Wednesday, May 30, 2012

Bila geram

Bagai dirasuk, aku gigit gigit badan dia, gerammm betul hati ni, gigit lagiii sampai aku puas hati, tapi tak semudah itu aku puas hatii derr.. Tak cukup aku gigit badan dia, aku gigit pulak pipi dia.. Iskk gerammmm betul kat dia ni.. Gigit dan gigit lagi, tak cukup badan, pipi, lengan-lengan dia aku gigitttt.. Apasal la kau ni best betul kalau dapat gigit.. Dia hanya mengekek gelak sesekali.. Haiii makin gerammm aku ni kat dia.. Gigit lagiii.. Alahai dik.. Mama geram betul kat adik ni.. Dah la tembam, kuat gelak, mama gigit gigit badan adik yang chubby tuh boleh dia gelak kekekeke... Sayang anak mama ni.. Sampai satu tahap aku gigit dia kuat sikit pasal gerammmmm sgt kt budak ni.. Tak pasal2 budak ni menangis.. Alololo sian dia, mama ni agak2 la klu geramm pun, adik kecil lagi..ehehehe terpaksa sesi memujuk pulak.. Cayanngggg adik, kakak mama sayang, adik pun mama sayang...grrrrrrrrr (gerammmmm nk mnggigit perut chubby baby ni..)

Monday, May 28, 2012

Jalan jenjalan ke plaza GM

Semalam akhirnya dapat jg jalan2 ke plaza GM ni, walaupun takde arah tujuan..haha..

Seawal 8 pagi aku dah sibuk mngerjakan dua orang budak ni, mandikan, cebok mana yang patut, sapu losyen, pakai pampers dan baju.. Semangat nak ke plaza GM le katakan.. Mak dorang ni yang over. Dah selesai bebudak ni kena over haul, giliran aku lak dress up.. Ceh dress up konon pdhal pakai tshirt labuh je pon.. Alah nak masuk chow kit je kan, malas ah nak stailo sgt.. Sekali abang bawa masuk Sogo.. Amekaww. huhu

So apa yang aku dapat kat plaza GM ni, aku dapat banyak gambar. Gmbar blur pulak tu..awal sgt masuk plaza GM, kedai byk tak buka lg.. Masuk pukul 10.30 pagi, keluar dari plaza pukul 10.53 pagi.. Sebab2 nye abng dah bagi signal bosan, anak aku pun dah start meragam. Abng klu tak berkenan muka dia jd merah mcm angry bird tu.. Ya ya bini dia ni cepat faham angry bird dah bosan, hehe.. Makanya kitorang masuk lift la.. Sekali salah masuk lift, bukan nak turun, naik ke tingkat 15 derr.. Amekaw.. Anak aku dh start ek ek ek!

Plaza GM ni seswai utk yang nk buat biz pasar mlm, online. Sbb dr tinjauan aku, quality agak kurang. Tapi bolehlah klu nk beli utk main2. Aku sebenarnya aim nak masuk kedai beads tu, mn tahu ada brkenan, tp sayangnya kedai tu tak buka lagi.

Oleh kerana plaza GM takde pape untuk aku, abng pun dh normal balik, part best ialah shopping..! Abang bw masuk SOGO.. Hihi syok kan klu part beli baju.. Tp sayang aku tak sempat beli pape sebab anak dh bunyi ek ek ek lagi. Lagipun aku taknakla kelam kabut beli baju pastu tak pakai sebab tak sedap pakai hasil tangkap muat tadi. Membazir tu brother satan. So abng janji ada sogo part yang ber'part2'.. I loikeee..

Layan picca plaza GM kt bwh..

Saturday, May 26, 2012

Plaza GM..tungguuu!

Entry sakit kpala.. Yuhuu batak ckit sbb esok nk gi ronda2 plaza GM.. Festaim ni festaim.. Uwerrkk.. Agaknya bila sakit kepala ayat aku pun tangkap muat je kan..

Aku untuk hari ini melaporkan aku puas yang teramat puas window shopping kat plaza GM melalui google image.. Bahahahahaha ( gelak jin paling sopan)..

Dan esok aku nak pegi plaza GM dari tingkat bawah tanah sampai ke bumbung..Wakakakakaka (gelak jin lagi..) sewel betul mak budak yg sakit kepala ni..

