Sunday, December 30, 2012

Bandung hari kedua..jalan kat safari zoo indonesia


After breakfast kat hotel aston, kitorang terus ke safari indonesia. Jauh kalau nak ke safari. Lebih kurang dalam 3 jam perjalanan. Tapi aku rasa lebih tiga jam je sebab jalan lagi macet gitu. Sakit punggung duduk berjam2 dalam kereta. Tido terangguk2 tu jangan cerita la.. Air liur basi je segan nak meleleh ketika itu.

Sepanjang perjalanan topik kitorang lebih kepada ex bibik mak dulu.. Sebab kampung bibik tu sama jalan menuju ke safari. Dekat cianjur. Tapi kitorang tak simpan alamat bibik tu, tau nama cianjur je dan nama jalan iaitu jl.h.kiy. Maksudnya jalan haji kiyai..pastu tak tahu nama kiyay tu..konon kalau ada alamat tu kitorang nak datang melawat tgk dia. Tapi alamat takde..takde rezeki nak jumpa bibik iyet. nama bibik tu iyet suliaseh binti sulaiman. Orangnye baik.. Senang nak bagi arahan. Siap dia bagi advice lagi pape yang patut. Baik je.. Suka la kat dia..tapi tak dapat jumpa dia. Dia datang malaysia pun sebab nak dapatkan uang untuk tebus tanah pusaka yang abang ipar dia gadai.. Kesian, orang lain yang gadai, dia yang terpaksa bekerja untuk tebus balik.

Ok cerita pasal safari dulu. Dah nampak signboard safari tu terus rasa wah dah sampai.. Jalan menuju masuk banyak kedai2 jual carrot dan pisang. Jual untuk bagi makan kat binatang dalam safari tu. lepas tu kitorang beli la dua ikat carrot dan dua ikat pisang. Langsung aja ke safarinya ya buk..

Supir tu sempat pesan kalau sampai ke pintu masuk safari nanti jangan bercakap nanti guard yang nak bagi tiket tu tekan harga internasional kalau dengar loghat malaysia kami. Biar pak supir je yang bayar.. Supir kitorang memang sporting gitu. Nama dia pak ratno. Ni kali kedua kami guna servis dia, dulu pun dia jadi supir kitorang. Kali ni pun dia lagi..heheh.. Klu kita dah selesa why not kan?

Tiket masuk safari bogor indonesia dapat harga local lbh kurang rp700000 macam tu untuk 4 org dewasa. Baby tak kena caj..jadi muhammad masuk free of caj

Pengembaraan bermula.. Eksaited mak tau first time dapat masuk safari yang live, yang binatang2 tu duk sebelah tingkap kereta kita je..heheh..jakun kan?

Mulut aku bising nak terang kat dua orang budak comel ni itu zirafah, itu elephant, itu bear, itu babi hutan, bla bla bla..paling best ialah itu tiger... Gila hensem binatang ni.. Teruja aku tengok taring dia yang tajam dari sebelah tingkap.. Bulu cantik terjaga.. Isk memang cantik la ciptaan tuhan yang satu ni.. Tapi tak boleh nak bagi makan.. Kang aku yang kena makan dulu..heheh

Dah habis ronda safari live tadi, terus je pak ratno bawa ke tempat macam taman tema safari dalam tu juga, kalau nak ke toilet ke, nak makan ke, nak main air ke, nak bergambar dengan monyet atau orang utan ke.. kat situ lah semuanya nak pergi.. Nak tengok dolphin beraksi pun boleh.. Kesimpulannya macam2 ada.. Kiranya safari bogor indonesia ni banyak la acara yang best, takdelah boring macam zoo kita..

Pukul 5 petang terus balik bandung semula dan alhamdulillah jalan tak macet macam tadi. Cepatlah sampai.. Tu pun sempat singgah ke toilet awam sekejap sebab anak2 dah meragam pampers masing2 penuh.

Capek jalan ada budak...

Sampai ke bandung terus je singgah restoran padang sederhana..bungkus bawa balik dan saya sangat berpuas hati menu yang ada.. Sedap dan menyelerakan.. Murah pun murah.. Setiap sorang dapat nasi putih, sambal, sayur nangka, timun dan kacang panjang, papa tambah urat dan paru goreng, aku tambah sotong saiz besar, kakak pulak ayam goreng, peria dan supir ayam goreng.. Harga kesemua sekali rp 300010.. Dalam rm30++ la.. Memang best laa..

Balik hotel dan tido...zzzzz

Bersambung

- Posted using BlogPress from my iPad

Bandung hari pertama.. Jalan2 grande

Check in bilik hotel aston tropicana lambat. Ntah kenapa fitry yg reply email confirmation hari tu tak masukkan dalam list daftar masuk. Padahal dah bayar hotel. Check in hotel aston tropicana dalam pukul 11 malam depa. Anak dah meragam. Pukul 1 tido

Next day bgn awal breakfast kat hotel aston tropicana cihampelas. Langsung ke grande factory outlet..takde beli pape, sbb kitorg plan nk ke rumah mode dulu. Tp pak supir kata rumah mode belum buka lagi. Then terus je ke toko tiga sebab supir tu kata dah dekat. Kalau ke rumah mode dah patah balik katanya. Then terus je ke toko tiga. Masuk je terus ke lantai atas bhgn baju perempuan dan cari tempat parking yang selesa. Panas walau ada kipas. Iris dah meragam nak tido. Terus buat susu dan tidokan dia kat kerusi yg ada. Letih sgt le tu tido lambat bangun awal. Aku suh papa pergi cari jeans levis dia sblm iris bangun. Iris ni tak boleh tgk papa dia hilang dari mata dia,menangis macam kena dera je bunyiknye..jenuh nak memujuk.. Aku ni mana reti pujuk budak yang hilang jejak kasih ni..hahah..takdela.. Dia tak makan pujukan aku.. Rapat sungguh dengan papa dia. Rimas tau nggak iris..

Tak terasa pun iris rapat kat papa dia, sbb senang la akunak melayan simuhammad. Aku tak boleh bayang kalau iris tu melekat je kat aku, mesti dak muhammad ni terbiar sebab layan kerenah iris je..heheh

Lepas tu kat toko tiga ni jeans memang lawa2.. Tapi aku tak beli pon.. Papa je beli. Papa cakap jeans toko tiga dah mahal dah. Nk sama harga dengan kl dah. Kalau dulu beli jeans levis kat toko tiga boleh dapat harga separuh dari harga kl, contohnya kalau hrga kl sehelai rm300 kat toko tiga boleh dapat dapat rm150 gitu.. Tapi sekarang dah mahal, hampir nk sama dengan hrga kl.. Tapi papa beli la juga sebab dah sampai kan. Kalau ada perbandingan harga pun dalam puluh2 saje..tak jauh beza

Lepas toko tiga terus ke hotel sebab nak rehat2. Bagi anak2 tido dan selesa. Lepas tu pukul 5 bandung kitorang keluar semula cari makan kat testoren sangkuriang. Dulu nama restoren ni sari pawon. Tapi dah tukar nama ke sangkuriang. Tapi masih owner yang sama. Kitorang order nasi putih, ikan gurame bakar, tomyam seafood, ayam masak ape tah, telur dadar, kailan ikan masin, kangkung belacan, dan sotong petai..air pula alpukat juice gitu..dan air putih.. Ceh konon nak makan makanan sunda, tapi yang banyak makanan thai je..hahah

Mmmmm komen aku

Ikan gurame bakar, aku tak usik sebab tak makan ikan darat atau ikan air tawar. Jadi aku tak tahu rasa sedap ke tak. Tapi papa kata sedap.

