Tuesday, January 31, 2012

pengalaman bersalin secara pembedahan

bismillahirrahmanirrahim

ini adalah post pertama untuk tahun 2012, malasnya saya nak update blog semenjak bersalin hari tu, bukan apa, masa yang ada amat terhad memandangkan ketika saya menulis post ini masih dalam mood berpantang, saya kurang tidur, mata dah hitam macam panda akibat berjaga malam. nanti saya post camana pantang saya pada kali ini. hari ini just nak bercerita pengalaman saya bersalin secara bedah.

3 januari 2012, kira2 pukul 4 pagi saya terjaga dari tidur kerana nak ke tandas. ketika ini usia kehamilan saya lagi sehari nak masuk 40 minggu. Selepas keluar dari tandas, saya cuba melelapkan mata semula menyambung tidur yang lena, tapi mata tak boleh nak lelap kerana kontraksi semakin kuat....euwwwwww kejap kejap..baru perasan ayat saya sangat skema..

ok sambung..dah rasa kontraksi makin menggegar jiwa..aku kejut suami..kesian ganggu tidur dia yg lena.. abng tanya aku masih boleh tahan tak..aku jawab ye masih boleh..hehe dalam hati ada sekor hantu takut2kan aku..euww kau dah nk bersalin..seramnyerrr

aku minta suami sambung tidur semula, sementara aku cepat2 tukar baju dan mandi..awalnye aku mandi..lol.. takut tak sempat mandi, nanti sambut orang baru dalam keadaan busuk

mandi dah sudah, apa lagi nk buat ye...beg nak bawa ke hospital aku recheck balik..takut ada yg trtinggal..lepas tu kejut suami minta dia siap sebab kontraksi aku semakin kuat.

pukul 6 pagi keluar rumah, abng hantar iris ke rumah mak mentuaku, nasib baik rumah mak mentua tak jauh..sedih pun ada mengenangkan iris terpaksa di tinggalkan..aku ni penyayang kat anak, tapi aku juga seorang yang garang..hehe

sampai hospital lebih kurang pukul 7 pagi, terus masuk labour room dan buat ctg, cek kontraksi kuat mana..part kena seluk nak cek bukaan tu yang paling aku tak suka tapi tadah je la..wah dah 4 cm..uuh sakit..semakin sakit kontraksi kat perut.

pukul 9 tunggu my gynae..dr zalina salleh.. tapi aku kena tolak misi ke klinik dia kat tingkat 3 KPJ ampang putri.. tujuan jumpa gynae nak cek size baby..aku kan lari ke PD dulu..doktor suh induce sebab nak elak size baby yang makin pesat membesar setiap minggu..tp aku tak dtg sepital dan berlibur kat PD..hehe

dan...

baby ku besar..doktor cek sampai 4 kali nak dapatkan saiz sebenar bayi..hasil tetap sama iaitu 3.8-4 kg..besar tu.. suami citer doktor geleng kepala bila aku berdiri membelakangkan doktor sebab mungkin dia tengok rangka aku tak cukup besar untuk mengeluarkan bayi sebesar itu..kalau lepas pun mungkin bahagian kepala sahaja..tapi bahagian bahu sangkut..duh!

so doktor bagi pilihan samada nak normal atau czer.. aku dan suami berpandangan.. jawapan harus diberi segera.. tapi kitorang masih buntu..risiko terkehel bahu bayi harus diambil berat.. klu nk paksa normal, kos fisioterapi bayi pula menyusul.. gawat!

aku capai telefon..suami capai telefon..masing2 kol orang2 terdekat minta pandangan. Dan akhirnya..bayi ku keluar melalui tingkap..

yang penting semuanya selamat.. pukul 2.15 aku di tolak masuk dewan bedah. doktor masuk ubat bius dan....

