hello mak buyungss...
ku tahu kamu sekalian masuk sini nak cari petua senang bersalin kan kan kan?... petua senang bersalin yang aku nak habaq ni versi zaman moden yang terbukti berkesan al petua senang bersalin versi 1malaysia gitu..
petua ni diperturunkan oleh my doktor aku yang cek aku setiap bulan di klinik beliau di ampang putri tingkat tiga, klinik dr zalina.
masa minggu 37 aku mengandung irsyad, aku habaq aku nak bersalin cepat kat doktor. aku tak mau tunggu 40 minggu, sakit tulang punggung aku ni aku dah tak larat menanggungnya dek kerana budak soleh lagi muslih dalam perut aku ni berat sungguh aku nak pikul setiap hari.
makanya si doktor pun suruh aku amalkan petua senang bersalin yang diperturunkan dari client dia sendiri, di mana client itu sendiri mengugel petua mudah bersalin itu di laman google dan client itu memberikan testimoni yang memang betul petua itu berkesan untuk mudahkan proses bersalin beliau.
so ni kira recycle balik la ni....internet ----> client----> doctor ----> aku ----> blog ini.
jadi, petuanya itu mau senang bersalin sangat mudah kata dok nya.
MAKAN KARI
ye........itu ler petuanya. brekfast....kari! lunch...kari! minum petang..kari! makan malam...kari!
HARI HARI KARI...........................................................................KARI, KARI DAN KARI LAGI!
pengsan!
Menurut doktor, mungkin sebab kari banyak rempah ratus yang berkhasiat dan panas untuk membantu proses pembukaan serviks. Itu doktor cerita lagi, client itu mulanya tada percaya, tapi dia buat juga, esoknya itu client sudah bukaan 6 cm, kelam kelibut masuk labour room.
mak buyung trylah cuba.. aku dah cuba, ye sungguh memang cepat proses bukaan rahim aku.
larikkk!
thanks for stopping by!
MamaQist
No comments:
Post a Comment