopping by! MamaQist

Tuesday, June 26, 2012

travel log: SINGAPORE part 1. Sentosa Resort & Spa

salam all..

kalau dah start nak menulis habis semua kain baju tak ingat dah habis kemas belum.. bawang bawang dah siang siap2 belum..tapi kali ni macam tak berapa rajin nak menulis.. oh ada term wordless wednesday kan..ai tepekkan gambar jela..biar gambar bercerita..sesekali aku mencelah nanti.. (kalau rajin!)




















thanks for stopping by! MamaQist

Wednesday, June 20, 2012

Hamis jalikha ckp pasal ptptn

What the typo hamis jalikha seh.. Errr dia yg tulis nama tu kt sidebar okeh.. Haha hamis pun hamis la..

Ok smlam when hanis zalikha ping her post talk about PTPTN dekat facebook..eh dia tak ping kan pun, kawan facebook aku yang ping kan..butang share gitew.. So aku dengan watak the hobbit si Frodo mengbaca sengtiap dakwat yang di tulis oleh hanis zalikha itew.. Apa kaitan Frodo? Takdek kaitan

Hmmm hanis la hanis..mung cakap tu betul dah.. Bayar hutang lepas pinjam, pandai pinjam pandai bayar.. Kan kan.. Eh pe lagi ye hanis cakap.. Oh klu tak mauuu bayar kena belajar sungguh sungguh supaya PTPTN bg free kat anda semua.. Dan lagik takyah bising2 buat demo bagai yek.. Dasar pandang ke Norway pun ade.. Eh ade ke dia ckp camtu.. Dia ckp malaysia dgn Norway tak sama kadar tax dia.. Tax norway tinggi bla bla bla.. Korang baca kan kan kan?

Aku kan asyik mengintai je blog si hamis jalikha tu dari semalam.. Aku nak tunggu dia approve semua komen komen readers kesayangan dia semua.. Termasuk akula readers senyap dia.. Heh sayang ke kau kat aku hanis zalikha?? aku ada komen jg.. Tp komen baik seh.. Komen dia.."aikk dah tukar niche ke".. Bahahahah tapi sayang satu komen pun tak muncul di kaca tv.

Komen aku ye utk post tu.. Cewah..dlm point je la

1. Klu tak nak berhutang, jangan pinjam.

2. Kalau nak berhutang, silahkan pinjam dan silahkan bayar semula.

3. Nak compare malaysia dgn Norway bagai tu tak sepatutnya. Kenapa tak compare dengan arab saudi semua.. Hah free kau belajar kat sana. Tax pun rendah ok.. Satu lagi negara yang free pendidikan iaitu libya..

3. Well said, pendidikan Malaysia sebenarnya telah di bisneskan.. Bukan masalah orng dulu dulu mampu tak mampu nak masuk universiti, orang sekarang dah mampu dengan adanya PTPTN.. Semuanya telah menjadi lubuk duit oleh orang berminda bisnes dalam sistem pendidikan malaysia. Pasal tu yuran mahal nak mampuih.. Pasal tu kita terpaksa meminjam, pasal tu rmi berhutang. Sapa tak setuju sila buat kajian dulu.. Heheh

4. Bab demo tu kan.. Ramai yang keliru dan tak faham termasukla si beauty with brain. Peace!

5. ...........

Tengok masterchef jap.. Muehehe