Tomyam seafood depa, aku rasa aku masak tomyam lagi sedap kot. Heheh.. Ini komen aku je tau.. Sebab kuah dia macam tak sampai rasa dia kat tekak aku. Tomyam versi sunda gitu.. Then seafood yang ada aku just ratah udang je, sotong aku tak makan sebab hanyir sikit.

Kailan ikan masin ok, kangkung belacan depa ok, telur dadar ok. Sotong petai pulak ok lah.. Tapi kat malaysia lagi sedap rasanya. Sotong pula over cooked. Rasa macam selipar je. Aku kalau makan sotong aku tak suka sotong yang di hiris2 kat bdn sotong tu, konon nak buat corak2 la..sebab sotong yang potong macam tu tak sedap lidah aku rasa. Tak tahu org lain tapi kalau aku ye.. Rasa selipar je masuk mulut. Sotong hiris2 mcm tu kebarangkalian sotong cepat masak adlh tinggi dan menjadi selipar. Heheh

Ayam masak apa tah pun aku tak rasa, sebab aku tak suka makan ayam kat luar, kebarangkalian hanyir tu ada..

Then kitorang langsung aja ke hotel dan tido..capek!





- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Cihampelas,Sukajadi,Indonesia

Friday, December 21, 2012

Bandung.. Kali pertama datang bandung


Hah nama pun kali pertama kan.. Masa tu dtg bandung dengan kakak ipar dan anak2 buah suami. Kalau kali pertama, kitorang tak tahu apa nak beli, mana nak makan, mana nak duduk hotel. So hubby cek in kat holiday inn bandung. Masa tu rasa mmm ok la hotel dia. Kalau rajin jalan ada la factory outlet kat sekitar2 area holiday inn tu.
Masa tu pregnant 4 bulan. So oleh kerana kereta takde, kitorang berjalan kaki je mencari tempat untuk makan. Jenuh nak cari tempat makan, terjumpalah satu gerai makan yang mmmmmm kurang hygiene ckt
Perut dah lapar belasah je lerr
Klu teringat balik pengalaman ni camana aku boleh telan ek makanan tu
Then nama pun baru pertama kali pegi, kitorang tak tahu nak singgah mana. Aduii kaki dah lenguh dah. Then nampak angkot kitorang pun tahanlah angkot tu.. Aduiyaii kelakar kalau teringat. Angkot ni macam van arr.. Tapi kecik ckit.. Pertama kali aku masuk angkot kepala terhentak kat bumbung..oh mak kau
Semua gelak.. Riuh dengan pengalaman memasing naik angkotan.
Then mana2 factory outlet kitorang nampak kitorang masuk padahal FO tu tak femes pun, takde orang pun, apa nak buat babe, pengalaman pertama..hak hak hak.. Rugi di situ je..
Then balik hotel semula, dan tido..meowwww
Esoknya bilik yang di huni kakak ipar kecoh sebab one of them nampak hantu memalam time tido.. Hantu perempuan tengah sembahyang duduk tak bangun2.. Seram terus.. Malam tu diorang tido buka lampu..
Kitorang terus naik kereta sewa dan bergerak ke pasar baru. Yang ni pun pengalaman juga.. Walaupun hingga hari ini aku dah 4 kali ke bandung tapi tak pernah jejakkan kaki ke pasar baru, yang ni pun duduk dalam kereta sahaja sebab hubby cakap tak payah turun, biar dia dan kak long je masuk. Pasar baru terkenal dengan sesaknya.. So kitorang yang tinggal duduk je la dalam kereta sewa tu. sesambil menghilangkan keboringan tu, aku melilau dan meninjau keadaan sekitar dan menjadi pemerhati golongan rakyat bawahan ni. Ada sorang pakcik tua ni sorong basikal yang ada gerai bakso kat atas basikal dia tu. so ada la pelanggan sorang dua beli bakso dia tu.. Hmmmm not bad.. Tetiba sorang daripada kami nak keluar nak pegi beli bakso orang tua tu, uish cepat je aku menegah.. Aku suh dia perhati pokcik tu sekejap camana dia buat bakso.. Tak de yang ralat pun.. Cuma yang tak sedapnye mata memandang, dia cuci peralatan yang dia guna tu kat dalam satu baldi yang airnye tak berganti.. Yucks
Mati selera mak!
Itulah antara cerita aku dolu2 kali pertama ke bandung..
Takde cerita sangat sebab tak tahu pape lagi masa pergi tu
Lepas tu hari berikutnya kitorang bergerak ke jakarta pulak. Duduk kat ibis hotel.. Mak sempitnya hotel ni.. Nak letak bag pun takde ruang. Tapi selesa jugalah.. Ok lah not bad
Sebab utama check in kat ibis hotel sebab dekat dengan restoran garuda indonesia, restoran yang menyajikan selera padang. memang dekatlah.. jalan kai sikit dah jumpa. pastu hubby pulak nak beli baju hard rock jakarta so dekat la tempat dia dengan hotel tu .. Takdelah dekat, kena naik teksi ckit..
Pengalaman juga bila masa kitorang jalan2 gebang2 bandar jakarta, lalu la kawasan gerai2 pembuat satay, pengotornye dorang ni, kembang tekak aku tengok cara dorang ni buat satay.. Tempat dorang simpan daging2 yang dah dicucuk dan standbye nak bakar.. Haiilahh.. Bagi free pun aku tak mahu.. Kotor sikit. Kalau ada orang jakarta baca post aku ni, korang jangan marah ye, memang ini pengalaman aku yang tak dapat nak dilupakan di jakarta. Tapi bukan semua tempat macam tu jakarta cantik banget..tetibe!
Huish macet, ngamen, macet, ngamen itulah yang aku boleh gambarkan bandung dan jakarta. Aku rasa over betul dorang ni minta sedekah.. Seram pun ada. Kalau kat bandung kalau kita tak bagi dia akan ikut je kita, kalau kita masuk kedai, diorang tunggu kita kat luar, klu kita keluar, laju je kejar kita mintak sedekah, sambil mata tu mengekor je tengok kita.. Isk memang tak selesa lah nak shopping.. Rasa nak cucuk mata tu.. Haii ko janganlah tengok dompet aku yang banyak juta2 tu..aku cucuk kang! boleh gitu?
Balik cerita jakarta, oleh kerana kami kebulur sikit kat bandung, maklum le pes taim datang bandung, makanya kami melantak habis habisan kat restoran garuda jakarta. Fuh sedap.. Terbaik.. Memang sedap gila masakan padang kat restoran garuda jakarta tu.. Pernah try masakan padang garuda kat bandung, tapi tak sama macam jakarta.. Kurengg sikit..
Bersambung...kalau rajin..hiks
- Posted using BlogPress from my iPad

Bandung.. Kali keempat datang badung


Yayyyy.. Cuti sekul 2012 ni akan pergi ke bandung selama 7 hari. Mood tgh packing apa yang patut.. Sesambil cari apps kat ipad untuk membuat list senarai barang apa yang nak di bawa.. Heh kalau nak ke bandung jangan bawa barang banyak2.. Sebab sampai bandung nanti barang2 kita pandai beranak sendiri.. Heheh

Kenapa bandung..?

Aku pun tak tahu kenapa bandung, apa tarikan bandung sampai untuk rekod, bandung paling banyak kami visit sejak akhir2 ini.

Mungkin sebab cuaca bandung yang nyaman dan sejuk, harga barangan yang murah berbanding malaysia dan banyak tempat2 menarik yang boleh di lawati tambahan makanan mereka yang boleh diterima tekak berbanding bercuti ke hongkong atau shenzhen yang menyebabkan kami sekali lagi memilih bandung..

Hoyeah bandung..