Keppa..(betul ke ni)..harapla sampai jg esok, nama jek duk kl bertahun tahun, plaza GM pun br tahu sehari ni.. Batak ngguh..somi yg duk kl sejak dilahirkan lagi la kelakar bila bg respon kt aku yg foreigner ni 'eh kat mana tuh..' bajetla kau foreigner sgt..ckp je la jrg keluar jnjalan, kaki duk umah, mls kna sunburn, oh itu mmg aku lately ni.. Malas betul nk brjalan, lagipun chow kit bukan taste aku la.. Heh poyo lg bajet foreigner ni..ckp je la chow kit tuh selalu jam..parking sentiasa penuh, ye ye aku nk ckp mcm tu lah tadik.. Larikkkkk!

Esok plaza GM, plaza GM esok, esok plaza GM, plaza GM esokkzzzzzzzzzzzzzzzzz kroh kroh kroh..

Moral: jgn berblogging ketika sakit kepala.. Entri jg ikut sakit..bubai

Friday, May 11, 2012

Siapa ustaz azhar idrus.. Kenali ustaz azhar idrus

Tweet
Majalah Anis Mac 2012



Profil

Nama: Ustaz Azhar Idrus

Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.

Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)

Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.

Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.

Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com.



Sepintas lalu

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.


Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Ustusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.



Perubahan

Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.

Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian websitewww.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.

Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa itulah kita berehat.





Pok Mang disisi Ustaz

Beliau adalah pembantu Ustaz. Beliau juga model Ustaz dalam fotografi. Pok Mang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan. Dan menjadi kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di laut. Pok Mang atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan kawan-kawan kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok Mang mencari hasil di laut sewaktu musim terkujuh membuka ruang untuknya bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok Mang menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas kepada Ustaz sampai ke hari ini.



Admin: Untuk mengetahui lebih banyak lagi kisah-kisah Ustaz, dapatkan keluaran anis bulan Mac 2012 yang sudah ada dipasaran sekarang ini. Penulis sebelum ini pernah bersua dan minum bersama ketika Ustaz bekerja di Utusan. Tempat kami minum di warong sebelah Utusan kedai Azhar Manir yang kini menetap di Pulau Kerengga. Walaupun masa itu, Ustaz yang lebih fokus kepada muzik, tetapi penulis sudah menadah kitab setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila. Alhamdulillah perubahan Ustaz membanggakan kami yang mengenalinya.

Sumber http://wanwma.com/agama/siapakah-ustaz-azhar-idrus/

Thursday, May 3, 2012

Biodata Ustaz Don, Suka Dengar Lagu Linkin Park, Sudah Bertunang


BERBULAN-BULAN usaha mengaturkan sesi fotografi dengan pemuda bernama Don Daniyal Don Biyajid, 28, atau mesra dengan panggilan Ustaz Don ini. Kesibukannya mengehadkan masa bersama media, namun pelawaan wakil TV AlHijrah ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, pada 15 April lalu membuahkan hasil.

Kebetulan ketika itu Ustaz Don terbabit dalam program Cinta Masjid yang bertujuan mengembalikan peranan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan kegiatan masyarakat.

Sekitar Asar, wakil Rap tiba di pekarangan masjid berkenaan dan apa yang mengagumkan, sepanjang jalan di luar pekarangan masjid di penuhi kenderaan seperti orang menghadiri konsert.

Situasi itu sudah cukup menjelaskan berita mengenai fenomena seorang penceramah agama iaitu Don adalah benar. Bukankah ini satu perkembangan baik? Anak muda mula berminat menonton program agama, mendengar ceramah dan tazkirah selain memilih untuk berada di masjid daripada membuang masa pada hujung minggu.


“Dalam berdakwah, saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk golongan remaja saja kerana ilmu itu tidak mengenal batasan usia. Jika remaja suka mendengar dan menonton program agama dikendalikan saya, Alhamdulillah,” kata pengendali program 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di TV AlHijrah.


Kesukaran mendapatkan beliau selama ini ekoran komitmen Ustaz Don. Selain terbabit dengan 30 Minit Ustaz Don pada waktu malam, aktivitinya pada sebelah siang dipenuhi dengan tuntutan kerjaya sebagai pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Bangi serta tugasnya sebagai penceramah bebas.



Pada masa sama, beliau juga sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pengajian al-Quran dan Sunnah.

