Thursday, November 25, 2010

azri abdullah di simbah asid oleh ibu kandung sendiri





KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kilang buta dan melecur hampir seluruh badan sejak setahun lalu akibat disimbah asid, tetapi yang lebih menyedihkan, perbuatan itu dilakukan ahli keluarga sendiri. 

Mangsa, Azri Abdullah, 42, berkata, kejadian berlaku 22 Disember tahun lalu di rumah ibunya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, iaitu kira-kira tiga bulan selepas kematian bapanya. 

Menurutnya, sebelum kejadian, dia pergi ke rumah ibunya untuk mengambil salinan asal geran motor milik arwah bapanya kerana mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan itu. 

Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati pintu dan tingkap rumah berkunci, malah ibu dan adik-beradiknya tidak menyahut panggilannya. 

“Mereka enggan buka pintu, jadi saya cuba intai melalui lubang dinding rumah dan dapati emak serta semua adik-beradik saya berada dalam rumah.

“Saya panggil mereka, tapi mereka buat tak tahu. Saya nampak seseorang pegang bekas kecil dan terus simbah melalui lubang tempat saya mengintai,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, semalam. 

Azri berkata, mata dan mukanya berasa panas dan sakit apabila terkena cecair itu, sebelum menjerit meminta bantuan ibu dan adik-beradiknya. 

“Mereka tidak peduli, menyebabkan saya terpaksa mendapatkan bantuan daripada ibu saudara yang tinggal berdekatan. Saya tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya,” katanya. 

Menurutnya, dia koma selepas kejadian dan dipindahkan ke tiga hospital dan terbaru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan. 

“Hampir 11 bulan saya menanggung kesakitan ini. Saya sukar bernafas, harapan untuk kedua-dua mata pulih juga tipis. Lebih menyedihkan, sepanjang terlantar sakit, tidak sekalipun ibu atau adik-beradik datang bertanya khabar,” katanya dalam nada sebak. : 

Ketika ditanya, kenapa ada orang sanggup bertindak kejam terhadapnya, Azri berkata, dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar, namun tidak menafikan ada yang mungkin berdendam atau tidak berpuas hati terhadap tegurannya. 

Azri, adalah anak sulung daripada enam beradik dan sejak kematian bapanya dia bertindak sebagai ketua keluarga dan kerap menegur kelakuan adiknya. 

“Biar apa pun layanan adik-beradik terhadap Azri, Azri tetap sayang dan maafkan mereka. Azri redha dan sangat rindukan mereka,” katanya teresak-esak



p/s: Sebak, sedih tgk azri ni kat BERSAMAMMU TV3 semalam. Tergamak seorang ibu dan saudara kandung melakukan sedemikian pada anak sendiri. Anak sulung pulak tu. Kalau ye pun marah jangan la simbah asid pada muka si anak. Tak terfikir ke pembalasan Allah kelak. Walaupun anda sebagai ibu, tidak menghalalkan anda menyimbah asid kepada sang anak. Salahke kalau maafkan je kesalahan anak tu..berat sungguh pada si anak, dahla syurganya di bawah tapak kaki ibu, ibunya pulak menyimbah asid padanya. Mesti arwah ayahnye tengah bersedih dengan apa yang berlaku pada keluarga ini di alam sana. wallahu alam

Saturday, November 20, 2010

cerita anak tukang cuci baju

Sekeping artikel yang tak diterjemah, kredit to penulis blog ni, tp aku x jumpa dah blog dia utk nak kreditkan..huhu..salute..




anak dan ibu


Sedang saya memarkirkan kereta saya di suatu kawasan penempatan kereta yang bernama hujun, saya menerima suatu msg dari dalam blackberry saya. Oh! email masuk rupanya.


saya membuka email tersebut sambil berjalan kaki pulang menuju ke hotel pak abu di alwaleed royal. Perjalanan sejauh 1km lebih itu tak terasa dek membaca cerita bawah.




"One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company. He passed the first interview; the director did the last interview, made the last decision. The director discovered from the CV, that the youth's academic result is excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research, never has a year he did not score. 


The director asked, "Did you obtain any scholarship in school?" and the youth answered "none".


The director asked, “Is it your father pay for your school fees?" the youth answered, my father passed away when I was one year old, it is my mother who paid for my school fees.


The director asked, " Where did your mother worked?" the youth answered, my mother worked as cloth cleaner.


The director requested the youth to show his hand, the youth showed a pair of hand that is smooth and perfect to the director.


The director asked, “Did you ever help your mother washed the cloth before?" The youth answered, never, my mother always wanted me to study and read more books, furthermore, and my mother can wash cloths faster than me.


The director said, “I had a request, when you go back today, go and help to clean your mother's hand, and then see me tomorrow morning”.
The youth felt that its chance of landing the job is high, when he went back, he happily wanted to clean his mother's hand, his mother feel strange, happy but mixed with fear and she showed her hand to the kid. The youth cleaned his mother's hand slowly, his tear drop down as he did that.  It is first time he found his mother's hand is so wrinkled, and there are so many bruises in her hand. Some bruises incite pains so strong that shiver her mother's body when cleaned with water.  This is the first time the youth realized and experienced that it is this pair of hand that washed the cloth everyday to earn him the school fees, the bruises in the mother's hand is the price that the mother paid for his graduation and academic excellence and probably his future. After finishing the cleaning of his mother hand, the youth quietly cleaned all remaining clothes for his mother. That night, mother and sons talked for a very long time. Next morning, the youth went to the director's office
The director noticed the tear in the youth's eye, asked: “Can you tell you what have you done and learned yesterday in your house?" The youth answered, “I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes”.
The director asked, “please tell me your feeling."