Lepas tu kemudahan pengangkutan yang mudah juga menjadi faktor utama, air asia yang beroperasi 3 kali sehari ke bandung memudahkan kami yang suka melepak santai kat bandung ni suka ke sana.

Nasibla iols belum resign suri rumah.. Kalau tidak takdenye nak berjalan ke bandung.. Next entry akan aku bercerita apa yang best dan patut dibuat kat bandung..klu rajin lahhh..

Ciaw


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, December 14, 2012


Itu lagu fynn jamal, 150 juta kali..
Cover version by ainan tasneem..
Hmm
Saya sayang sayang saya..
Suamiku...
Awal pagi aku bingkas bangun, dapatkan dokumen2 untuk melapor diri untuk dapatkan pengesahan dari pegawai kumpulan A..
Nah abang.. Tolong sahkan ye..hehehe
Sayang.. Tak payah la pegi.. Sian anak..
Alah...(baca dgn gaya manja)
Dia sibuk sms org sana, sms org sini..memang itu lah kerja dia.. 24jam sms.. Memang itu kerja dia.. Kalau dia tak layan sms yang masuk..alamat penduduk satu kawasan dalam kl atau selangor tak boleh menelefon atau sms org lain..
Sayang..tengok flight tiket, kita p bandung
Abang ni..saja tau..hahahah
Sayang tak payah la pegi kerja tu.. Kerajaan takde duit pun..
Hahaha
Geli hati aku tgk kerenah suamiku
Bersungguh2 dia
Aku pula jadi 50-50
Wake up wake up...
Umur aku dah meningkat..
kwn2 lain dah berjaya..aku masih di takuk lama
Masa ni lah untuk bekerjaya..
Tidak bersyukurkah aku?
Sangat bersyukur..
Semua kemudahan suamiku lengkapkan.. Dari aku pakai handset sony ericson hinggalah menggunakan ipad mini.. Suamiku berikan everything
Apa lagi yang aku nak?
Sayangku..
Aku nak bersosial
Aku nak berkomunikasi
Aku nak berkomuniti
Duduk rumah menjadi surirumah membuatkan aku tiada kawan
Aku tak reti duduk sembang dengan jiran
Pemalu..
Konon..
Suamiku adalah kawan terbaikku..
Tapi hidup kalau takde kawan lain pun tak best juga..
Esok kalau suami takde aku nak bertanya siapa
Kan?
Thats why aku nak bekerja
Training hidup..
Saya sayang sayang saya..
Kita gi bandung tahun depan ye abang,,sopink henbeg sampai lebam..i loikee
P/s: Nota ringkas untuk suamiku
- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Saya sayang sayang saya

Hari hari terakhir sebelum aku resign menjadi suri rumah

Alhamdulillah

Aku tak tahu nak luah apa..

Aku dah redha.. Tapi belum cukup kuat sebenarnya.. Hahaha

Kenapa aku gelak.. Sebab lagi berapa hari lagi aku melangkah menuju alam kerjaya.. Alam impian semua penganggur di malaysia

Aku salah seorangnya. Tapi pasti aku akan merindui alam menganggur itu, walaupun aku tak pasti samada aku akan melapor diri kat tempat kerja atau aku batalkan niat meletak jawatan sebagai suri rumah

Berat...

Hati tak tahu mana yang patut di putuskan...

Setelah aku bertungkus lumus membuat persiapan memohon jawatan dalam kerajaan tersebut..

Beli buku itu

Beli buku ini

Untuk aku bersiap sedia pada ujian penilaian yang ditetapkan

Akhirnya aku lulus temuduga

Walaupun aku mengulangkaji tak cukup masa

Cahaya lampu iphone menjadi penyuluh ketika aku membaca

Dan juga ketika aku menyusukan anak aku tetap membaca..

Aku lulus ujian saringan itu

Sekali lagi bila tahu keputusan panggilan ke temuduga

Aku berada di kampung ketika itu,

line internet tiada

Aku minta suami beli buku itu beli buku ini

Beli ebook sebenarnya

Walaupun dah beli, tapi aku tak dapat baca sebab internet yang lemah menyukarkan untuk muat turun apa apa

Hari terakhir di kampung

Aku pulun push adik lelaki aku suh print 200 muka surat ebook tu kat cyber cafe di pekan yang terdekat

Terbang lagi duit aku

Bukan sikit duit aku habis untuk memohon jawatan kerajaan tersebut

Bila dah print semuanya.. aku blur, aku tak tahu mana satu nak baca..

Tebal...

Esok flight malam

Esok juga nak ronggeng shopping mall sebelum flight

Pasal apa aku ni tak risau ngan temuduga tu

Entah...

Aku pun tak tahu

Memang selamba gila

Dlm fligh sure aku tak membaca

Malas..

Sampai rumah kelamin pukul 12 tgh malam aku pulun tidur.. Penat dalam penerbangan

Esok pagi sebok aku fotostet semua sijil2

Ya ampun nak sah kan pulak

Temuduga esok, nak pengesahan hari ini.. Mana sempat.. Sijil tebal

Pening...

Pegawai yang boleh sahkan dokumen kat kawasan aku ni busy.. So drop kat dia, lagi dua tiga hari baru collect

Waaaaaaaaa

Esok temudugaaaaaa

Suamiku tersayang bawa semua dokumen ke pesuruhjaya sumpah

Sekeping rm3 dia caj

Darablahhh dengan sijil2 berkeping2 tebal tu

Terbang lagi duit aku

Demi jawatan kerajaan itu

Bila selesai temuduga

Aku pun lega.. Walau penuh kenangan mencuit jiwa.. Antaranya minum air paip sbb lupa bawa air, kantin tak tau mana letaknya.. Kalau tak minum tekak perit mngadap penemuduga..

Darurah...

Wakakak

Tobat takkan berulang lagi

Geli pun bila teringat

Now....

Keputusan temuduga menyatakan aku berjaya mendapat jawatan itu

Tapiiii.....

Suamiku yang tersayang

Suamiku yang banyak mengorbankan masa, wang dan tenaga untukku menghadapi temuduga dan ujian saringan

Berat hati untuk menandatangan surat perletakan jawatan suri rumah ku

Suamiku risau tentang bayi kami yang baru berusia 11 bulan

Bila begini

Aku pun serba salah

Tak tahu nak buat apa

Redha suami amat penting

Tapi suamiku...

Aku nak sangat bekerja

Tapi aku juga tak kuat meninggalkan anak pada pengasuh

Jadi aku sekarang memang buntu

Walaupun persiapan untuk tarikh melapor diri aku dah buat

Tapi

Hati tetap rasa tak ingin bekerja lagi

Kerana anak2 ku..

Berperang dengan perasaan sendiri

Mcm2 pujukan aku untuk aku sendiri

Tapi hati tetap berat hati

Susah macam ni

Ya Allah..jika jawatan itu bukan rezeki ku.. Kau tunjukkan lah jalannya

Walau aku yakin sebenarnya jawatan itu anugerah mu untukku..

Kerana mengharunginya aku rasa amat mudah walaupun aku tak cukup persediaan

Kalau dah rezeki kita..tetap rezeki kita..

Subhanallah

Aku harap ada jawapannya

Sebelum aku resign suri rumah atau aku menolak tawaran tersebut..

Allah jualah yang maha mengetahui segala



- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, October 23, 2012

I LOVE YOU STUPID!





I love you stupid firman... Meowww.. Oh haruslah aku meminati watak firman, sangat sexy.. Hot.. Pedass lagi berapi.. Kalaulah firman itu wujud, aku sanggup beratur mnjadi madu Iris Nur.. Nak lawan bertinju pun takpe.. Adoii mcm lawan dgn ank aku lak.. Nama ank aku pun iris.. Hahah itu hanya intro.. Klu firman wujud pun, suami aku juga makhluk paling hot dan sexy.. Adoila.. Inilah penangan novel melur jelita.. Bahasa sarkastik kekdahnye..