Berbicara mengenai fenomenanya, nyata Ustaz Don sedikit gelisah dengan pertanyaan itu kerana enggan dipuja kerana ikhlas berdakwah untuk Yang Maha Esa.

“Ikut Islam, patuh suruhan Allah s.w.t dan Rasul. Jangan puja saya kerana saya manusia biasa. Mati esok, syurga belum tentu buat kita lagi. Sebagai saudara sesama Islam, apa yang boleh kita lakukan adalah saling ingat mengingati.

“Saya berdakwah untuk berkongsi ilmu selain sebagai persiapan menjadi insan dan hamba-Nya yang lebih baik,” katanya.

‘Respons’ mahupun reaksi yang masyarakat berikan kepada penceramah bebas kelahiran Bukit Mertajam itu membuatkan dia pernah berasa janggal pada awalnya.

Namun, Ustaz Don sering menjadikan kisah seorang ulama juga Tokoh Tafsir Mesir, Allahyarham Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi sebagai contoh dan inspirasi agar sentiasa menunduk ke bumi.

“Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi adalah ulama hebat dan murah hati. Betapa orang mengaguminya sehinggakan pernah sebaik keluar dari masjid, orang mengerumuninya untuk bersalaman dan memeluknya.

“Sampaikan keretanya turut diangkat. Apabila keadaan sudah reda, beliau minta pemandunya menghidupkan enjin lalu singgah di sebuah masjid. Kemudian beliau membuka baju dan mula mencuci tandas sebagai cara untuk beliau berasa rendah diri.
“Saya sering mengingatkan diri kepada peristiwa ini untuk saya sentiasa tunduk ke bumi,” katanya.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir, itu menambah, semakin kuat iman seseorang itu, semakin galak syaitan cuba memesongkannya.

“Jangan kata orang kuat agama tidak boleh lemas dengan pujian. Puji-pujian boleh menimbulkan rasa bangga diri. Iblis pandai. Dalam hadis ada menyebut Talbis Iblis iaitu pengkaburan yang dilakukan iblis dan mempunyai pelbagai cara untuk menyesatkan orang.

“Satu contoh, jika ada perempuan seksi depan mata, memang langsunglah ustaz tak pandang. Jadi iblis kaburkan dengan mendatangkan wanita bertutup aurat tapi pandai mengurat.

“Saya paling takut menjadi orang yang munafik dan daripada pemerhatian saya, sifat munafik paling ditakuti golongan ulama,” katanya.

Menyingkap pembabitan awal sebagai penceramah bebas, Ustaz Don yang pernah menjadi guru di sebuah tadika di Pulau Pinang, menyampaikan kuliah agama pertamanya di Selangor iaitu di Surau An Nur, Bangi, tiga tahun lalu.

Detik itu tidak mungkin dilupakan lantaran ia permulaan sebagai pendakwah bebas, tambahan pula beliau bertindak sebagai ‘bidan terjun’ menggantikan dua ulama tersohor - Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus yang tidak dapat memberi kuliah pada hari berkenaan.

Penghujung 2010, sahabatnya, Kamarul Zaman, bekas kakitangan TV AlHijrah memperkenalkannya kepada seorang produser stesen itu yang kebetulan sedang mencari seorang ustaz untuk mengendalikan program baru.

Selepas uji bakat, beliau terpilih mengendalikan program Ihya Ramadan sebanyak 20 episod, yang menyaksikan pelbagai reaksi positif penonton.

Rentetan itu, katanya, lahirlah idea untuk menerbitkan 30 Minit Ustaz Don yang pada awalnya menggunakan judul Tazkirah Ustaz Don. Program berbentuk kuliah interaktif itu sebagai kesinambungan kejayaan Ihya Ramadan.

Menjadi wajah rebutan kebanyakan stesen TV sekarang, Ustaz Don mengakui selesa bersama TV AlHijrah, malah turut berkongsi idea untuk program akan datang.

Beralih kepada topik penampilan beliau yang sering kelihatan berjubah, berserban dan selendang di bahu kanan, tidak bererti beliau menolak pakaian kasual.

“Ulama terkenal, Allahyarham Ustaz Yusof Rawa sangat menjaga penampilannya ketika berada di khalayak sehingga pernah menerima duta keterampilan. Ini bermakna, kebebasan bergaya sememangnya ada asalkan tidak keluar daripada landasan Islam. Saya pun bukanlah ke sana sini mengenakan jubah dan serban, ikut kesesuaian juga.

“Jika bermain boling misalnya, takkan hendak berjubah? Ada masa saya selesa memakai sut dan pakaian formal,” katanya.


Zaman kanak-kanak

DETIK kejayaan hidup seseorang pasti ada kaitan dengan asuhan ketika kecil, cara mereka dibesarkan selain pergaulan sekeliling. Akui Ustaz Don, beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana iaitu ibunya seorang kerani dan bapanya pula, pembantu makmal.

“Seingat saya, emak dan ayah mahukan anak pertama lelaki tetapi yang sulung perempuan. Jadi apabila lahirnya saya, emak pernah kata dia menyebut ‘Fisabilillah’. Fisabilillah ini pernah disebut datuk Nabi Isa a.s. ketika kelahirannya. Ada kisah menarik di sebalik ungkapan ini.

“Kalau tidak silap saya, ketika berusia tiga hari, bapa membawa saya bertemu gurunya, juga Pengasas Pondok Bagan Lalang, Pulau Pinang, untuk mendapatkan keberkatan.

“Menyingkap cara saya dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun, baru-baru ini saya terbaca tulisan Profesor Dr Muhaya Mohamad yang menemu bual emak saya, apakah rahsia emak dalam mendidik saya dan adik-beradik yang lain. Saya pun tak tahu bila temu bual itu dibuat.

“Dalam temu bual itu, emak memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk menyusukan saya sehingga genap dua tahun.

“Jika saya menangis mahukan susu pada waktu malam, ayah saya akan turut sama bangun membancuh susu untuk emak sebelum emak menyusukan saya,” katanya.

Dalam petikan temu bual itu turut menyebut, ayah Ustaz Don tidak membenarkan emaknya menyusu sambil berbaring. Sebaliknya, ayahnya akan menyediakan belakang badannya untuk emak bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu.

Akui mengagumi pengorbanan kedua-dua orang tuanya itu, Ustaz Don semasa kecil sering mengikuti bapanya ke masjid untuk menunaikan solat dan mendengar ceramah agama.

Anak kedua daripada empat beradik itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sewaktu di sekolah menengah, dia adalah pelajar aliran sains.

“Saya bukanlah pelajar cemerlang cuma setakat sedang-sedang saja. Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, saya cuma memperoleh 4A saja. Sewaktu mengikuti pengajian peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulau Pinang, kemudian Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat di Mesir, saya antara pelajar yang selalu dapat tempat kedua atau ketiga terakhir (ketawa).

“Saya mula minat menghafaz al-Quran selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Al-Quran sangat istimewa dan hanya akan ‘duduk’ dengan siapa yang ia mahu. Ada orang belajar sedari umur empat tahun untuk menghafal al-Quran, tetapi masih tidak mampu melakukannya.

“Wallahualam... apa yang saya tahu mereka yang mendapat kelebihan adalah orang yang menyayangi al-Quran.

“Seperkara lagi, sejak dulu saya selalu patuh kepada kata-kata guru. Menghormati guru nescaya kita akan mendapat keberkatan dalam pelajaran.

“Saya masih ingat ketika bersekolah rendah, saya ada seorang guru, Ustaz Sheikh Redha Salim Ali yang kini sudah meninggal dunia. Setiap pagi saya berjalan ke rumahnya selama 30 minit dan apabila balik dari sekolah, kalau kawan-kawan mahu temankan ustaz pulang, dia akan kata: “Aku nak balik dengan Don.” Ustaz saya itu buta, jadi saya pimpin tangannya setiap kali pergi dan balik sekolah,” katanya.



TRIVIA

Surah yang sering atau dibaca... Surah Al-Kahfi.

Pendakwah dikagumi... ramai, salah seorangnya Datuk Dr Haron Din.

Jika menjadi bapa satu hari nanti... mahu mendidik anak seperti Rasulullah s.a.w. walaupun mustahil, tetapi berharap dapat menjadi ayah yang baik seperti ayah saya.

Jenama kacamata pilihan... Rayban.

Kumpulan muzik yang diminati... Linkin Park. Menurut Ustaz Don, sebahagian lirik lagu kumpulan itu yang dibacanya tidak keterlaluan dan ada yang berunsur kehidupan dan kemanusiaan.

Status... tunangan kepada Husna Mohd Zain, pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.

Penuhi masa lapang... kerja grafik dan fotografi.
- Harian Metro