The youth said;
Number 1: I knew what appreciation, without my mother is, there would not the successful me today.
Number 2: I knew how to work together with my mother, then only I can realize how difficult and tough to get something done. 
Number 3: I knew the importance and value of family relationship.


The director said, " This is what I am asking, I want to recruit a person that can appreciate the help of other, a person that knew the suffering of others to get thing done, and a person that would not put money as his only goal in life to be my manager. You are hired.


Later on, this young person worked very hard, and received the respect of his subordinates, every employees worked diligently and in a team, the company's result improved tremendously.


“A child who has been protected and habitually given whatever he did, he developed "entitlement mentality" and always put himself first. He is ignorance of his parent's effort. When he started work, he assumed every people must listen to him, and when he became a manager, he would never know how suffering his employee and always blame others.  For this kind of people, he can have good result, may be successful for a while, but eventually would not feel sense of achievement, he will grumble and full of hatred and fight for more. If we are this kind of protective parent, did we love the kid or destroy the kid?”


You can let your kid lived in a big house, eat a good meal, learn piano, watch a big screen TV. But when you are cutting grass, please let them experienced it. After a meal, let them washed their plate and bowl together with their brothers and sisters. It is not because you do not have money to hire a maid, but it is because you want to love them in a right way.  You want them to understand, no matter how rich their parent are, one day their hair will grow gray, same as the mother of that young person. The most important thing is your kid learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learn the ability to work with others to get thing done."
Regards;
Al Khair Ahmad Rahimah
Jeddah






Menarik? bagi saya sangat menarik dan sangat memberikan kesan.


Kita putar masa kepada beberapa jam sebelum kejadian saya membaca msg email tersebut.


...


"nko kalau macam ni pi, tak maju. Tak ada usaha daya untuk majukan diri sendiri. Takde keinginan untuk develop diri sendiri. Start kerja dengan kerani, sampai bersara pun tetap jadi kerani kalau macam ni. Ibarat curahkan air atas daun keladi." Sound Pak Abu tegas dan tepat ke dalam telinga serta perasaan saya.






Saya terkedu. Kenapa sampai begini sekali Pak Abu memarahi saya. Hanya kerana saya tidak menghantar laporan di mana saya berada?. . tak paham.


...


"Hari ni diplomatik dari Libya yang bekerja di Malaysia akan sampai bawah syarikat cantumas. Aku nakkan bilik 1001 dan 901 bersih sebersihnya dan tingkat 10 clear!" Pohon Pak Abu kepada saya. Ini berikutan seorang pekerja hotel telah pun berhenti bekerja kerana beliau mempunyai pekerjaan lain.


Saya naik ke tingkat 10 bersama si Alam (bangla) yang bertugas menjadi housekeeper.


"Alam, mulai sekarang sebelum tibanya pekerja baru, nko jadi aku punya bos. Ko suruh jer aku buat apa, aku ikut. oke?" pesan saya kepada alam.


"oke bos!" jawab alam tak paham. Tetap memanggil saya bos pulak.


Kami membersihkan karpet, menukar cadar, memasang cadar, mencuci tandas dan sebagainya.


Saya keluar dari bilik 1003 untuk mengambil cadar baru. Berhadapan dengan kami ialah bilik 1001 yang kami sudah bersihkan. Saya terperasan kelibat orang di dalam bilik air. Sapa pulak jenis main-main dalam bilik air tengah-tengahari neh.


Saya mengendap dan saya terdiam..


Pak Abu sedang mencuci dinding bilik air dan bersamanya ialah kain buruk dan liquid glass cleaner yang dipegang di tangan kiri. Beliau memberus mangkuk tandas sambil tak perasan saya ada di belakang.


Pak Abu berpaling.


"Nko tengok ni pi. Kerja, kalo tak ikhlas buat, macam nilah jadinya." Bebel Pak Abu sambil mencuci segala kotoran di atas cermin bilik air dan hatta di atas suis lampu dan tingkap luar tandas.


"Ini, kalo buat guna otak, senang jer. Bukan susah." Bebel dia lagi, sambil tak berhenti menggonyoh dinding.


Jantung saya seperti berhenti dan saya pelan-pelan mulai mencuci kepala paip serta menolong beliau membersihkan tandas dengan penuh hati-hati dan perasaan yang bercampur aduk.


Beliau selayaknya hanya duduk di bilik pejabat dan rilex sambil bilang duit masuk. Tapi dari sikap yang ditunjukkan itu, saya yakin, ianya adalah hasil pengalaman yang telah beliau alami dari muda sehingga membawa ke 'umur dewasa'. Saya seratus peratus menukar persepsi diri beliau kepada seorang yang perlu saya segani.


Cuci bilik air sendiri pun aku tak pernah. Inikan cuci tandas hotel?? subhanallah..


...


3 jam kemudian, para diplomat dari Libya telah tiba. Mereka sepertinya perangai orang Libya yang lain, asyik ada jer yang tak puas hati. Pak Abu dimarahi dengan begitu teruk kerana mereka tidak berpuas hati tentang layanan yang dikatakan tidak sepatutnya. Saya yang menonton perkara itu pun kadang-kadang merasa ingin menjawab tapi Pak Abu  mengisyaratkan supaya saya diam dan dengar sahaja.


keluar dari bilik itu, hanya saya sahaja yang tahu apa Pak Abu sebut..


learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learn the ability to work with others to get thing done.




fuh. Artikel omputeh tu saya baca.