Meh la aku cerita sedikit novel I love you stupid karya melur jelita ne..

Aku lama tak ngadap novel.. Last ngadap masa tingkatan 4 dulu, lbh kurang dah 12 tahun.. Haiilah hobi aku ni tet tet tet kat internet.. Then tetiba je aku masuk kat website melur jelita yg famous tuww.. Eh ada sinopsis.. Oh my gosh.. Eh tukar.. Ya Allah, this novel must have! This novel must have!

Gatal jari tekan mph online, pastu tekan karyaseni punya web lak.. Oh rugi 3 rengget okeh klu beli kat mph..hehe kedekut kan? Aku kan dah feeling rakyat kemboja bila membaca sinopsis i love you stupid kat web melur jelita, aku tak nak makan serangga seperti lipas, lipan dsbnya.. Harusss berjimat.. Ehh wajib berrrjimat

Cerita latar ttg seorang gadis jutawan yg lasak tapi gedik dan sgt cantik suka mendiva tapi tak seksi bernama Iris Nur, anak usahawan pokcik zakaria.. Datuk zakaria hokayy.. Seorang jutawan gedung textiles yang menaungi Iris'z Moda..

Suka mendiva dan pantang nampak lelaki hot akan jadi desert mata, hanya utk suka suka, cuci mata.. Woww paling stylo abang pedas jadi sasaran.. Uhhh aku tak tahu nak gambarkan apa.. Parfait parfaitt..korang belilah novel yang hott ini.. Tebal tau.. Rege rm 39, tapi sgt berbaloi.. Beli kat karyaseni rm 36.. I loikke

Paling aku sedih ketika ahmad meninggal dunia, sedihnya menangis2 baca sampaikan anak aku iris umur tiga tahun pujuk aku, usap belakang badan aku.. Siapa ahmad di hati iris? Korang kena baca. Ahmad berjaya menyedarkan iris dari terleka selepas firman berhempas pulas mendidik iris secara halus dan kasar.. Uhh memang kasar, aku baca ni pun ikut sakit badan lebam sana sini.. Tapi firman sangat gentleman, hot and sexy tau.. Hot dan sexy dari segi iman dan ketaatan pada mai tuan. Mata yang tajam dan cantik dan mempesona.. Romantik, maskulin, six pax gitu.. Aih puji lebih2 nampak.. Bayangan aku utk watak firman lebih ganteng dari dan kacak dari gambar abang pedas yang sebenar..

Bacalah novel ni.. Tak rugi.. Penuh unsur tarbiyah, gedik bermaruah, mendiva memanjang tapi tak usha lelaki sembarangan, anak yang soleh, i told you.. Sangat enjoy membacanya.. Tak bosan.. Ada unsur saspens.. Ada unsur kelat, sedih, masam, masin, malu.. Dan 18sx yg beriman.. Meowwww


Friday, October 5, 2012

Tadak kija.. Suri rumah best tau

Heheh ini lah kija seorang suri rumah.. Sapa sorang suri rumah kat sini angkat tangan..!!





Nampak tak butik aku ramai pelanggan.. Yeah bisnes.. Bisnes..

Untung aku dh banyak.. Tapi malas nak buat renovation butik.. Kedekut tak.. Kedekut tak..?? Heheh.. Aku aim dpt sejuta baru nk buat renovation.. Heheh..

Sapa ada apple atau android boleh main game ni.. Yg lelain aku tak tahu.. Ni namanya memanfaatkan gajet yang ada.. Korang boleh download apps fashion story kat play store android atau apps untuk apple.. Heheh jom ramai- ramai kita bisnes butik..

Suka game ni sebab boleh belajar selok belok butik..


Hoyeah.. Kat bwh ni pulak gang2 seantero dunia punya butik.. Isk cantik2 pula tu..best best











Moralnya.. Bestnya jadi seorang suri rumah.. BAnyak masa bersama anak dan bisnes butik lagi.. Ngeeeee


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, September 28, 2012

Belanjawan malaysia 2013

Tetiba pulak aku rajin nk update pasal belanjawan hari ini, pasal dia sebut kampung aku tu yg amik tau, mana tau ada peluang boleh dibuat kat tanah kitorang kat sabah tu.. Dah masuk bajet 2013 ni harap ada sesuatu..Lets cekidaut..

