Wednesday, September 26, 2012

Seharian basuh peti sejuk

Semalam adalah hari aku buat cuci cuci peti sejuk refrigerator fridge rumah aku ni yang selalunya kalau setiap kali buka pintunya, mata aku jadi pusing pusing spinning rolleyes (siap nampak bulan bintang)

Since raya hari tu (yeke raya) aku tak menyempat membasuh peti sejuk ni sebab anak aku la yang hencem tu tak bagi aku cuci peti sejuk tu..

Walaupun dua beradik saje..tapi mak diorang sangat sebok mengalahkan mak enon yang beranak 13..


Bangun jek dari tidur, cuci mulut dengan air liur, tak sempat jumpa pencuci muka, habih semua mak jemah ni memunggah isi perut dari fridge tu.. Uikkkk nampak sikit, tapi boleh tahan penuh satu dapur juga la.. Aku pun memulakan tonyoh sana, tonyoh sini, sental sana, lap sini..anak dara aku sorang tu, datang bantu sikit sikit.. Kgkadang syok juga ada tukang bantu ni, ceria jugak lah hidup aku walau tengah stresss nak basuh peti sejuk tu..

Stress laa..belum cerita pasal sekejap2 iklan tak berbayar dari si adik ni nak menempel kat kitala.. Nak menyonyot sekejap2 la.. Haihhh grrrrr.. Kesannya.. Kesannya cuci benda mudah tapi amik masa satu hari baru siap.. Aku start pagi pukul 7 lebih punggah barang, siap hampir ke isyak baru settel semua..






inilah hasilnya selepas memunggah semua.. peti sejuk aku nampak baru..siap ada selotape biru lagi datang dari kedai macam baru beli.. heheh punyalah malas nak buang tape tu.. boleh buat deco dalaman..



setelah semua barang di punggah keluar.. inilah hasilnya




segala macam mak nenek food dalam ni aku punggah, mana tak bernasib baik..tong sampah!









kami pakai brand ni..panasonic inverter ecoNavi.. alah semua brand pun sama.. made in china juga tu asalnya.. depa ni rebranding sajork..heheh




inilah hasilnya selepas di organize betul betul.. terlupa ambil gambar sebelum dan selepas.. gambar sebelum memang comfirm juling nengoknya.. 











- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments: