Thursday, November 25, 2010

azri abdullah di simbah asid oleh ibu kandung sendiri





KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kilang buta dan melecur hampir seluruh badan sejak setahun lalu akibat disimbah asid, tetapi yang lebih menyedihkan, perbuatan itu dilakukan ahli keluarga sendiri. 

Mangsa, Azri Abdullah, 42, berkata, kejadian berlaku 22 Disember tahun lalu di rumah ibunya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, iaitu kira-kira tiga bulan selepas kematian bapanya. 

Menurutnya, sebelum kejadian, dia pergi ke rumah ibunya untuk mengambil salinan asal geran motor milik arwah bapanya kerana mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan itu. 

Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati pintu dan tingkap rumah berkunci, malah ibu dan adik-beradiknya tidak menyahut panggilannya. 

“Mereka enggan buka pintu, jadi saya cuba intai melalui lubang dinding rumah dan dapati emak serta semua adik-beradik saya berada dalam rumah.

“Saya panggil mereka, tapi mereka buat tak tahu. Saya nampak seseorang pegang bekas kecil dan terus simbah melalui lubang tempat saya mengintai,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, semalam. 

Azri berkata, mata dan mukanya berasa panas dan sakit apabila terkena cecair itu, sebelum menjerit meminta bantuan ibu dan adik-beradiknya. 

“Mereka tidak peduli, menyebabkan saya terpaksa mendapatkan bantuan daripada ibu saudara yang tinggal berdekatan. Saya tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya,” katanya. 

Menurutnya, dia koma selepas kejadian dan dipindahkan ke tiga hospital dan terbaru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan. 

“Hampir 11 bulan saya menanggung kesakitan ini. Saya sukar bernafas, harapan untuk kedua-dua mata pulih juga tipis. Lebih menyedihkan, sepanjang terlantar sakit, tidak sekalipun ibu atau adik-beradik datang bertanya khabar,” katanya dalam nada sebak. : 

Ketika ditanya, kenapa ada orang sanggup bertindak kejam terhadapnya, Azri berkata, dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar, namun tidak menafikan ada yang mungkin berdendam atau tidak berpuas hati terhadap tegurannya. 

Azri, adalah anak sulung daripada enam beradik dan sejak kematian bapanya dia bertindak sebagai ketua keluarga dan kerap menegur kelakuan adiknya. 

“Biar apa pun layanan adik-beradik terhadap Azri, Azri tetap sayang dan maafkan mereka. Azri redha dan sangat rindukan mereka,” katanya teresak-esak



p/s: Sebak, sedih tgk azri ni kat BERSAMAMMU TV3 semalam. Tergamak seorang ibu dan saudara kandung melakukan sedemikian pada anak sendiri. Anak sulung pulak tu. Kalau ye pun marah jangan la simbah asid pada muka si anak. Tak terfikir ke pembalasan Allah kelak. Walaupun anda sebagai ibu, tidak menghalalkan anda menyimbah asid kepada sang anak. Salahke kalau maafkan je kesalahan anak tu..berat sungguh pada si anak, dahla syurganya di bawah tapak kaki ibu, ibunya pulak menyimbah asid padanya. Mesti arwah ayahnye tengah bersedih dengan apa yang berlaku pada keluarga ini di alam sana. wallahu alam

2 comments:

  1. Dari KL balik kg nak ambil geran sbb nak renew roadtax moto? Pkara kecil sbegini adik beradik d kg pun bole uruskan.
    Jangan hanya mendengar dari sebelah pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceria sebenarnya camne? Sbb ni sy tgk kt tv3 dh lm.

      Delete