Kredit tu amazing nara

Belanjawan/ bajet 3013

Fokus 1: Mengarang Aktiviti Pelaburan
PELAKSANAAN 12 NKEA | BUDGET 2013
1.Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
- Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
-Pengindahan Sungai Klang (River of Life); dan
-Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan
MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK | BUDGET 2013
2.Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA
3.Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan
MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA | BUDGET 2013
4. Pembangunan PKS
-Skim Pembangunan PKS – RM1 Bilion (SME Bank)
- Pelan Induk PKS (2012-?2020) – RM 30 juta bagi tahun 2013
-Dana Industri Halal – RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal
5. Penjaja dan peniaga kecil
-Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit)
-Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor)
SEKTOR PELANCONGAN | BUDGET 2013
6. Merancak Sektor Pelancongan
- Program Tahun Melawat Malaysia 2013 / 2014 dengan sasaran 26.8 juta pelancong
- Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang
mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan
HAB DAGANGAN MINYAK DAN GAS | BUDGET 2013
7. Insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum:
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10 tahun
-Pengecualian cukai pegangan
-Pengecualian duti setem
8. Projek pelaburan minyak dan gas:
-Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid)
-Terminal minyak dan gas – Johor dan Sipitang, Sabah
- Loji Regasifikasi di Melaka
9.Insentif cukai ke atas Program Global Incentive for Trading (GIFT) sebagai menjadikan Malaysia Hab dagangan komoditi antarabangsa :
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 3 tahun pertama operasi syarikat dagangan LNG
-Memperluas dagangan komoditi di bawah program GIFT seperti pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas dan kimia.
PENEKANAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN | BUDGET 2013
10. Mencergas sektor pertanian & perladangan
-Pembangunan program pertanian melalui aplikasi teknologi terkini – RM 30 juta
-Meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan – RM75 juta
- Program penanaman semula pokok kelapa sawit – RM432 juta
- Pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi – RM127 juta
- Memperkasa Projek Azam Tani – RM 41 juta (manfaat hampir 6,700 peserta)
11. Menambah 4 kawasan jelapang padi baru – keluasan 19 ribu hektar
-Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan
- Jangkaan menghasilkan 104 ribu tan metrik & penyertaan 12,237 pesawah
INSENTIF UNTUK NELAYAN | BUDGET 2013
12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan – manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan – perlindungan hingga RM100,000
MENINGKAT AKTIVITI PERTANIAN | BUDGET 2013
15. Penerusan subsidi dan insentif pertanian – RM2.4 bilion
- Pemberian Subsidi Harga Padi -? 480 juta ringgit
- Pemberian Subsidi Baja Padi -? 465 juta ringgit
- Insentif Peningkatan Hasil Padi -? 80 juta ringgit
- Insentif Pengeluaran Padi -? 563 juta ringgit
- Subsidi Harga Beras -? 528 juta ringgit
- Subsidi Benih Padi Sah -? 85 juta ringgit
16. Skim Perlindungan Takaful Pertanian
- Jumlah pampasan sehingga RM13,000
- Manfaat kepada 172 ribu pesawah
MENCERGASKAN PASARAN MODAL DAN KEWANGAN | BUDGET 2013
17. Pasaran Modal
- Menerajui terbitan sukuk – RM171 bil. @ 71% drpd jumlah terbitan sukuk global
-Terbitan sukuk tunggal terbesar dunia dengan nilaian RM30.6 bil. – PLUS Berhad
-Penubuhan Pusat Promosi Pasaran Modal di Suruhanjaya Sekuriti
-Program Graduate Representative – melatih 1,000 graduan dalam pasaran modal
18. Tawaran Awam Awal (IPO)
-Terbitan dua daripada tiga IPO terbesar di dunia – FELDA Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) dan IHH Healthcare Berhad (RM6.3 bilion)
19. Pasaran Bon dan Sukuk
- Rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit – Suruhanjaya Sekuriti
- Pegangan bon dan sukuk runcit oleh individu
- Potongan cukai dua kali bagi menerbitkan bon dan sukuk runcit
- Pengecualian duti setem ke atas surat cara dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
- Potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun bagi terbitan AgroSukuk
MENGGALAKKAN AMANAH PERNIAGAAN | BUDGET 2013
20. Pengendalian perniagaan melalui Amanah Perniagaan
-Layanan cukai sama seperti syarikat
-Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah
21. Tambahan peruntukan modal Danajamin -? RM400 juta; 2 tahun
-Merancak penerbitan bon dan sukuk oleh syarikat
22. Penubuhan Yayasan Pasaran Modal -? RM 100 juta
- Pembangunan modal insan bagi industri sekuriti
23. Tun Razak Exchange (TRX)
- TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menawakan 40 ribu peluang pekerjaan
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX)
- Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee
- Pengecualian cukai bagi pemaju hartanah
24. Pembangunan Wakaf Korporat
-Merangka Pelan Induk Wakaf Korporat – JAWHAR bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri
PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA | BUDGET 2013
25. Projek MRT -? sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera
26. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank -? RM 1 bilion
27. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
-Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Disember 2013
-Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
-Meningkatkan kelayakan pemegang syarikat sehingga RM20 juta
28. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
-Peruntukan 2013: RM350 juta , termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India
Fokus 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan
MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN | BUDGET 2013
29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 -? 2025
- Peruntukan sektor pendidikan -? RM38.7 bil. @ 15% dari keseluruhan peruntukan
- Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
- Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)
30. Pembangunan Sektor Pendidikan
-Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah(RM1 Bilion)
31. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
-Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN – RM1.2 bilion
- Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak?kanak swasta
- Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan kanak?kanak
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 % setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak?kanak dan prasekolah swasta
32. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU
-OKU down syndrome, autisme, OKU penglihatan, OKU pekak dan bisu, OKU fizikal dan OKU masalah pembelajaran
LATIHAN & KEMAHIRAN | BUDGET 2013
33. Peruntukan dalam latihan teknikal dan vokasional – RM3.7 bilion
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran – RM440 juta
- Peralatan ILP & IKBN – RM366 juta
- Program latihan berstrategik tinggi – melatih 5,000 orang
- Program RAPID di Pengerang – melatih 300 belia dalam bidang minyak & gas
- Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN -? melatih 3,200 pelajar India
34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) – memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya
35. Skim Latihan 1M’sia – potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat
36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO
Fokus 3: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti
MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA | BUDGET 2013
37. Pembangunan PKS
-Harta intelek dijadikan cagaran untuk peroleh pembiayaan
-Penyediaan Dana Pembiayaan Harta Intelek -? RM200 juta (Kerajaan menanggung 2% kadar faedah dan CGC menjamin 50%)
-Program latihan penilai harta intelek – RM19 juta
MEMPERGIAT AKTIVITI R&D | BUDGET 2013
38. Peruntukan R&D kepada 5 Universiti Penyelidikan – RM600 juta
- Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi
- Bidang strategik: nano teknologi, automatif, bio-teknologi & aero-angkasa
39. Insentif cukai kepada syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti R&D
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan
-Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatan
40. Mengarusperdanakan program kreativiti dan inovasi
-Program Inovasi Inklusif – kerjasama agensi Kerajaan & NGO
PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU | BUDGET 2013
41. Menambahbaik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
-Tambahan peruntukan bagi SPTH RM2 bilion
-Pelanjutan tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2015
Fokus 4: Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam
PENGUKUHAN KONSOLIDASI FISKAL | BUDGET 2013
42. Memastikan defisit fiskal terus berkurangan dan mencapai bajet berimbang – 3% menjelang 2015
43. Memperkukuh sistem percukaian negara
-Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama
44. Perolehan Kerajaan dan pembelian berdasarkan prinsip value for money
MENGUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM | BUDGET 2013
45. Meningkat kecekapan Perkhidmatan Awam
-Penekanan kepada amalan kerja secara cepat, tepat dan berintegriti
-Perkhidmatan yang lebih efisyen, efektif dan responsif
46. Pesara Kerajaan
-Menyelaras mininum pencen yang berkhidmat sekurangkurangnya 25 tahun: daripada RM720 kepada RM820
-Manfaat kepada 50,371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)
47. Warga Emas
- Diskaun 50% bayaran pemprosesan pasport (tempoh 5 tahun:RM300 ke RM150 dan tempoh 2 tahun:RM100 ke RM80)
-Berkuatkuasa Januari 2013
48. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM
- Menambah baik kelayakan masuk (Ijazah – pegawai; Diploma – askar Laskar)
- Kenaikan pangkat secara time-based (8 tahun: Prebet ke Lans Koperal & Lans Koperal ke Koperal)
- Bayaran insentif khas RM200 sebulan (manfaat: 125,708 anggota ATM)
- Menaikkan elaun khidmat tugas anggota Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut & Udara (dari RM4.00 sejam ~ RM7.80 sejam)
49. Pesara Tentera tidak Berpencen (berkhidmat kurang 21 tahun)
- Bantuan tunai one-off, RM1,000 – manfaat 224 ribu bekas tentera
INSURANS BERKELOMPOK TENTERA DAN POLIS | BUDGET 2013
50. Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota Tentera & Polis
- Had perlindungan maksimum: RM15,000
- Manfaat kepada hampir 242,000 anggota
PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM | BUDGET 2013
51. Bahagian Pinjaman Perumahan (MOF) akan disusun semula
-Bank komersial sebagai panel bak yang menguruskan pinjaman
-Manfaat dan bantuan sedia ada kekal (kadar peratus 4%)
52. Wang proses permohonan pinjaman perumahan
- Mengurangkan caj wang proses (dari RM1 setiap RM1,000 pinjaman kepada RM100 falt rate)
PELATIH PRA PERKHIDMATAN | BUDGET 2013
53. Pelarasan elaun PraPerkhidmatan
- Menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan
- Manfaat kepada 13 skim dengan anggaran 31,135 pelatih
Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat
INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA – PFI 2 | BUDGET 2013
54. Menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat.
MENGURANGKAN KADAR JENAYAH | BUDGET 2013
55. Inisiatif mengurangkan kelakuan jenayah
-Tambahan perjawatan baru polis
-Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal – rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan
-Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis
- Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
56. Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman
-Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan – geran RM10,000 kepada persatuan penduduk
-Mempertingkat peranan rukun tetangga (KRT) – 6,500 KRT menjelang 2013
-Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif
-Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan
MENAMBAHBAIK LALUAN KERJAYA WARGA PDRM | BUDGET 2013
57. Kajian secara komprehensif sedang dijalankan oleh pihak JPA
MENAMBAHBAIK SPRM | BUDGET 2013
58. Tambahan 150 perjawatan sehingga 5,000 anggota
59. Memperbaiki kedudukan Kerajaan dalam Indeks Persepsi Rasuah
YAYASAN BANTUAN GUAMAN | BUDGET 2013
60. Tambahan peruntukan RM20 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman
MEMACU TRANSFORMASI KOMUNITI | BUDGET 2013
61. Penubuhan National Strategic Coordination Unit
- merancang dan menyelaras program menyeluruh UTP dan RTP
62. Perluasan 6 UTC di seluruh negara
- Alor Star, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu & Kuching
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan & swasta dalam 1 bangunan
63. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara
- Melaka, Johor, Pahang, Sabah & Sarawak
- Menyediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di 1 pusat integrasi
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN MASYARAKAT ORANG ASLI | BUDGET 2013
64. Projek pembangunan infrastruktur luar bandar
-Bina 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa – manfaat 220,000 penduduk
-Projek bekalan air – manfaat 24,000 rumah
-Projek penyambungan bekalan elektrik – manfaat 19,000 rumah
-Program Desa Lestari – melibatkan 29 kampung dan manfaat 38,000 penduduk
-Program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli – RM88 juta
-Membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak
KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN | BUDGET 2013
65. Projek pembangunan perkhidmatan kesihatan
-Peruntukan RM19.3 bilion bagi perkhidmatan kesihatan
-Membaik pulih 350 buah klinik Kerajaan – peruntukan RM100 juta
-Tambahan 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara
66. Klinik 1Malaysia
- Tambahan 70 Klinik Rakyat 1Malaysia (keseluruhan 240 klinik di seluruh negara)
- Menyediakan perkhidmatan ujian darah, ujian kolesterol & glukosa serta ujian urin
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT | BUDGET 2013
67. Program pembangunan wanita dan masyarakat
- Program Pengarah Wanita ? melatih 500 wanita sebagai Ahli Lembaga Syarikat
- Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I?KIT)
-Program Get Malaysian Business Online (GMBO) – geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil untuk membangunkan website
-Pemeriksaan percuma ujian Mamogram – manfaat 100 ribu wanita
- Program KAR1SMA – manfaat RM1.2 bilion
-Program 1AZAM – manfaat 58,330 peserta
68. Tambahan 6 Anjung Singgah dan 5 Anjung Kasih di seluruh Negara
BELIA DAN SUKAN | BUDGET 2013
69. Program pembangunan Atlet dan Sukan
- Penyediaan atlet ke kejohanan sukan antarabangsa – Sukan SEA, Sukan Para ASEAN, Sukan Komanwel dan program Road to Rio
- Pembinaan Akademi Badminton di Bukit Kiara
- Pembinaan kompleks Velodrom tertutup di Seremban
70. Program pembangunan belia
- Program Y-Creative – penglibatan persatuan belia seluruh negara
- Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) – usahawan muda menceburi bidang ICT
- Penubuhan Young Enterpreneur Fund – pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
- Program 1M4U – menggalakkan aktiviti sukarelawan belia
71. Rebat RM200 kepada belia 21?30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G – manfaat 1.5 juta pengguna
GOLONGAN SENIMAN & KARYAWAN | BUDGET 2013
72. Bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan berdaftar
MEMPERLUAS JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM BANDAR | BUDGET 2013
73. Penubuhan perkhidmatan bas RapidKuantan pada 1 Disember 2012
74. Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan – RM3,000
PERUMAHAN UNTUK RAKYAT | BUDGET 2013
75. Pembinaan hampir 123,000 unit rumah – RM1.9 bilion
76. Menambah baik Skim Rumah Pertamaku:
- Had pendapatan pinjaman Individu dari RM3,000 kepada RM5,000
- Had pendapatan pinjaman bersama suami-?isteri kepada RM10,000
- Nilai maksimum hartanah RM400,000
- Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga 31 Dis. 2014
77. Kajian Semula Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT)
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan tidak melebihi 2 tahun: RPGT 15%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 2 hingga 5 tahun : RPGT 10%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 5 tahun: RPGT tidak dikenakan
78. Insentif cukai pemulihan perumahan terbengkalai:
-Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada kontraktor penyelamat;
- Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman;
- Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan; dan
- Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah.
BANTUAN DAN SUBSIDI | BUDGET 2013
79. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
-Bantuan tunai RM500 – isirumah berpendapatan ? RM3,000
-Bantuan tunai RM250 – individu bujang berumur 21 tahun ke atas ? RM2,000
80. Pengurangan subsidi gula 20 sen (Kerajaan masih menanggung 34 sen
dengan perbelanjaan RM278 juta)
81. Subsidi minyak masak (penstabilan harga) – RM 1.5 bilion
82. Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
-Subsidi kos pengangkutan (LPG 14kg setong: asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Tambahan 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan
83. Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri Sarawak-?Labuan-?Sabah
84. Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barangan Sarawak?Labuan-Sabah
BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM | BUDGET 2013
85. Pemberian 1 bulan setengah bonus
MEMPERMUDAH IBADAH HAJI | BUDGET 2013
86. Membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran RM3,000
KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI | BUDGET 2013
87. Individu: kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan – RM2,500 ringgit ~ RM50 ribu
88. Koperasi: kadar cukai pendapatan dikurangkan antara 1 ~ 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai
MERINGANKAN BEBAN PENGUSAHA BAS | BUDGET 2013
89. Bantuan kepada pengusaha bas sekolah :
-Pemberian rebat RM10,000 dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman membeli bas baru untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun dengan kapasiti 12 hingga 18 tempat duduk
-Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah (had perlindungan sehingga RM100 ribu)
MENGURANGKAN KOS PEMBELAJARAN PELAJAR | BUDGET 2013
90. Program kebajikan kepada pelajar sekolah ? RM2.6 bilion
-Merangkumi bantuan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, bantuan buku teks
91. Program bantuan persekolahan – RM100 kepada pelajar sekolah
-Manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5
92. Program Baucar Buku 1Malaysia – RM250 kepada pelajar universiti
-Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6
93. Menaikkan pelepasan cukai SSPN daripada RM3,000 kepada RM6,000
PINJAMAN PTPTN & SKIM SSPN | BUDGET 2013
94. Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30 September 2013)
95. Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten
AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) | BUDGET 2013
97. Pihak GLC menyokong usaha CSR
-FELDA: Membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan FELDA, membaiki rumah-?rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran
- Yayasan 1MDB: pemberian geran pendidikan, Klinik Bergerak 1Malaysia & program membaikpulih rumah – RM300 juta
-Syarikat GLIC dan GLC (RM500 juta) dalam pembangunan komuniti, biasiswa