aku di belah oleh pisau tajam.. 15 minit berlalu jeritan si handsome kedengaran.. besarnya suara kau nak. kemain dia menjerit kesukaan dapat keluar dari perut aku.. seolah2 dia tak sabar nak main2 ngan mama papa dia. suami aku dibenarkan masuk, sempatlah dia tengok proses belah perut tu.. eee seram katanya. aku pandang suami aku time terbaring ats katil ketika proses mnjahit luka..hansome pulak suami aku pakai baju dewan bedah ni.. hehehe. dah siap semuanya aku di tolak masuk wad..terbaring kaku..tangan je boleh angkat.. aku di bekalkan ubat tahan sakit.

alkisahnya ubat tahan sakit ni sepatutnya guna bila sakit sangat2.. cara guna ubat ni, bila lampu LED padam, kena tekan button untuk masukkan ubat..tekan masa sakit yg terrrsangat sakit jek.. tp oleh kerana aku yang baru jadi sengal lepas ubat bius masuk badan, makanya arahan doktor tu aku tak faham, aku p tekan semasa aku tak sakit dan setiap lima minit aku wajib tekan..sudahnya berganda-ganda morphin masuk badan aku.. patutla aku jadi lalok masa sanak saudara datang melawat aku kat sepital.. boleh aku tidur sepanjang masa time dorang dtg lawat aku.. minta maaf po'

tuh kesan morphin masa aku dekat hospital, masa dekat rumah pulak aku alami sakit kepala akut.. rasa nak mati pulak, sakit yang teramat sakit.. nak ke tandas terpaksa merangkak sebab jika berdiri normal, rasa nak jatuh pengsan.. agaknye sebab tulah mat pit (penagih dadah) tak boleh lekang dari mengambil dadah.. aku dah merasai kesakitannya..morphin tuuu..! kau hado?

bila bius dan morphin bersatu dalam badan, aku jadi bodo blaker..pelupa, bengong dan segala macam jenis wayar putus.. kengkadang kerja aku tak fokus..aiyak! moralnya hargai isteri yang melahirkan anak kamu.. pelbagai jenis kesakitan terpaksa dihadapi.. yang bersalin normal pulak berhadapan rengat, yang czer pulak macam yang aku citer kat atas.. lelaki lelaki! try ikat batu kat perut kamu dan bawa selama sembilan bulan, larat dak?? kalau larat silalah pancung kepala aku.

ada lg tak nak di share..??

oh aku tak citer mcmmn aku tak boleh bangun lepas sehari di bedah. sengsara weii..suami cuba bantu tapi aku tak boleh bangun.. huhu sebenarnya memang tak boleh bergerak selepas bedah, kena baring je.. doktor yang bedah aku datang lawat malam tuh.. tp dia tak gtau pun boleh gerak ke kiri dan ke kanan, dia just bagitahu kena baring menelentang.. wuhuhuhu kesannya pada keesokannya aku tak boleh bangun. midwife yang datang tukar baju aku gtau sebenarnya boleh bergerak ke kiri dan kanan, janji jangan bangun jek.. sebab nanti darah tak jalan dan menyebabkan pening kepala..dan aku mengalaminya! nasib midwife tu baik, ajar aku cara bangun dengan betul, kalau tak jadi mayat hidup la aku.. sakit wooo masa memula berjaya bangun..rasa luka bedah disiat2, ditoreh2..duh! tapi aku berjaya juga bangun dan berjalan macam robot dengan jayanya.. terima kasih suamiku kerana memberi kata2 semangat yang tinggi, kalau tak sampai sekarang mungkin aku duk hospital.

hehehe..

thanks for stopping by! MamaQist

3 comments:

  1. klakar gilerrr.. biarpun anak sulong haku czer n esok lusa tunggu keputusan pakar nak czer or normal untuk anak ke2, bila baca blog ni.. hadoii.. jiwa kacau jadi tenang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh..semoga berjaya bersalin..eh ade ke ucapan mcm ni

      Delete
  2. Salam.. blh share brapa kos time tu? Sy tgh survey kos utk c-sec 😉

    ReplyDelete