Sunday, June 9, 2013

Shopping di kenanga wholesale centre

Hi korang
Dah dekat nak raya ni kan mesti tengah plan nak beli baju apa untuk anak2 kan.. Ok le kita terus cerita pasal kenangan wholesale ni.. Sapa pernah sampai sini mesti tau tempat ni.. Dan paling tragiknya suami ahkak yang memang azali duduk KL ni tak tau tempat ni tempat apa.. Hahaha


Kenanga wholesale ni kalau nak tanya jalan kat ahkak yang pemalu nak keluar rumah ni tak payah lerr ye.. Ahkak tau kenanga ni dekat2 pudu times square cenggitu lah.. Nak bagi direction memang bukan ahkak orangnya...
Ahkak tepek gambar yang sempat ahkak snap je ok.. Tapi gambar ini tak cukup untuk memuaskan hati korang yang tengah google pasal kenanga wholesale... Pasai pa..pasai akak segan betul nak keluarkan kamera iphone5 akak nak snap gambar banyak2 sebab akak tau mesti tak dibenarkan snap gambar punya.. Tapi akak snap juga pasai nak tepek kat blog kan..


Pastu gambar2 ni hanya satu level je yang ahkak rajin nak tangkap gambar.. Level lain ahkak dah tak larat nak tangkap gambar pasal mata dah rambang roll eyes tengok baju2 yang macam2 pesen dan design dan kaler dan harga dan murah2.. Dengan syarat memborong.. Lepas tu ahkak pulak berjalan dengan putera dan puteri raja lohaiii omak banyak betul ragam dua orang ni yang buat ahkak harus pergi telaga tujuh untuk mandi bunga ambil tenaga balik.. Plus ahkak ni tengah mengandung 6 bulan jadi badan memang takde ekstra tenaga untuk mengambil gambar.. Tenaga banyak di simpan untuk seluk handbag capai duit dan membeli pastu blah ke kedai sebelah lepas tu perkara yang sama berulang...




Banyak membebel pulak hari ini.. Itu tanda gian nak melepas geram kat blog..hehehe


Gambar2 pulak banyak ambil baju budak2 saje pasal ahkak memang ketagih tengok baju budak2 ni.. Tapiiiii.......


Korang harus pandai bercakap dan komunikasi dengan penjaga2 atau tokey2 kedai ni.. Pasal diorang ni bukan desperate sangat nak kita membeli kat diorang.. Suasana kat sini bukan macam di pasar baru bandung atau tanah abang jakarta yang kalau kita lalu je kat toko2 diorang, diorang akan panggil dan suruh membeli.. Tapi kat kenanga wholesale ni suasana berbeza sikit.. Ko nak beli.. Beli.. Ko tak nak beli .. Ok fine.. Cam tu lerr lebih kurang gambarannya.. Diorang tak akan pujuk rayu kau beli lah..belilah... Sambil buat muka hagemaru








Lepas tu korang kena lah rajin bertanya tau... Kalau tak rajin tanya memang kau balik rumah nanti akan cakap kat diri sendiri.." Apasal aku beli barang ni.. Harga pun lebih kurang je ngan kat luar" ..atau


"isk isk baju ni bukan cantik pun pasal apa aku borong kat kedai tu banyak2..ni semua tokey kedai yang satu tu punya salah.. Kedai ni boleh campur pattern tapi design out dated, tapi kedai yang satu lagi tak boleh campur2 pattern.. Kena ambil satu pattern saje tapi design memang tengah hot kata orang...."


Dan ini lah yang berlaku dengan ahkak.. Walaupun ahkak suka tanya tapi banyak lagi ahkak kena belajar tentang ilmu shopping ni di kenanga wholesale ini.
Sapa la yang nak pakai baju satu pattern je kan?? Kalau nak dapat harga borong kena amik 6 helai dengan satu pattern.. Ahkak tak niaga la tokey.. Ahkak nak buat basah kat rumah je baju2 kenanga ni..