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, September 26, 2012

Seharian basuh peti sejuk

Semalam adalah hari aku buat cuci cuci peti sejuk refrigerator fridge rumah aku ni yang selalunya kalau setiap kali buka pintunya, mata aku jadi pusing pusing spinning rolleyes (siap nampak bulan bintang)

Since raya hari tu (yeke raya) aku tak menyempat membasuh peti sejuk ni sebab anak aku la yang hencem tu tak bagi aku cuci peti sejuk tu..

Walaupun dua beradik saje..tapi mak diorang sangat sebok mengalahkan mak enon yang beranak 13..


Bangun jek dari tidur, cuci mulut dengan air liur, tak sempat jumpa pencuci muka, habih semua mak jemah ni memunggah isi perut dari fridge tu.. Uikkkk nampak sikit, tapi boleh tahan penuh satu dapur juga la.. Aku pun memulakan tonyoh sana, tonyoh sini, sental sana, lap sini..anak dara aku sorang tu, datang bantu sikit sikit.. Kgkadang syok juga ada tukang bantu ni, ceria jugak lah hidup aku walau tengah stresss nak basuh peti sejuk tu..

Stress laa..belum cerita pasal sekejap2 iklan tak berbayar dari si adik ni nak menempel kat kitala.. Nak menyonyot sekejap2 la.. Haihhh grrrrr.. Kesannya.. Kesannya cuci benda mudah tapi amik masa satu hari baru siap.. Aku start pagi pukul 7 lebih punggah barang, siap hampir ke isyak baru settel semua..






inilah hasilnya selepas memunggah semua.. peti sejuk aku nampak baru..siap ada selotape biru lagi datang dari kedai macam baru beli.. heheh punyalah malas nak buang tape tu.. boleh buat deco dalaman..



setelah semua barang di punggah keluar.. inilah hasilnya




segala macam mak nenek food dalam ni aku punggah, mana tak bernasib baik..tong sampah!









kami pakai brand ni..panasonic inverter ecoNavi.. alah semua brand pun sama.. made in china juga tu asalnya.. depa ni rebranding sajork..heheh




inilah hasilnya selepas di organize betul betul.. terlupa ambil gambar sebelum dan selepas.. gambar sebelum memang comfirm juling nengoknya.. 











- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, September 16, 2012

Biarlah blog berbicara

Tajuk seram je.. Jiwang.. malas update blog psl aku jns tak tahu nak cerita apa, nk luahkan apa, walau masalah bertimpa2, walau kesedihan dan kegembiraan berselang seli, tak retinya nk cerita pd semua org.. suka klu jumpa tu tenang.. Aku tak kacau dorang, dorang tak kacau aku.. Lantak kau lah.. Janji tak perabih beras aku..gelisah kalau jumpa orang tapi topik cerita lebih kepada mengumpat dan mengutuk.. Uikk sedap tu memang sedap.. Mengutuk tu memang best kan.. Syokk je dgr kelemahan org lain, kna batang hidung baru taww!

Mengutuk memang best!

Korang pnh tak jumpa isteri bermasalah, aku ramai kenalan jenis ni, dengan merokok dia, tak padan br bersalin smoking dekat baby, dengan berfesbuk cinta dgn llki lain..haih la..aku ikut penat pusing pala tgk gelagat dorang.. Busuk tau klu perempuan tu merokok.. Huduh banyak.. Heheh..

Nanti sambung.. Ngantukk

Iphone 5 cun de vass.. Iklan berbayar sat!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, August 7, 2012

Kain sutera yang mengada

Amat tension betul kala ini, kain dahlah mahal kemain, sepasang arround 300 rengget tak menahan mahal, penat jahit sampai 4 helai kain sutera sekali, dalam hati nk pkai sakan raya ni, bolehh aku merosakkan sendiri baju aku..arghhh tensiyon tensiyon..




Antara baju sutera yang hancur oleh aku.. Ko hado.. This time itu bajus masih cantik dan shining.. Now nk campak kelaut.. Yg lain2 kain cotton so tak efek kesengalan aku buh serbuk pencuci banyak2..


Habis keempat2 baju tu dh mcm baju lama, takde rupa baju baru.. Semuanya gara2 kurang cermat aku.. Tu lah lain kali beringat.. Kain sutera jangan basuh mesin basuh, jangan guna serbuk pencuci biasa.. Mengada ngada nk basuh dgn pencuci biasa padehal???? Padan muka.. Dahlah tuang detergent banyak tak hengat.. Pdn muka ko makcik..

Di kala ini memang mood hancuss kelaut..benci pd diri sendiri.. Pasal apa la aku kurang cermat kali ini.. Iris nk susu pun aku tak dengar.. Kalau aku dengar naya aku suh dia minum air kosong.. Haha kejam kejam.. Betul2 moody je.. Sabar2 puasa kurang pahala kalau marah2..

Adoiiii.. What can i say.. Padan muka kau makcik..LOL


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 29, 2012

KASUT SKETCHERS YANG CUN..


assalamualaikum wbt

alhamdulillah..semalam masa pusing Isetan kat KLCC, eh lom masuk Isetan lagi, masa kitorang keluar dari Isetan sebab nak ngejas budak kecik muhammad ni masuk sling pouch tu, papa masuk kedai Timberland.. dia nak cari baju raya katanya.. sementara menunggu papa nengok bajuz yg dia nak grab, aku terpandang kedai kat depan yang baru je aku nampak iklannye kat majalah Harmoni edisi HijabStar dan dalam hati wahh cantik2 la kasut mereka.. dah ada depan mata ..

papa, mama masuk kedai depan tu yek..

ok

aku harung pegang tangan si kakak Iris dan sesambil dukung Muhammad.. gigih nak masuk kedai Skechers tu.. dalam hati jahat juga kata ala ni kedai Made In China ni.. jom kakak kita nengok2 cuci mata tengok kasut budak yang funky2.. siyesly babe kasut dorang cantik babe.. tapi untuk makluman Skechers bukan MADE IN CHINA yang selalu jual kat upTown tu..

hehehhe

korang, satu satu aku belek kasut Skechers. wah tau tau cantik siyesly cantik terutama untuk gigirl. aku berkenan satu untuk si kakak ni, tapi papa lak tak berkenan. ngeeee

so papa suh aku cari kasut untuk aku pula.. rezeki walaupun aku aim nak beli kasut Clark tahun ni, kasut sama macam 2 tahun lepas..errrr ye dua tahun lepas, tahun lepas aku takde kasut raya sebab kasut raya aku dua tahun lepas masih elok, tu bagus beli kasut mahal, menang nak memakai..

tapi aku ni kalau beli kasut aku tak suka yang bertumit berinci inci tu, yang meriah bagai tu.. nak yang simple dan kaki aku tak sakit kalau dukung anak apatah lagi nak travel jauh2..

so ini lah hasilnya..

dah terbayang betapa selesanya kaki aku kalau pergi travel jauh2 nanti..

Skechers.. kau hamat cun.. ehhh tak.. kau hamat selesa tau2.. tak cun pun.. simple jek..by the way aku memang suka design macam ni sebab nampak kaki aku a bit comel..wakakak perasan betul




Shape Up, Healthy Living.. 
tapak kasut yang boleh bounce bounce toing toing...

kakak Iris cakap..
 "mama.. Aisy nak eluk kasut" (Iris nak peluk kasut..)
ngeeee ape ape je lah



haruslah aku berjimat pakai bnda alah ni, 
pasal... harga dia boleh bayar seorang bibik indonesia untuk sebulan..ikut sistem dululah..

to papa.. terima kasih byk2..
 takpe kasut ni akan jadi kasut raya mama untuk 5 kali raya..
ngeeeee

korang..

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA..

Thursday, July 12, 2012

wanita dan lelaki mengamuk dekat JPM

uihhh lambatnye kau hapdet..orang lai dah tukar tajuk lain dah.. aku lambat update sebab aku pun tengah busy..hehehe

isk kesian betul watak2 dalam serangan kat JPM tu.. wanita bernama Muhdalina Ahmad dan Khalil Afandi.. aku buka kesian apa..aku kesian kat anak yang diorang tinggallkan. sebagai seorang isteri tak perlulah bertindak sedemikian. pada aku sangat tak patut.. berjuang untuk apa kalau rumah tangga pun tak terurus. kenapala terlalu taksub dengan teori konspirasi tuh semua. Teori konspirasi tu aku ada juga selak dua tiga web, sifat ingin tahu dan berangan tu memang ada.. tapi takdela sampai taksub macam tu sampai nak mengaku Imam Mahdi dan bla bla bla..adoiiii dulu ya..siang malam terfikr teori konspirasi yang tah betul tah tidak.. tapi lama lama tu baru aku perasan ini semua mainan orang tertentu.. huhuh.. aku tak crita lg mcm mn aku attack pages dinar emas kt facebook sampakan akaun aku diorang reject. mcm2 ramalan megat panji alam tu cakap.. nonsense okayyy.. uikkssss mempercayai tukang tilik itu syirik tau.. bila aku tulis korang ni just nak untung kan bisnes emas korang dengan memperdagangkan crita tahyul dan reka2 semata, kena delete komen aku tu.. huhuh..aiyya byk btl taksub tnpa ilmu yg tepat.

