Tuesday, March 6, 2012

korek diri

aku sebenarnya dh lama nak memulakan sesuatu bisnes, antaranya bisnes online, tapi belum berkesempatan lagi mengorak langkah ni mnjadi bisneswumen yg berjaya. haha. jealos woo bila buka blog atau fesbuk msti nampak org duk jual macam2 benda dan haruslah sentiasa sold out. rasanya dalam perkara sebegini tak salah aku dengki kat dorang yg dah start nak jadi jutawan.

tajuk aku korek diri, bukan korek tahi hidung ye.. bila korek balik siapa aku, aku rasa aku ni ada bakat untuk memulakan sesuatu bisnes. pasal apa aku cakap macam tu, pasal aku start berbisnes sedari umur aku darjah 3. ingat lagi aku jual kacang tanah goreng dlm bungkusan rm0.20, laku tau. sesambil jual kacang tanah, aku jual kerepek putih yag famous tu, tah ape nama kerepek tu. aku buat jualan masa kat sekolah rendah agama. hehe best jek, kadang tiba musim rambutan mak aku suh jual kat kengkawan kat sekolah, dua biji rambutan rm0.20. untung juga..

dah masuk sekolah menengah aku berbisnes lagi, kali ni aku keluar modal sikit amik dari duit belanja aku, tak sampai rm10 pun modal keluar, masa tu musim buah mangga, dan paling best bebudak asrama suka sgt mncari bnda untuk di kunyah, maklumlah sumber makanan dari dewan makan dan kantin je, so bermodalkan buah mangga dari kebun bapa yang aku jolok sendiri, dan modal rm7 beli cabai, kicap kipas udang saiz kecik dan garam, aku mulakan bisnes lagi..jual jeruk mangga..kengkawan aku suka la..rasa seronok dapat duit berkoyan-koyan..hehehe

tak habis di situ aku beli jajan banyak2, maggie, keropok pelbagai perisa dan jual kat bebudak asrama, laku tau dan sentiasa habis, siap buat request lagi. tampal je iklan kat pintu, 'keropok ada jual sini'.. best je klu ingat kenangan tu.

masa dekat universiti pulak aku bisnes amik upah jahit baju, tapi tak boleh teruskan sebab asigmnt berderet nak kena siap. aku sama universiti dengan yuyu zulaikha, tapi tak pernah jumpa pun, mbe dia br masuk aku lak dah blah.

ok now ape kena buat ialah rancangan perniagaan apa nak buat, nak biz apa kena fikir dari sekarang, huh aku dah penat fikir dah cuma tak start lagi, modal aku nak cekau duit dari asb aku yg byk tu, hehehe riak betul.

ok chow..salam

No comments:

Post a Comment