Tapi kau jangan.. Baju2 yang ada dalam kenanga wholesale ni cantik2 dan trendy.. Tak macam kalau beli kat bandung..kat rumah mode ke.. Atau mana2 factory outlet kat bandung.. Kita rasa bila dah masuk factory outlet kat bandung tu rasa.. Wahh cantik2 nya baju kat sini..dan tanpa fikir panjang terus beli.. Rumah mode contohnya.. Tapi bila kau balik malaysia.. Dan pakai.. Baru kau tahu kualiti baju rumah mode tu tak seberapa.. Paling tak bestnya cutting tak selesalah.. Outdated lah..bla bla bla.. Paling ahkak perasan dan tak suka bila brand yang di jahit kat belakang leher tu di gunting.. Mohtip kau gunting kenapa? Secara tak langsung jadi kain murah kat hati ahkak baju2 dari rumah mode.. Nah kau mengutuk rumah mode pulak.. Kata nak cerita pasal kenanga wholesale..ngeeee








Lepas tu kat kenanga wholesale ni korang kena makan redbull siap2 ambil tenaga kekdahnya.. Pasal korang wajib masuk satu kedai ke satu kedai untuk survei baju2 yang korang nak beli atau niaga.. Sebab ada kedai yang nampak dari jauh cantik blink2 baju diorang.. Bila masuk dan belek baru tahu kualiti jahitan tak cantik.. Biut2 kata orang sabah.. Sebab tu ahkak nasihat kalau nak ke kenanga wholesale ni cari tenaga extra dulu.. Kalau tak balik nanti kau komplen diri sendiri balik menyesal beli baju yang kualiti kurang tapi harga lebih kurang dengan kedai lain yang berkualiti.. Tapi jangan risau.. Kalau rajin terjah dan bertanya korang akan jumpa kedai yang jual baju berkualiti dari segi jahitan, material yang digunakan dan harga yang berpatutan..








Contoh soalan yang ahkak selalu tanya kat sana bila melangkah je masuk ke satu kedai ke kedai lain ialah..soalan bocor gitu..


" boss kalau beli personal boleh campur pattern aa?"


" berapa pieces boleh beli untuk dapat harga borong?"


Selalunya tokey2 dia tak bagi beli borong dan campur2 pattern.. Diorang tetapkan kalau nak borong kena satu pattern untuk 6 pieces.. Sebab.. diorang pun nak habiskan stok.. Jadi kena la juga jaga bisnes diorang..


Lepas tu kalau kita boleh campur pattern pun 3 atau 6 pieces keatas je diorang akan bagi tapi bukan harga borong lah yang dapat.. Tapi dapat harga diskaun..so ko kenalah pandai ilmu matematik tambah tolak sikit2.. Baru win win situation gitu..dia untung ko untung..nah gitu..









My personal view..


Tempat ni ok lah untuk yang nak mulakan bisnes kecil2 an atau nak buat hadiah sanak saudara atau nak buat sedekah ke rumah2 kebajikan.. Boleh cari barang kat sini sebab boleh dapat harga murah.. Walaupun ko tak dapat harga borong tapi harga diskaun yang diorang bagi masih kira murah berbanding beli kat luar.

Psttt.. Baju2 kat poplook ahkak jumpa ada sama kat sini uols..

Hihihi




Lepas tu kalau nak datang sini jangan bawa budak.. Lenggang kangkung untuk keselesaan dan kepuasan




Cuti umum jangan gatal datang sini..menyesal nanti pasal diorang akan tutup kedai bercuti.. Bukan best pun masuk shopping mall tapi kedai tutup.. Sakit jiwa nanti








Baju muslimah dia cantik2 dan puas hati berbanding beli baju muslimah kat indon yang tah pape tu..heeeee sempat lagi








Kalau nak lobi suami supaya datang kenanga wholesale ni boleh tunjuk entri ini kat dia..








Wah nak cerita juga.. Hari tu plan kononnya lepas shopping kat kenanga wholesale ni nak pergi jakel.. Nak borong kain buat baju raya gamaknya..tapi nan hado jah.. Dari pukul 10 pagi sampai ke pukul 6.30 petang ahkak duduk dalam kenanga wholesale ni jah.. Kau hado.. Bila nak balik risau parking fee mahal..pasal lama sangat dalam tu kan.. Dulu ye lerr parking dia free.. Baru bukak.. Nasib baik bila bayar parking kena caj rm6 je.. Mahal tak? Dari 10 pagi sampai kul 6 lebih.. Murah le tu.. Matik ahkak ingat dah kena puluh2 ringgit tadi..jakel pun x dan nak pegi..












Nak pergi shopping kat kenanga wholesale ni pergilah pada hari yang kurang kesesakan lalu lintas..nanti jadi hulk hogan kalau terperangkap dalam jamm pulak nanti..


atau pon naik LRT Hang tuah.. Nak bagi direction pun ahkak tak berani pasal ahkak tak pernah turun stesen Hang Tuah..heheh
















Banyak juga ahkak membeli hari tu.. Tapi tak sempat nak snap gambar baju2 yang ahkak beli..ahkak belum pergi ke telaga tujuh ambil tenaga baru.. Ahkak tak larat dik oi.. Ok lah ahkak harap entry ahkak ni berguna ye.. Makaceh..
Sekian