buat korang di luar sana tak perlu kot menonjol sangat nak tunjuk ketaksuban itu. tak perlu.. aku macam terhidu something dengan blog annur/dhada kat tanyasamaituhudhud.. aku rasa macam pernah terbaca bait2 ayat mereka. serupa dengan satu gerakan dulu yang hampir menjerat aku untuk ikut.. abaikan..just my 2 cent.. kang jadik fitnah pulak.

malas malas pun panjang juga update yerr

thanks for stopping by! MamaQist

malas

hihihi

saya teramat malas mengupdate blog..jika saya malas, ada benda lain saya tengah rajin buat, jika saya rajin update blog, ada benda lain saya tengah malas nak buat atau settelkan..contohnya kain bajus...heheh

thanks for stopping by! MamaQist

Tuesday, June 26, 2012

travel log: SINGAPORE part 1. Sentosa Resort & Spa

salam all..

kalau dah start nak menulis habis semua kain baju tak ingat dah habis kemas belum.. bawang bawang dah siang siap2 belum..tapi kali ni macam tak berapa rajin nak menulis.. oh ada term wordless wednesday kan..ai tepekkan gambar jela..biar gambar bercerita..sesekali aku mencelah nanti.. (kalau rajin!)




















thanks for stopping by! MamaQist

Wednesday, June 20, 2012

Hamis jalikha ckp pasal ptptn

What the typo hamis jalikha seh.. Errr dia yg tulis nama tu kt sidebar okeh.. Haha hamis pun hamis la..

Ok smlam when hanis zalikha ping her post talk about PTPTN dekat facebook..eh dia tak ping kan pun, kawan facebook aku yang ping kan..butang share gitew.. So aku dengan watak the hobbit si Frodo mengbaca sengtiap dakwat yang di tulis oleh hanis zalikha itew.. Apa kaitan Frodo? Takdek kaitan

Hmmm hanis la hanis..mung cakap tu betul dah.. Bayar hutang lepas pinjam, pandai pinjam pandai bayar.. Kan kan.. Eh pe lagi ye hanis cakap.. Oh klu tak mauuu bayar kena belajar sungguh sungguh supaya PTPTN bg free kat anda semua.. Dan lagik takyah bising2 buat demo bagai yek.. Dasar pandang ke Norway pun ade.. Eh ade ke dia ckp camtu.. Dia ckp malaysia dgn Norway tak sama kadar tax dia.. Tax norway tinggi bla bla bla.. Korang baca kan kan kan?

Aku kan asyik mengintai je blog si hamis jalikha tu dari semalam.. Aku nak tunggu dia approve semua komen komen readers kesayangan dia semua.. Termasuk akula readers senyap dia.. Heh sayang ke kau kat aku hanis zalikha?? aku ada komen jg.. Tp komen baik seh.. Komen dia.."aikk dah tukar niche ke".. Bahahahah tapi sayang satu komen pun tak muncul di kaca tv.

Komen aku ye utk post tu.. Cewah..dlm point je la

1. Klu tak nak berhutang, jangan pinjam.

2. Kalau nak berhutang, silahkan pinjam dan silahkan bayar semula.

3. Nak compare malaysia dgn Norway bagai tu tak sepatutnya. Kenapa tak compare dengan arab saudi semua.. Hah free kau belajar kat sana. Tax pun rendah ok.. Satu lagi negara yang free pendidikan iaitu libya..

3. Well said, pendidikan Malaysia sebenarnya telah di bisneskan.. Bukan masalah orng dulu dulu mampu tak mampu nak masuk universiti, orang sekarang dah mampu dengan adanya PTPTN.. Semuanya telah menjadi lubuk duit oleh orang berminda bisnes dalam sistem pendidikan malaysia. Pasal tu yuran mahal nak mampuih.. Pasal tu kita terpaksa meminjam, pasal tu rmi berhutang. Sapa tak setuju sila buat kajian dulu.. Heheh

4. Bab demo tu kan.. Ramai yang keliru dan tak faham termasukla si beauty with brain. Peace!

5. ...........

Tengok masterchef jap.. Muehehe

Wednesday, May 30, 2012

Bila geram

Bagai dirasuk, aku gigit gigit badan dia, gerammm betul hati ni, gigit lagiii sampai aku puas hati, tapi tak semudah itu aku puas hatii derr.. Tak cukup aku gigit badan dia, aku gigit pulak pipi dia.. Iskk gerammmm betul kat dia ni.. Gigit dan gigit lagi, tak cukup badan, pipi, lengan-lengan dia aku gigitttt.. Apasal la kau ni best betul kalau dapat gigit.. Dia hanya mengekek gelak sesekali.. Haiii makin gerammm aku ni kat dia.. Gigit lagiii.. Alahai dik.. Mama geram betul kat adik ni.. Dah la tembam, kuat gelak, mama gigit gigit badan adik yang chubby tuh boleh dia gelak kekekeke... Sayang anak mama ni.. Sampai satu tahap aku gigit dia kuat sikit pasal gerammmmm sgt kt budak ni.. Tak pasal2 budak ni menangis.. Alololo sian dia, mama ni agak2 la klu geramm pun, adik kecil lagi..ehehehe terpaksa sesi memujuk pulak.. Cayanngggg adik, kakak mama sayang, adik pun mama sayang...grrrrrrrrr (gerammmmm nk mnggigit perut chubby baby ni..)

Monday, May 28, 2012

Jalan jenjalan ke plaza GM

Semalam akhirnya dapat jg jalan2 ke plaza GM ni, walaupun takde arah tujuan..haha..

Seawal 8 pagi aku dah sibuk mngerjakan dua orang budak ni, mandikan, cebok mana yang patut, sapu losyen, pakai pampers dan baju.. Semangat nak ke plaza GM le katakan.. Mak dorang ni yang over. Dah selesai bebudak ni kena over haul, giliran aku lak dress up.. Ceh dress up konon pdhal pakai tshirt labuh je pon.. Alah nak masuk chow kit je kan, malas ah nak stailo sgt.. Sekali abang bawa masuk Sogo.. Amekaww. huhu

So apa yang aku dapat kat plaza GM ni, aku dapat banyak gambar. Gmbar blur pulak tu..awal sgt masuk plaza GM, kedai byk tak buka lg.. Masuk pukul 10.30 pagi, keluar dari plaza pukul 10.53 pagi.. Sebab2 nye abng dah bagi signal bosan, anak aku pun dah start meragam. Abng klu tak berkenan muka dia jd merah mcm angry bird tu.. Ya ya bini dia ni cepat faham angry bird dah bosan, hehe.. Makanya kitorang masuk lift la.. Sekali salah masuk lift, bukan nak turun, naik ke tingkat 15 derr.. Amekaw.. Anak aku dh start ek ek ek!

Plaza GM ni seswai utk yang nk buat biz pasar mlm, online. Sbb dr tinjauan aku, quality agak kurang. Tapi bolehlah klu nk beli utk main2. Aku sebenarnya aim nak masuk kedai beads tu, mn tahu ada brkenan, tp sayangnya kedai tu tak buka lagi.

Oleh kerana plaza GM takde pape untuk aku, abng pun dh normal balik, part best ialah shopping..! Abang bw masuk SOGO.. Hihi syok kan klu part beli baju.. Tp sayang aku tak sempat beli pape sebab anak dh bunyi ek ek ek lagi. Lagipun aku taknakla kelam kabut beli baju pastu tak pakai sebab tak sedap pakai hasil tangkap muat tadi. Membazir tu brother satan. So abng janji ada sogo part yang ber'part2'.. I loikeee..

Layan picca plaza GM kt bwh..