Thursday, April 23, 2020

Maafkan Amani, Tasya....

Assalamualaikum semua ana nak  kongsikan blog ini kepada korang semua untuk selalu membuat kebaikan dah jom baca.

Assalamualaikum, mama,"ucap Amani sambil masuk ke dalam rumah.

Waalaikummussalam.Cepatnya Amani balik dari sekolah ,"jawab mama sambil tersenyum menyambut kepulangan Amani. 

Selepas bersalaman dengan mama, Amani terus menuju ke ruang tamu.Amani menekan suis televisyen.Wajah Amani serta-merta kelihatan ceria.

Mama menggeleng perlahan.Mama hanya memerhatikan Amani.

"Amani,pergilah tukar pakaian dan solat zuhur dulu.Nanti kita boleh makan tengah hari bersama,"arah mama dengan nada yang lembut.

"Okey,mama..."jawab Amani lalu terus berlalu masuk ke biliknya.

Setelah selesai,Amani bergegas menuju ke ruang tamu semula.

"Cepat,cepat...Nanti cerita tu dah habis!"kata Amani lalu dia kembali menonton televisyen.


"Amani,mari makan,"kata mama dari ruang makan.



Amani langsung tidak menjawab.Dia begitu khusyuk menonton rancangan kegemarannya di televisyen.


"Amani,marilah makan dengan mama..."panggil mama lagi.


Amani terus menuju ke meja makan.Setelah mengambil pinggan yang sudah berisi makanan,Amani membawa pinggannya menuju ke ruang tamu semula.


Eh, Amani nak ke mana?" soal mama.

"Amani nak makan diruang tamu,mama.Amani nak TV..."jawab Amani sambil melangkah menuju ke ruang tamu.


"Amani berfikir sejenak kemudian,dia terus kembali ke meja makan.Amani memilih tempat berdepan dengan mama kerana Amani mahu menonton televisyen sehingga petang.

"Assalamualaikum,Amani..."ucap Husna dan Raidah dari luar rumah .

Mama yang kebetulan berada di luar rumah,tersenyum menyambut kedatangan dua orang tetamu cilik itu.


Waalaikummussalam...Eh, Husna... Raidah... Nak ajaak Amani keluar bermain ke?"soal mama.


Husna dan Raidah mengangguk. Kemudian,mama pun terus memanggil Amani yang masih menonton televisyen.

"Amani...Husna dan Raidah ajak Amani bermain di taman,"kata mama.

Amani sekadar menggeleng.

"Amani pergilah berjumpa dengan Husna dan Raidah di luar.Mereka datang nak jumpa Amani,"ujar mama

Amani pun bangundengan langkah yang longlai dan berjalan keluar rumah.Mama pula kembali ke taman bunga mininya.Seketika kemudian,mama lihat Amani masuk kembali ke dalam rumah.Husna dan Raidahdi luar pula kelihatan terpinga-pinga sebelum mereka berdua pun terus berlalu ke taman.

Daripada situasi itu,mama sudah dapat mengagak sesuatu.Pasti Amani menolak pelawaan Husna dan Raidah untuk ke taman bersama.

Keesokannya,ketika Amani,Husna dan Raidah berjalan kaki pulang dari sekolah,Husna dan Raidah begitu rancak berbual bersama.Manakala Amani pula hanya berdiam diri dan mendengar sahaja perbualan dua orang sahabat baiknya itu.

"Husna , petang ni jangan lupa tau!Raidah datang rumah Husna pukul dua ya,"kata Raidah sambil tersenyum.


"Husna tak lupa lah,Raidah.Husna dah siapkan hadiah untuk Tasya petang ni,"jawab Husna pula.

"Hadiah untuk Tasya?Hari ini hari jadi Tasya ke?soal Amani kehairanan.

"Bukan lah,Amani.Hari ni kan,hari terakhir Tasya di sini.Tasya akan ikut mama dan papa dia berpindah ke luar negara,"jawab Raidah.

Amani kelihatan sungguh terkejut.Amani langsung tidak tahu tentang perpindahan Tasya.

"Amani nak ikut ke rumah Tasya petang ni?"soal Husna.

Amani kelihatan teragak-agak hendak memberi jawapan. Pukul tiga petang nanti,ada rancangan kegemarannya di televisyen.Jika Amani ikut Husna dan Raidah ke rumah Tasya, Amani akan terlepas rancangan tersebut.

"Tak apalah.Nanti Amani jumpa Tasya sendiri.Amani nak balik rumah dulu ya,"kata Amani sebelum berlalu pulang ke rumahnya.


"Tapi,Amani..."Raidah cuba memanggil Amani namun Amani telah jauh berlari meninggalkan mereka berdua. 

Setibanya di rumah,Amani terus membuka suis televisyen. Rancangan yang dinanti-nantikannya sudah pun bermula. Mama yang memerhatikan Amani sekadar menggeleng.

"Amani jangan lupa tukar pakaian dan solat ya.Sekejap lagi kita makan tengah hari,"kata mama.

"Baik,mama!"jawab Amani.










































































































No comments:

Post a Comment